Nuffnang

Wednesday 24 September 2014

Kolagen Shaklee untuk Kulit Lebih Muda Berseri

Kolagen Shaklee untuk rasa lebih sihat dan kulit lebih muda berseri...
Shaklee Collagen Powder ialah kolagen terbaik kerana satu-satunya produk yang 100% memenuhi kriteria kolagen terbaik di pasaran...

8 ciri-ciri kolagen terbaik yang perlu dititiberatkan:

1. Kolagen yang diambil mestilah daripada jenis kolagen yang dimakan atau diminum bukannya disuntik.
2. Saiz molekul kolagennya bersaiz kecil (1 000) dalton untuk penyerapan pantas.

Jisim molekul kolagen yang lebih kecil memudahkan penyerapan supaya lebih unggul..
3. Mempunyai emolient unggul dan mampu mengekalkan kelembapan kulit yang berpanjangan.
4. Mempunyai antioksidan yang tinggi.
5. Mengandungi elemen vitamin B-complex untuk membantu sintesis dan membina kolagen semula jadi tubuh.
6. Mengandungi glucosamine untuk menjaga kesihatan sendi.
7. Mampu merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang.
8. Selamat dan tidak bertoksik.


Kolagen gabungan ekstrak sisik ikan merahdan 7 bahan hebat...
Shaklee Collagen Powder terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan...statistik menunjukkan 71% orang mendapat tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu...

Shaklee Collagen Powder mengandungi 4 000 mg proprietari kolagen Red Snapper Scale (RSC) iaitu kolagen daripada ekstrak sisi ikan merah sebagai bahan utama...ikan merah dipilih kerana kemampuan spesis ini bertahan hidup di bawah tekanan tinggi dan bertelur bebas di sedalam 5 000 meter kedalaman laut...selain itu, molekul kolagennya juga ringan (1 000 dalton) mudah diserap...

Kolagen di ekstrak dari sisik ikan merah
Shaklee Collagen Powder turut diformulasi daripada gabungan tujuh ekstrak bahan hebat seperti biji Camelia Japonica, biji Pfaffia, kulit kekerang laut, vitamin C, B2, B6 dan acidophilus...Shaklee Collagen Powder juga di tambah dengan Asid Hyaluronik untuk mengekalkan kelembapan kulit dan Elastin yang berperanan menjadikan kulit lebih anjal...

7 bahan hebat dalam kolagne Shaklee...

Shaklee Collagen Powder melalui ujian klinikal dan terbukti, pengambilannya selama 8 minggu secara konsisten mampu memberi kesan berikut:
  • Meningkatkan kelembapan kulit hingga 90%.
  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%.
  • Peningkatan dalam penamplian keseluruhan sehingga 71%.
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit sehingga 69%.
  • Meningkatkan pengekalan pemakaian mekap sehingga 60%.
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%.
  • Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%.
  • Meningkatkan keserian dan tona kulit sekata sehingga 50%.
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%.
Kekurangan kolagen menyebabkan kulit berkedut..

Kolagen menyerlahkan penampilan supaya tampak lebih muda...
Kolagen bukan sekadar untuk kulit malah untuk kesihatan keseluruhannya...
7 khasiat kolagen terhadap kulit dan tubuh badan:
  1. Anti-penuaan 
  2. Mengembalikan keanjalan kulit
  3. Melembapkan kulit
  4. Memudahkan pergerakan
  5. Mencerahkan kulit
  6. Menegangkan
  7. Menyuburkan rambut dan kuku


Khasiat kolagen bukan sekadar untuk kulit...
untuk testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder boleh rujuk di sini..

FYI kepada yang masih tak tahu, bulan ini promosi jimat Shaklee Collagen Powder...
beli 6 --> percuma 1 + percuma keahlian Shaklee + percuma kos postage + cashback bonus...

promosi hebat jimat Shaklee Collagen Powder
wow...hebat dan jimat...hanya untuk bulan ini sahaja dan hanya tinggal lagi 5 hari sahaja lagi...
ayuh...rebut peluang keemasan ini...

saya pengedar sah Shaklee Penang dan Kedah...
COD sekitar Penang Island dan Kulim/Lunas Kedah...
pos ke seluruh Malaysia...


