Nuffnang

Thursday 26 February 2015

Sijil HALAL Shaklee 2015

sijil HALAL Shaklee 2015 telah dikeluarkan dan diperbaharui oleh Islam Service of America (ISA) iaitu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM:



mesti masih ada yang tertanya-tanya "kenapa sijil HALAL Shaklee tidak dikeluarkan oleh JAKIM??"

sijil HALAL Shaklee 2014:


sijil HALAL Shaklee 2013:



Putri Ieja 
SID: 908646
019-4160102

Wednesday 18 February 2015

Pembiayaan MyBrain15 Untuk Pelajar Pasca Ijazah di IPT Dalam Negara


Alhamdulillah...pagi tadi sejumlah wang telah dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam saya sebanyak 5 angka iaitu duit elaun bulanan pembiayaan MyBrain15 untuk pengajian PhD saya di USM ini...banyaknya...biar betul dapat banyak macam tu tiap bulan...so, jom baca dulu entry ni baru anda akan faham...bukan skim cepat kaya ye...
Entry kali ni saya nak kongsi tentang pembiayaan pelajaran MyBrain15 yang layak dimohon oleh rakyat Malaysia yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Pasca Ijazah (Postgraduate) sama ada Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD) di IPT dalam negara. Kepada anda yang menonton pembentangan budget 2015 oleh PM Dato' Najib Razak hujung pada tahun lepas,mesti ada perasan PM kita ada menyebut tentang MyBrain15 ni. Otakku15??Apakah ini...ha...ini la yang saya nak kongsikan...

APA ITU PROGRAM MYBRAIN15??
  • Satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  • Salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
  • Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi.
  • Kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.
  • Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).
  • MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023
  • MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master). Program ini merupakan feeder kepada MyPhD.
  • MyPhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri.
  • SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu "Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi".
SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON??

MYMASTER:
  • Warganegara Malaysia.
  • Graduan yang belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap / Kakitangan swasta / Pensyarah institusi pengajian tinggi swasta.
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minima seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada universiti.
  • Memenuhi syarat had umur seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Tidak menerima pembiayaan lain dari mana-mana pihak.


MYPHD:
  • Warganegara Malaysia. 
  • Graduan yang belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap / Kakitangan swasta / Pensyarah institusi pengajian tinggi swasta.
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minima seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada universiti.
  • Memenuhi syarat had umur seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Tidak menerima pembiayaan lain dari mana-mana pihak.

    MYPHD INDUSTRI:
    • Warganegara Malaysia.
    • Tiada had umur
    • Graduan ialah kakitangan swasta yang bekerja di industri / Kakitangan badan berkanun yang diasingkan saraan seperti disenaraikan.
    • Pemohon tidak memiliki Ijazah Kedoktoran atau setaraf semeasa memohon.
    • Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada universiti atau telah memulakan pengajian.
    • Pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran sahaja.
    • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
    • Tidak menerima pembiayaan lain dari mana-mana pihak.

    APAKAH PEMBIAYAAN YANG AKAN DITERIMA?

    MYMASTER:

    Yuran pengajian tidak melebihi RM10,000 setiap pelajar untuk tempoh 6 hingga 24 bulan.

    MYPHD:

    Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 setiap pelajar untuk tempoh 6 hingga 48 bulan. Bagi calon yang layak, penambahan elaun sara hidup (ESH) sebanyak RM2,300 sebulan.

    MYPHD INDUSTRI:

    Yuran pengajian tidak melebihi RM50,000 setiap pelajar untuk tempoh tidak melebihi 48 bulan.

    BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON??

    Permohonan MyBrain15 hanya boleh dibuat melalui online di laman web MyBrain15.

    untuk maklumat lanjut dan cara permohonan sila rujuk di laman web https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15

    Kenapa diberi nama program MyBrain15??
    sebab program ini hanya dibuka sehinga Disember 2015 sahaja. So,sempat lagi...tapi berkemungkinan program ini akan diteruskan lagi sehingga tahun depan bagi mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.
    Jadi, bagi yang akan mendaftar, atau sedang mengikuti pengajian di peringkat Master atau PhD yang masih belum mendapat tajaan atau pinjaman cepat-cepatlah mohon.
    sebabnya walaupun telah mendaftar duit yuran yang telah dibayar boleh diclaim (Master/PhD) dan akan menerima elaun bulanan dari tarikh anda memohon (PhD) sekiranya permohonan anda berjaya.

