Nuffnang

Friday 28 August 2015

Dinner di Me'nate Steak Hub yang Orang Cakap Harganya Mahal Ribu-ribu




Pelbagai kontroversi melanda Restoran Makanan Barat Me'nate Steak Hub yang dimiliki oleh pengusaha Melayu ni, yang dikatakan dulunya beliau bekerja sebagai chef di istana Ratu Elizabeth...
dulu kontroversi bila ada orang upload bil yang berjumlah ribu-ribu makan steak di sini....tak lama lepas tu artis Malaysia yang terkenal menimbulkan kontroversi....
ini menyebabkan keinginan kami makin meronta-ronta nak try makan di restoran ni...
dengan nekad dan azam yang tinggi, ke K.L kali ni kami makan malam di sini...




kami ke cawangannya di Ampang Jaya...lokasinya berhampiran dengan Hospital Ampang Puteri...nak senang guna ja GPS...

tara....alamak...gelap la pulak...tak nampak pun muka kite...


harga daging untuk steak ikut berat daging...harga yang tertera di menu untuk steak per 100 gram...
bukan steak ja ada, spaggeti, carbonara, meatballs, sosej, dan macam jenis pasta lagi ada...



kalau nak selamat, kita pilih ja daging dalam fridge tu yang sudah siap ditimbang dan dah siap tampal harga...so, tak da la nanti terlebih dari budget pulak...
harga depends pada bahagian daging yang dipilih dan berat daging...harga bermula dari RM40 lebih hingga ratusan ringgit...so, pilih la ikut kemampuan poket sendiri....
nak yang ribu-ribu tu boleh order ngn waiter tu wangyu steak....


lepas dah pilih daging, bagitau nak masak macam mana...
- rare (mentah)
- medium rare (setengah mentah)
- medium 
- medium well (setengah masak)
- well done (masak sepenuhnya)


kalau kita makan main menu (steak) kita dapat pakej air free...boleh la minum, refill, minum, refill lagi, minum lagi sampai kembung perut....;-)



jom tengok apa yang kitorang makan:


yang ni nampak agak garing sebab yang ni medium well..

yang ni medium rare...

setiap hidangan steak, mesti ada mashed potato dan coleslaw....bagi seimbang...daging dan sayur...

sebelum makan selfie dulu...segan la kak meja sebelah ni tengok pulak...


puas hati jugak makan, steaknya sedap....cuma kuah steak tu pada lidah saya rasa agak masin....
ada jugak order spaghetti bolognese dan spaghetti carbonara...lupa pulak nak snap gambar...rasanya spaghetinya ok la...tapi 1 pinggan tu banyak, makan tak habis walaupun share...

kenyang sudah...
agak-agak korang mahal tak kitorang makan??
nak bayar tak perlu bangun g kat kaunter, panggil ja waiter bawakan bil...
jom tengok bil kitorang makan..


gaya macam nak bayar pakai kredit kad...kitorang bayar cash ja...tak da kredit kad...
ok la tu kan harga steaknya...yang ni ja la mampu, tak mampu la nak makan steak yang harga ratus-ratus harga ribu-ribu ni...yg puluh-puluh ringgit ja mampu...

ok....nanti nak g makan lagi...makan kat cawangan lain pulak...

Monday 24 August 2015

Dari Penang ke Kuala Lumpur Singgah Sebentar di Cameron Highland




Minggu lepas saya ke K.L lagi...seperti biasa dengan Swift Merahku...dah berapa kali dah Swift Merah ni meluncur dari Penang ke Kuala Lumpur...kecik-kecik cili padi ok...

semasa on the way ke K.L dengan tidak dirancang Swift Merahku meluncur ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai, Ipoh....teringin dan minum teh Cameron dengan cheesecake maka sampai lah kami di sana...
semata-mata untuk singgah di ladang teh Cameron Valley...cameron sekarang tidak sesejuk dulu....tapi cukup membuatkan hati rasa tenang....


luaskan ladang teh....memang kaya la owner dia, ada tanah luas macam ni...bayangkan juga tiap kali tiba musin kutip daun teh...berapa ratus orang pekerja agaknya yang dia upah...

hati rasa tenang bila tatap pemandangan hijau ni...


masa ni tengah larikan diri dari sekor anak anjing yg cute...


lepas dah puas hati dapat minum teh cameron dan makan cheesecake, so kami teruskan perjalanan ke Bangi...

Bangi adalah tempat menetap setiap kali kami turun K.L sebab menyewa di hostel UKM (waktu tengah low budget)...ada kawan di UKM yang tolong kami untuk sewa bilik di sini....

selalunya stay di Kolej Za'ba, UKM...then kalau ada budget lebih sikit sewa hotel budget Bangi Lanai berhampiran dengan Masjid apa ntah nama...sebelah ja...so rasa lebih selamat...
tapi kali ni buat pertama kalinya menyewa di International House Ibu Zain, UKM...dengan harganya lebih murah dari hotel budget di luar UKM, serta pakej yang cukup lengkap...

dengan pakej 2 aircond, meja tulis, bilik air yang luas, pantry, kusyen serta katil single macam tak percaya dapat sewa hanya RM25 untuk 1 malam...



datang ke K.L sebab menghadiri conference di USIM...USIM dengan Bangi tak jauh sangat dah...tak sampai setengah jam perjalanan pun...tapi bila di K.L macam-macam la aktiviti menghabiskan duit....nanti saya cerita di next entry...

Monday 10 August 2015

Senangnya Pakai Instant Shawl...Cantik dan Murah Pulak Tu..

ni seminggu sebelum puasa naik Cameron Highland...

Maaf lambat pulak update pasal Instant Shawl ni....sebenarnya bulan Jun yang lalu saya dah mula jual Instant Shawl...ramai yang beli untuk pakai raya...mana taknya, senang ja nak pakai Instant Shawl ni...

sarungkan ja, then kemaskan...
SIAP...
JIMAT MASA...
di hari raya pertama...saya dan kakak ipar memakai Instant Shawl....

sesuai sangat kepada sapa2 yang teringin nak pakai shawl tapi tak pandai belit-belit...
yang penting menutup aurat...labuh menutup dada...
harga pun murah ja...

ini yang tinggal...insya-Allah akan di restock...

Instant Shawl Pleated (Plain)

Material: Chiffon

Harga: RM 20 (tidak termasuk postage)

Postage: +RM 6 (Semenanjung), +RM 10 (Sabah/Sarawak), FREE POSTAGE (4 helai dan ke atas)












Instant Shawl Pleated Half Printed

Material: Chiffon

Harga: RM 20 (tidak termasuk postage)

Postage: +RM 6 (Semenanjung), +RM 10 (Sabah/Sarawak), FREE POSTAGE (4 helai dan ke atas)










Instant Shawl Magic Half Printed

Material: Chiffon

Harga: RM 20 (tidak termasuk postage)

Postage: +RM 6 (Semenanjung), +RM 10 (Sabah/Sarawak), FREE POSTAGE (4 helai dan ke atas)

saya memakai Instant Shawl Magic Half Printed di hari raya ketiga menghadiri E-day my friend...












Instant Shawl Diana Amira

Material: Chiffon Georgette

Harga: RM 17 --> RM 15 (OFFER)








cepat...cepat...
jom berINSTANT SHAWL....

Putri Ieja
019-4160102

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...