Putri Ieja (FB)
019-4160102 (SMS/WhatsApp)
Princess Healthy Beauty Shoppe (FB Page)



Tuesday 23 September 2014

Resepi ESP sedap campur susu pekat coklat Frisian Flag

ESP campur susu coklat...
Energising Soy Protein (ESP) Shaklee boleh di bancuh dengan pelbagai resepi mengikut citarasa masing-masing...ESP tidak boleh di bancuh dengan air panas kerana suhu yang panas akan merosakkan protein dalam ESP...
Resepi ESP susu coklat versi saya kali ini:
ESP + susu tepung + susu pekat coklat Frisian Flag

untuk lebih banyak resepi ESP boleh rujuk di entry saya yang lepas
=> Pelbagai Resepi Bancuhan EPS Shaklee


Susu pekat coklat Frisian Flag
susu pekat coklat Frisian Flag tu didatangkan khas dari Indonesia, kat Malaysia tak ada...tak tau la kalau ada tapi saya belum pernah jumpa di mana-mana kedai...ni saya beli masa ke Indonesia bulan lepas...ada dijual dalam tin tapi kalau beli yang dalam tin tu berat...dan ada jugak jual dalam paket-paket kecik..yang tu saya ada beli jugak tapi dah habis...
kalau kat Malaysia, brand Frisian Flag ni macam brand Dutch Lady la..


Susu pekat coklat Frisian Flag dalam tin
Susu pekat coklat Frisian Flag dalam paket kecik


Di Indonesia, susu pekat coklat ni selalu di gunakan terutama dalam jus avokado...atau dalam bahasa Indonesia 'jus alpukat'...rasanya sedap,pekat...
ini la rupanya...


Jus alpukat letak susu pekat coklat Frisian Flag hanya di Indonesia
boleh buat macam-macam dengan susu pekat coklat ni...bancuh air coklat, ais krim coklat, kek coklat, makan dengan roti dan macam-macam lagi...

sekian entry saya kali ni...


Putri Ieja
019-4160102

Monday 22 September 2014

Multivitamin Kurangkan Risiko Katarak

Multivitamin Kurangkan Risiko Katarak

Jurnal Ophthalmology, American of Ophthalmology
Kajian terbaru dari Brigham dan Women's Hospital dan Harvard Medical School di Boston, MA telah mendapati bahawa penggunaan harian makanan tambahan atau suplimen multivitamin untuk jangka masa panjang boleh mengurangkan risiko katarak di kalangan lelaki. 

Laporan ini telah di terbitkan dalam jurnal American Academy of Ophthalmology. Kajian ini menunjukkan orang yang mengambil multivitamin setiap hari mempunyai risiko kurang 13% katarak nuklear. 
Separuh daripada peserta kajian mengambil suplimen multivitamin, vitamin C, vitamin E dan beta-karotena manakala separuh lagi mengambil plasebo setiap hari. Vitamin yang diberikan mengikut dos yang sejajar seperti dibenarkan oleh pemakanan AS. 
Keputusan menunjukkan pengurangan risiko sebanyak 9% bagi pengamal multivitamin berbanding pengamal plasebo. 
American Academy of Ophthalmology adalah persatuan terbesar di dunia dalam perubatan dan pakar bedah mata.
American Academy of Ophthalmology mengesyorkan penggunaan vitamin antioksidan dan mineral tambahan seperti disyorkan oleh Age-Related Eyes Disease Study (AERDS) termasuk vitamin C, vitamin E, beta-karotena, zink dan copper untuk pesakit age-related macular degeneration (AMD). Macular atau makula ialah bahagian dalam mata yang berupaya untuk melihat sesuatu yang halus dengan jelas. Walaubagaimanapun, pesakit yang merokok dinasihatkan untuk tidak mengambil beta-karotena kerana boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.

sumber:
http://www.aao.org/
http://www.medicalnewstoday.com/

Multivitamin adalah makanan tambahan yang paling biasa digunakan. 
Multivitamin Shaklee adalah multivitamin yang pertama di dunia dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee iaitu pada tahun 1915.