    Ini perjalanan pengajian PhD saya sehingga hari ni:

    19 Ogos 2014: Memohon pengajian di peringkat PhD di USM secara online di laman web http://www.ips.usm.my/

    24 September 2014: Menerima surat tawaran pengajian PhD dari USM


    1 Oktober 2014: Mendaftar sebagai pelajar PhD di IPS USM



    1 Oktober 2014: Memohon MyBrain15 (MyPhD) secara online di laman web https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15



    28 November 2014: Menerima surat tawaran MyBrain15 (MyPhD) dari KPM

    4 Disember 2014: Menghantar surat perjanjian dan semua dokumen kepada KPM (pos)

    17 Februari 2015: Elaun bulanan (Oktober 2014 - Mei 2015) telah dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam


    Lebih kurang lepas 3 bulan dari tarikh tawaran MyPhD (jika surat perjanjian dan dokumen dihantar tiada masalah) elaun bulanan akan dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam pelajar. Duit ESH ini akan dikreditkan 3 kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Oktober dan setiap kali duit dimasukkan akan cover untuk 4 bulan sekaligus. Untuk yang dapat untuk kali pertama ESH dikreditkan merangkumi ESH dari tarikh mula pembiayaan (dinyatakan dalam surat tawaran) sehingga bulan sebelum next cycle. Backdated...
    Contohnya, dalam kes saya ESH dikreditkan untuk 8 bulan (backdated 4 bulan - Oktober 2014 hingga Januari 2015) dan dari bulan sekarang hingga bulan sebelum next cycle (4 bulan - Februari 2015 hingga Mei 2015)..
    jadi jumlahnya sebanyak RM2,300 x 8 bulan = RM18,400
    Tapi kena la bijak berbelanja sebab next ESH akan diterima pada bulan Jun nanti...lambat lagi tu...
    untuk yuran pengajian pula pihak KPM akan membayar secara terus kepada bendahari universiti...kepada yang sudah mendaftar dan telah membayar yuran sendri, jumlah yuran tu boleh dituntut semula dari pihak KPM melalui bendahari universiti...syaratnya, tarikh mula pembiayaan hendaklah berada dalam semester tersebut..
    Contohnya, tarikh mula pembiayaan bulan Oktober 2015 dan tempoh semester 1 ialah September 2014 hingga Februari 2015...jadi boleh tuntut duit semester 1 yang telah dibayar...
    Jadi, selepas dapat tawaran MyBrain15 anda perlu memberikan surat tawaran ini kepada bendahari universiti untuk proses tuntutan dan pembayaran yuran untuk semester akan datang. 
    Saya berharap info yang saya kongsikan dapat membantu anda...

    kalau ada sebarang pertanyaan, masih blur-blur lagi pasal MyBrain15 ni, boleh la tinggalkan komen di bawah...

    Putri Ieja
    019-4160102

    Banyaknya Promosi Februari 2015 Yang Menjimatkan

    Wah...sekarang makin banyak pulak promosi yang sangat menjimatkan dari Shaklee...
    bulan ni ada 4 jenis produk yang Shaklee promosikan...
    produk untuk kanak-kanak, dewasa dan warga tua...


    1) Vita-Lea
    BELI 6, PERCUMA 1...
    BELI 2, DISKAUN 5%..

    - Multivitamin untuk dewasa
    - Sesuai kepada mereka yang tidak suka telan banyak pil
    - Sesuai untuk lelaki dan wanita
    - Sesuai untuk ibu hamil/ ibu menyusu/ ibu berpantang
    - Diperlukan kepada yang ingin menurunkan atau menaikkan berat badan
    - Sesuai kepada mereka yang selalu keletihan


    2) Vita-Lea untuk kanak-kanak 
    BELI 3, PERCUMA 1...

    - Multivitamin untuk kanak-kanak
    - Boleh dikunyah, rasa anggur yang lazat
    - Dapat meningkatkan sistem imun anak anda
    - Sesuai kepada anak yang cerewet (picky eater)

    3) Ostematrix 
    BELI 6, PERCUMA 1...
    BELI 2, DISKAUN 5%...
    - Bukan sekadar sumber kalsium biasa
    - Sesuai kepada lelaki dan wanita
    - Amat sesuai kepada mereka yang tidak suka minum susu
    - Sesuai kepada ibu hamil / ibu menyusu / ibu berpantang
    - Sesuai kepada mereka yang sering mengalami masalah senggugut
    - Sesuai kepada mereka yang mengalami masalah sakit sendi, tulang dan lutut
    - Sesuai kepada mereka yang sukar membuang air besar (sembelit)
    - Sesuai kepada mereka yang alami masalah sukar tidur (insomnia)
    - Sesuai kepada mereka yang sering alami masalah kekejangan (cramp)
    - Sesuai kepada mereke yang mementingkan kesihatan tulang dan gigi

    4) Advanced Joint Health Tablet 
    BELI 3, PERCUMA 1...

    - Sesuai kepada lelaki dan wanita
    - Sesuai kepada orang berumur
    - Amat sesuai kepada mereka yang mengalami masalah sakit sendi, tulang dan lutut

    Putri Ieja
    019-4160102

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...