Multivitamin pertama di dunia

Untuk ketahui lebih lanjut sila rujuk entry saya sebelum ini ==>> Vita-Lea Shaklee Multivitamin Pertama di Dunia

Shaklee mempunyai semua senarai suplimen yang disyorkan oleh 
American Academy of Ophthalmology dan AERDS untuk kesihatan mata iaitu:

- Vitalea (multivitamin)

- Vita-C Plus (vitamin C)

- Zinc Complex (zink)

- Vit. E Complex (vitamin E)

- Carotomax (beta-karotena)


anda sayang mata anda, dan ingin menjaganya sebaik mungkin??
hubungi saya...


Princess Healthy Beauty Shoppe
Putri Ieja
019-4160120



Sunday 21 September 2014

Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah)

Cover Filem Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah)
tengah-tengah malam ni saya nak buat review pasal filem Lagenda Budak Setan sebab baru ja balik dari tengok Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah di cinema Queensbay Mall...dah 11 hari keluar cinema baru hari ni berpeluang nak tengok...memang nak tengok sangat sebab dah ikut 2 prequel movies sebelum ni dan dah baca 2 buah novel Ahadiat Akashah ni..yang ke-3 tu saya tak baca la pulak...


Tiket wayang Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah)
Trailer Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah):



Sinopsis:  
Setelah Kasyah kehilangan isteri dan anak tercinta, dia tekad untuk memulakan kehidupan baru bersama Katerina. Mereka telah menjadikan anak saudaranya sebagai anak angkat dan melangsungkan perkahwinan. Tetapi, ketenangan mereka digangu dengan kehadiran semula bekas suami Katerina yang gila dan bekas rakan sekerja Kasyah muncul semula dengan niat jahat.

Adaptasi dari novel Lagenda Berakhir (Kasyah):
Novel Lagenda Berakhir - Kasyah
babak dalam Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah) telah menimbulkan kontroversi, di mana watak Zahirah dipegang oleh Ayu Raudhah dipukul teruk oleh suaminya, Shen di lakonkan oleh Iqram Dinzly...suami Ayu Raudah,Zaquan Adha tak sanggup tengok isterinya di pukul Iqram Dinzly.. 
Tapi pada pandangan saya, antara tiga-tiga filem ni yang paling best ialah yg the first one, Lagenda Budak Setan (2010)...watak Kasyah sebagai budak setan tu lebih menyerlah...watak Kasyah dalam Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah) ni tak begitu memberangsangkan...seorang yang mudah berputus asa...dalam movie ni Kasyah lebih banyak mengalah daripada melawan...

Antaranya:

1) Kasyah larikan diri lepas anak dalam kandungan isterinya, Kate meninggal dunia sebab sangkakan dirinya seorang pembawa malang...larikan diri takut Kate akan meninggal jugak macam Ayu isterinya yang pertama gara-gara bad luck yang dia bawak..

2) Tak berusaha cari Kate dan terangkan perkara sebenar lepas Kate tinggalkan dia sebab merajuk kerana salah faham antara hubungan dia dengan Zahirah...

3) Tak fight untuk halang ibu kandung kepada Atira iaitu anak abangnya yang dijaga dengan penuh kasih sayang,ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecik yang ditinggalkan begitu sahaja oleh ibunya selepas dilahirkan...

4) Buat keputusan membawa diri ke Indonesia selepas Atira diambil semula oleh ibu kandungnya dan Kate tak kembali kepadanya

ok..ini sekadar pandangan saya...selebihnya korang tengok la sendiri...

saya lebih suka filem Lagenda Budak Setan 1, pelakon-pelakonnya pun pada saya lebih best...Lisa Surihani + Que Haidar...


Cover Filem Lagenda Budak Setan 1
Ada yang belum tengok Lagenda Budak Setan 1?
boleh tengok di sini:



Adaptasi dari novel Lagenda Budak Setan: 
Novel Lagenda Budak Setan

tahun 2012 keluar pulak Lagenda Budak Setan 2 (Katerina)...

Fazura yang pegang watak Katerina dalam Lagenda Budak Setan 1, tapi dalam Lagenda Budak Setan 2 watak Katerina di pegang oleh Maya Karin hingga la Lagenda Budak Setan 3...

Cover Filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina

Adaptasi dari novel Lagenda Budak Setan (Katerina):
Novel Lagenda Budak Setan (Katerina)
Official Trailer Lagenda Budak Setan 2 - Katerina:



kepada yang nak kongsi pandangan anda pasal filem-filem Lagenda Budak Setan ni boleh la tinggalkan komen anda...

Saturday 20 September 2014

Segmen: Saya Sayang Blog Saya

Anda sayang blog anda??
jom join segmen "Sayang Sayang Blog Saya" anjuran Cik Ayu Insyirah...


Due date: 30 September 2014

untuk join klik banner di atas...
Saya sayang blog saya sebab tu saya join..
Gudluck...

Princess Healthy Beauty Shoppe
Putri Ieja 
019-4160102

Friday 19 September 2014

Set Berpantang Shaklee dan Testimoni Pengguna


Set berpantang Shaklee untuk ibu-ibu yang mahukan diri cergas bertenaga sepanjang tempoh berpantang...
Hari ini dalam group WhatsApp BFF saya, rakan-rakan saya yakni kaum ibu bertanyakan set bersalin atau set berpantang Shaklee...maklum la masing-masing dah jadi isteri dan ibu serta bakal isteri...tinggal la saya single and available ni...geng BFF saya adalah kawan2 baik saya semasa di Sekolah Model Khas Baling dahulu...terdiri daripada 6 orang termasuk saya...3 orang dah berkahwin, seorang daripadanya dah menjadi ibu kepada 2 orang anak, lagi 2 orang pula sedang bawak anak dalam perut...
tinggal 3 orang kami masih dalam status anak dara..tetapi seorang tu dah di lamar oleh putera hatinya dan sudah bertunang..bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi....maka tinggal lah kami berdua...

ok...berbalik kepada topik di atas "Set Berpantang Shaklee"...
Set berpantang atau set bersalin Shaklee:


Jom tengok khasiat dan fungsi setiap suplimen dalam set bersalin atau set berpantang..

1) Energising Soy Protein (ESP):
  • Sumber non-GMO protein.
  • Protein diperlukan untuk menghasilkan hormon dalam badan. Penghasilan susu ibu dipengaruhi oleh hormon prolactin dan oxytocin.
  • Protein adalah komponen utama dalam susu ibu selepas air. Kekurangan protein terutamanya semasa berpantang menyebabkan ibu berpantang menghadapi masalah kekurangan susu badan.
  • Protein membantu dalam penyembuhan luka yang pantas dan menyeluruh.
untuk ketahui lebih lanjut sila rujuk link di bawah:

2) Alfalfa Complex:
  • Alfalfa merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kepada kesihatan dan di kenali sebagai RAJA TUMBUHAN.
  • Kaya dengan serat, protein, amino asis, klorofil, zat galian, vitamin enzim dan fitokimia.
  • Membantu dalam melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  • Juga merupakan galactagogue iaitu herba untuk memperbanyakkan penghasilan susu ibu.
untuk lebih lanjut boleh rujuk link-link di bawah:

3) Oste-Matrix
  • Oste-Matrix adalah bukan sekadar sumber kalsium biasa.
  • Kalsium adalah antara komponen utama dalam penghasilan susu ibu selain daripada air dan protein.
  • Ia membantu para ibu untuk mendapat rehat yang berkualiti.
  • Melegakan otot dan saraf ibu selepas bersalin.
  • Mengelakkan daripada gigi rosak dan sakit tulang pada ibu.
  • Lazimnya ibu menyusu tidak mendapat kalsium yang cukup.
untuk ketahui lebih lanjut sila rujuk link di bawah:

4) Vit. B Complex
  • Memelihara sistem saraf dari tekanan dan stress.
  • Mengandungi Asid Folik yang diperlukan untuk pembentukan sel dan tisu baru.
  • Menukarkan kalori kepada tenaga.
  • Mmebantu menenangkan ibu dan menstabilkan hormon.
  • Mengelakkan dari post partum depression (meroyan).
  • Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi.
5) Sustained Release Vita-C Plus
  • Vitamin C sangat penting untuk penyembuhan luka.
  • Penting dalam pembinaan tisu penghubung untuk mencantum semula tisu yang koyak semasa proses bersalin.
  • Meningkatkan sistem imun untuk mengelakkan ibu mendapat jangkitan dari luka bersalin.
  • Memelihara kelenjar dari tekanan dan kecederaan termasuk kelenjar susu.
boleh rujuk link di bawah untuk lebih banyak info:
Vitamin C untuk Kulit

6) Vita-Lea
  • Membantu membekalkan 100% nutrisi yang diperlukan oleh ibu berpantang.
  • Mengandungi IRON untuk membina semula sel darah merah yang banyak hilang semasa proses bersalin.
  • Membantu ibu cergas dan bertenaga dalam proses berpantang.
  • Membantu ibu untuk mendapatkan 100% zat yang ibu tidak dapat dari makanan kerana berpantang makanan tertentu.
more information refer:

7) Zinc Complex
  • Zink sangat penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran.
  • Zink terdapat banyak dalam ikan haruan, sebab tu orang tua menyarankan makan ikan haruan untuk ibu berpantang.
  • Membantu penyerapan B Complex yang baik.
  • Mengelakkan rambut gugur yang sering dihadapi oleh ibu lepas bersalin.

kepada ibu lepas bersalin yang nak kembali mendapatkan bentuk badan seperti sebelum bersalin boleh add-on Lecithin:


Fungsi dan khasiat Lecithin dalam set bersalin dan untuk kurus:
  • Mengandungi choline untuk kecerdasan otak.
  • Ibu yang mengambil Lecithin semasa menyusu akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak bayi yang menyusu.
  • Memecahkan dan mengemulsi lemak supaya mudah di keluarkan daripada badan.
ramai sudah yang menggunakan set berpantang atau set bersalin Shaklee ini...
jom tengok testimoni pengguna..
klik di sini ==> Testimoni Hamil, Berpantang dan Menyusu dengan Shaklee

lagi testimoni:











wah...bestnya kesan set berpantang Shaklee tapi macam banyak ja...perlu ke ambil semua?
tidak semestinya tapi seeloknya ambil la semua...tak rugi pun...nanti lepas habis berpantang masih boleh amalkan....
kepada yang tak larat nak telan semua ni boleh ja pilih yang mana sesuai dan yang diperlukan...
tak tau pilih??
tanya saya...

Putri Ieja 
SMS/WhatsApp/Telegram: 019-4160102
FB Page: Princess Healthy Beauty Shoppe

Wednesday 17 September 2014

Khasiat Epal Kuruskan Badan

Epal bantu kuruskan badan...

EPAL BOLEH KURUSKAN BADAN??

wah....pasti ini sesuatu yang mengembirakan kepada penggemar buah epal yang ingin mendapat berat dan bentuk badan ideal...

"Satu kajian menunjukkan bahawa wanita yang memakan tiga biji epal setiap hari sebagai sebahagian diet rendah kalori mereka mampu mencapai matlamat mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan."
~ Nutrition, March 2003~

Epal adalah buah rendah kalori dan rendah lemak, rendah sodium dan mengandungi vitamin dan mineral serta serat. Nutrisi-nutrisi ini boleh membantu menurunkan berat badan. 
  • Dalam sastera perubatan, salah satu komponen pemakanan yang dikaitkan dengan penurunan berat badan adalah pengambilan serat. Ini kerana serat membantu anda berasa kenyang lebih lama dan anda akan mengambil makanan dengan kuantiti lebih sedikit. Serat juga melambatkan pencernaan makanan..
Kajian menunjukkan orang yang makan lebih banyak serat hilang lebih berat badan dan mempunyai saiz pinggang yang lebih kecil berbanding mereka yang kurang makan serat.
The American Journal of Clinical Nutrition, Disember 2009 ~
  • Buah rendah sodium boleh menjadikan makanan yang baik untuk diet yang sihat. Mengambil makanan rendah sodium akan membantu mencegah berat berlebihan. 
  • Enzim yang terdapat dalam epal boleh membantu badan anda mencerna makanan dengan lebih berkesan.
  • Pektin dalam epal meupakan agen gelling yang melambatkan proses pengosongan perut.
Epal bukanlah buah-buahan tempatan dan bukanlah buah kegemaran kebanyakkan rakyat Malaysai, tetapi epal adalah salah satu buah yang serba boleh dan sarat dengan antioksidan yang mampu memperlahankan proses penuaan sekaligus menjadikan wajah awet muda dan kelihatan cantik dan bertenaga. Epal juga mempunyai khasiat penting mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung. 

"Hasil kajian American Journal of Clinical Nutrition, mereka yang memakan lebih banyak epal boleh mengelakkan penyakit jantung dan kardiovaskular."


"AN APPLE A DAY KEEPS THE DOCTOR AWAY..."

" Pepatah telah lama digunakan dan penggunaan pertama direkodkan dalam majalah Notes and Queries edisi Februari 1866. Pepatah pertama yang digunakan adalah:
Eat an apple on going to bed, and you'll keep the doctor from earning his bread.

Buah epal digunakan dalam perubatan Ayurveda tradisional kira-kira sejak 1 500 tahun lalu di selatan Asia. 

Satu kajian dari German Cancer Research Center mendapati mereka yang memakan satu atau lebih epal sehari mempunyai kurang risiko kanser mulut, kanser payudara, kolon, buah pinggang dan ovari.

Satu kajian di Belanda pada tahun 2011 mendapati bahawa memakan epal dan pear boleh membantu mencegah strok.

Satu kajian di Ohio State pada tahun 2012 menunjukkan memakan epal mampu merendahkan paras kolestrol jahat di kalngan orang dewasa.

Ini kerana terdapat beberapa komponen dalam buah epal yang memberi kesan kepada kesihatan manusia:
  • Pektin - Pektin adalah bentuk serat yang mampu menurunkan tekanan darah dan paras glukosa. Ia juga boleh menurunkan paras low-density-lipoprotein (LDL) iaitu kolestrol jahat di dalam badan. Pektin juga mampu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.
  • Boron - Boron ialah nutrisi yang banyak dijumpai dalam epal yang menyokong tulang yang kuat dan otak yang sihat.
  • Quercetion - Nutrisi yang mengurangkan risiko kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mampu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Quercetin boleh meneutralkan kerosakan radikal bebas yang telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan peningkatan usia termasuk penyakit Alzheimer.
  • Vitamin C - Vitamin C meningkatkan sistem imun tubuh yang membantu mengekalkan kesihatan secara menyeluruh.
  • Fitonutrien - Epal kaya dengan pelbagai Fitonutrien termasuk Vitamin A, Vitamin E dan beta karotena yang baik untuk kesihatan mata. Nutrisi-nutrisi ini melawan kerosakan akibat radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan asama. "
sumber:

Princess Healthy Beauty Shoppe
Putri Ieja
019-4160102






Segmen Blogwalking Lestari

Segmen Blogwalking Lestari

Jom ramai-ramai join segmen blogwalking oleh Kasih Lestari Abadi....

15 Kesalahan Ketika Berdiet

Jika anda melakukan kesalahan ketika berdiet menyebabkan plan diet anda tidak berjaya...

Ketika berdiet untuk mendapat bentuk tubuh yang cantik, kebanyakkan orang selalu terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh merosakkan diet...dan ada juga yang rasa tip yang digunakan adalah betul...kesalahan ketika berdiet boleh menggagalkan usaha anda untuk memakai kembali jeans, kebaya, dress dan baju kegemaran anda...jika timbangan berat anda seolah-olah tidak berkurang, atau berat badan anda turun tetapi kemudian naik kembali, maka anda kemungkinan telah membuat salah satu daripada 12 kesalahan diet di bawah ini...
jom kita semak kesalahan yang mungkin anda pernah lakukannya tanpa disedari...

Kesalahan Ketika Berdiet:

1. Tidak Sarapan Pagi

Antara kesalahan diet ialah melewatkan atau meninggalkan sarapan pagi seolah-olah seperti cara mudah untuk mengurangkan pengambilan kalori, sebaliknya akan menimbulkan rasa lapar sepanjang hari. Hal ini akan menyebabkan anda mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak ketika makan tengah hari. Padahal dengan sarapan pagi yang tinggi protein dan serat, anda boleh mengurangkan rasa lapar sepanjang hari. Kajian menunjukkan orang yang makan sarapan pagi setiap hari lebih tinggi kebarangkalian untuk menjaga berat badan yang sihat.


2. Selalu / Banyak Makan Makanan Ringan


Menurut laman web Women24, kesalahan utama dalam diet yang paling besar ialah kesilapan dalam mengira jumlah kalori makanan. Kebiasaannya, mereka hanya akan mengira kandungan kalori yang terdapat dalam makanan utama sahaja, tetapi bagaimana dengan makanan ringan atau snek? Padahal kalori yang terdapat dalam makanan ringan atau snek lebih tinggi daripada makanan utama.



3. Kurang Minum Air Kosong

Kesalahan diet ini yang paling mudah untuk diperbaiki.
Air sangat penting untuk membakar kalori. Jika tubuh dibiarkan dehidrasi secara berterusan, metabolisme tubuh menurun dan menyebabkan proses penurunan berat badan lebih lambat. Kajian menunjukkan bahawa orang dewasa yang minum air lapan gelas atau lebih setiap hari, membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang kurang minum air. Jadi, cubalah untuk menambah segelas air setiap kali makan.


4. Banyak Duduk / Kurang Bergerak / Tidak Aktif


Terlalu banyak duduk dan kurang bergerak sebenarnya tidak begitu baik terhadap kesihatan anda. Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit berbahaya seperti jantung, diabetes dan sebagainya. Jadi, jika anda ingin mendapatkan bentuk badan yang cantik anda perlulah meringankan kaki anda untuk lebih aktif bergerak kerana ia akan membantu untuk membakar lemak dalam tubuh badan. Jika anda menjadi lebih aktif, anda mungkin boleh makan lebih makanan yang anda suka dan masih boleh menurunkan berat badan. Kuncinya dengan mencari satu aktiviti atau senam yang anda suka seperti berbasikal atau berenang. Jika pekerjaan utama anda memerlukan anda untuk sentiasa berada di hadapan komputer apa kata cari sedikit masa untuk berjalan di sekitar ruang kerja atau masa terluang seperti hujung minggu untuk melakukan senaman atau sukan yang anda suka.


5. Fokus / Tujuan / Impian Jangka Pendek

Kunci utama berjaya dalam berdiet adalah matlamat seseorang itu. Jika hanya berdiet untuk kurus di hari pernikahan kerana risau baju yang ditempah tidak muat maka sukar untuk anda mempertahankan atau mengekalkan bentuk tubuh ideal tersebut. Biasanya apabila impian jangka pendek tersebut sudah tercapai, seseorang itu akan membalas dendam dengan memakan makanan seenaknya dan dengan banyak.



6. Kurang Tidur



Waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit malah akan turut menjayakan program diet anda. Ini kerana jika seseorang itu kekurangan waktu tidur, tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yang merangsang nafsu makan. Hormon tersebut menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar dan akan sering makan. Jadi, pastikan anda mendapat waktu tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya lapan jam sehari bagi golongan dewasa. 


7. Target Yang Tidak Realistik


Menetapkan target untuk hilang 20kg dalam seminggu adalah menetapkan diri anda untuk gagal. Jika anda tahu bahawa anda tidak akan mampu melakukannya, maka anda mungkin tidak pernah memulakan program diet anda. Jadi jika anda berdiet dan hanya kehilangan 5 kg semiggu, maka anda akan kecewa dan berputus asa kerana impian tidak tercapai. Tujuan yang realistik sangat penting untuk berjaya dalam diet.
Jadi, tetapkan target yang realistik agar dalam proses anda berdiet, anda tidak akan menyiksa diri. Program diet yang terlalu ketat dan sukar akan menyebabkan kegagalan. Berikan waktu yang cukup bagi tubuh untuk menyesuaikan dan plan program diet yang masuk akal.


8. Crash Diet 


Apabila anda bertekad untuk menurunkan berat badan dengan cepat, anda melakukan crash diet. Anda merancang untuk tidak makan apa-apa selain buah oren dan sup kobis setiap hari dan anda mengurangkan kalori harian menjadi kurang daripada 1 000 kalori. Hasilnya tentu sahaja berat anda akan menurun. Tetapi apabila anda makan terlalu sedikit kalori, anda telah melatih metabolisme tubuh anda agar perlahan. Selepas program diet anda selesai, anda mempunyai tubuh yang membakar kalori lebih lambat dan biasanya berat badan anda kembali bertambah. Diet ini tidak seimbang dan membahayakan fungsi tubuh. Diet yang disarankan adalah yang seimbang, bukan yang mengharamkan salah satu nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.


9. Terlalu Banyak Makan Makanan Rendah Lemak



Produk rendah lemak boleh memainkan peranan penting dalam plan diet anda. Namun perlu diingatkan bahawa makanan rendah lemak tidak sama dengan rendah kalori dan bukan bermakna anda boleh makan lebih. Jika anda banyak makan makanan rendah lemak, maka mungkin pengambilannya lebih banyak kalori berbanding jika anda makan sepotong kecil kek biasa. Cara terbaik untuk mengetahui berapa banyak kandungan lemak, gula dan kalori adalah dengan memeriksa label nutrisinya.




10. Terlalu Banyak Minum Minuman Berkalori


Ketika mengira kalori, banyak yang mengabaikan kandungan kalori minuman. Hal ini merupakan kesalahan besar kerana ada beberapa jenis kopi dan minuman beralkohol mempunyai lebih dari 500 kalori. Yang lebih buruk lagi adalah pengambilan kalori daripada minuman tidak membuat rasa lapar berkurang. 





11. Memilih Minuman Jus Buah Yang Dijual di Pasaran

Jus sememangnya sering dianggap sihat kerana di ekstrak daripada buah-buahan. Namun sebaiknya pilihlah buah-buahan segar kerana kandungannya adalah semula jadi. Jus yang dijual di kedai/pasaran biasanya sudah ditambah pemanis serta pengawet. Jika sering meminumnya boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta menyukarkan proses penurunan berat badan. 


12. Mengelakkan Pengambilan Susu



Susu tinggi lemak, keju dan ais krim adalah makanan yang pantang bagi kebanyakan orang yang berdiet, tetapi mengelakkan pengambilan susu sama sekali boleh menjadi kontra terhadap diet anda. Beberapa kajian menunjukkan bahawa tubuh membakar lebih banyak lemak ketika mendapat cukup kalsium dan menghasilkan lebih banyak lemak ketika tubuh kekurangan kalsium.Jadi pilihlah susu rendah lemak atau susu tanpa lemak.



13. Banyak Makan Makanan Segera



Menurut satu kajian jangka masa panjang, orang yang mengambil makanan segera lebih daripada 2 kali seminggu, bertambah berat badan 10kg lebih banyak berbanding mereka yang mengambil kurang dari sekali seminggu.


14. Menimbang Berat Badan Setiap Hari




Menimbang berat badan setiap hari akan menyebabkan anda sering kecewa dan berputus asa. Yang lebih penting adalah untuk melihat tujuan jangka masa panjang dan menimbang berat badan seminggu sekali. Hasilnya lebih memotivasikan anda daripada perubahan naik turun yang mengelirukan ketika menimbang berat badan setiap hari.


15. Menetapkan Cheat Day

Antara kesalahan diet yang sering dilakukan kebanyakkan orang ialah menetapkan satu hari cheat day atau hari bebas makan dan biasanya pada hari minggu. Menetapkan cheat day seperti ini dianggap seperti memberI reward atau hadiah setelah kita berhasil melalui enam hari sebelumnya dengan diet ketat. Diet adalah lifestyle, menetapkan cheat day akan melatih otak anda bahawa enam hari sebelumnya adalah hari penuh sengsara. Jika ini berterusan, lama-kelamaan anda akan penat berdiet dan akhirnya diet gagal. Anggaplah diet anda adalah satu gaya hidup bukan tekanan diri dari sesiapapun.



Jadi jika anda berdiet dan telah melakukan kesalahan-kesalahan diet di atas, jangan bertangguh lagi...cepat perbaiki program diet anda...

credit to: 
http://dokita.co/blog/12-kesalahan-dalam-berdiet/
majalah HARMONI


Princess Healthy Beauty Shoppe

Putri Ieja

019-4160102



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...