
Alhamdulillah...pagi tadi sejumlah wang telah dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam saya sebanyak 5 angka iaitu duit elaun bulanan pembiayaan MyBrain15 untuk pengajian PhD saya di USM ini...banyaknya...biar betul dapat banyak macam tu tiap bulan...so, jom baca dulu entry ni baru anda akan faham...bukan skim cepat kaya ye...
Entry kali ni saya nak kongsi tentang pembiayaan pelajaran MyBrain15 yang layak dimohon oleh rakyat Malaysia yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Pasca Ijazah (Postgraduate) sama ada Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD) di IPT dalam negara. Kepada anda yang menonton pembentangan budget 2015 oleh PM Dato' Najib Razak hujung pada tahun lepas,mesti ada perasan PM kita ada menyebut tentang MyBrain15 ni. Otakku15??Apakah ini...ha...ini la yang saya nak kongsikan...
APA ITU PROGRAM MYBRAIN15??
- Satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
- Salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
- Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi.
- Kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.
- Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).
- MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023
- MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master). Program ini merupakan feeder kepada MyPhD.
- MyPhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri.
- SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu "Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi".
SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON??
MYMASTER:
- Warganegara Malaysia.
- Graduan yang belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap / Kakitangan swasta / Pensyarah institusi pengajian tinggi swasta.
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minima seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
- Telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada universiti.
- Memenuhi syarat had umur seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
- Tidak menerima pembiayaan lain dari mana-mana pihak.
MYPHD:
- Warganegara Malaysia.
- Graduan yang belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap / Kakitangan swasta / Pensyarah institusi pengajian tinggi swasta.
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minima seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
- Telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada universiti.
- Memenuhi syarat had umur seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
- Tidak menerima pembiayaan lain dari mana-mana pihak.
MYPHD INDUSTRI:
- Warganegara Malaysia.
- Tiada had umur
- Graduan ialah kakitangan swasta yang bekerja di industri / Kakitangan badan berkanun yang diasingkan saraan seperti disenaraikan.
- Pemohon tidak memiliki Ijazah Kedoktoran atau setaraf semeasa memohon.
- Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada universiti atau telah memulakan pengajian.
- Pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran sahaja.
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Tidak menerima pembiayaan lain dari mana-mana pihak.
APAKAH PEMBIAYAAN YANG AKAN DITERIMA?
MYMASTER:
Yuran pengajian tidak melebihi RM10,000
setiap pelajar untuk tempoh 6 hingga 24 bulan.
MYPHD:
Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000
setiap pelajar untuk tempoh 6 hingga 48 bulan. Bagi calon yang
layak, penambahan elaun sara hidup (ESH) sebanyak RM2,300 sebulan.
MYPHD INDUSTRI:
Yuran pengajian tidak melebihi RM50,000
setiap pelajar untuk tempoh tidak melebihi 48 bulan.
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON??
Permohonan MyBrain15 hanya boleh dibuat melalui online di laman web MyBrain15.
untuk maklumat lanjut dan cara permohonan sila rujuk di laman web https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15
sebab program ini hanya dibuka sehinga Disember 2015 sahaja. So,sempat lagi...tapi berkemungkinan program ini akan diteruskan lagi sehingga tahun depan bagi mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.
Jadi, bagi yang akan mendaftar, atau sedang mengikuti pengajian di peringkat Master atau PhD yang masih belum mendapat tajaan atau pinjaman cepat-cepatlah mohon.
sebabnya walaupun telah mendaftar duit yuran yang telah dibayar boleh diclaim (Master/PhD) dan akan menerima elaun bulanan dari tarikh anda memohon (PhD) sekiranya permohonan anda berjaya.
Ini perjalanan pengajian PhD saya sehingga hari ni:
19 Ogos 2014: Memohon pengajian di peringkat PhD di USM secara online di laman web http://www.ips.usm.my/
24 September 2014: Menerima surat tawaran pengajian PhD dari USM
17 Februari 2015: Elaun bulanan (Oktober 2014 - Mei 2015) telah dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam
Lebih kurang lepas 3 bulan dari tarikh tawaran MyPhD (jika surat perjanjian dan dokumen dihantar tiada masalah) elaun bulanan akan dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam pelajar. Duit ESH ini akan dikreditkan 3 kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Oktober dan setiap kali duit dimasukkan akan cover untuk 4 bulan sekaligus. Untuk yang dapat untuk kali pertama ESH dikreditkan merangkumi ESH dari tarikh mula pembiayaan (dinyatakan dalam surat tawaran) sehingga bulan sebelum next cycle. Backdated...
Contohnya, dalam kes saya ESH dikreditkan untuk 8 bulan (backdated 4 bulan - Oktober 2014 hingga Januari 2015) dan dari bulan sekarang hingga bulan sebelum next cycle (4 bulan - Februari 2015 hingga Mei 2015)..
jadi jumlahnya sebanyak RM2,300 x 8 bulan = RM18,400
Tapi kena la bijak berbelanja sebab next ESH akan diterima pada bulan Jun nanti...lambat lagi tu...
untuk yuran pengajian pula pihak KPM akan membayar secara terus kepada bendahari universiti...kepada yang sudah mendaftar dan telah membayar yuran sendri, jumlah yuran tu boleh dituntut semula dari pihak KPM melalui bendahari universiti...syaratnya, tarikh mula pembiayaan hendaklah berada dalam semester tersebut..
Contohnya, tarikh mula pembiayaan bulan Oktober 2015 dan tempoh semester 1 ialah September 2014 hingga Februari 2015...jadi boleh tuntut duit semester 1 yang telah dibayar...
Jadi, selepas dapat tawaran MyBrain15 anda perlu memberikan surat tawaran ini kepada bendahari universiti untuk proses tuntutan dan pembayaran yuran untuk semester akan datang.
Saya berharap info yang saya kongsikan dapat membantu anda...
Contohnya, tarikh mula pembiayaan bulan Oktober 2015 dan tempoh semester 1 ialah September 2014 hingga Februari 2015...jadi boleh tuntut duit semester 1 yang telah dibayar...
Jadi, selepas dapat tawaran MyBrain15 anda perlu memberikan surat tawaran ini kepada bendahari universiti untuk proses tuntutan dan pembayaran yuran untuk semester akan datang.
Saya berharap info yang saya kongsikan dapat membantu anda...
kalau ada sebarang pertanyaan, masih blur-blur lagi pasal MyBrain15 ni, boleh la tinggalkan komen di bawah...
Putri Ieja
019-4160102
slm dulu awak penah apply mymaster x?
ReplyDeletepernah...dapat tajaan setahun...
Deletethen camne nk apply phd ye?sbb sy pon penah dpt mymaster dulu, bila nk apply myphd ni die kuar yg mymaster dulu huhu
Deleteawak kena reset akaun mybrain awak dulu...
Deleteawak kena reset akaun mybrain awak dulu...
DeleteTerima kasih kerana kongsi maklumat :)
ReplyDeletesama-sama..;-)
Deleteassalamualaikum...
ReplyDeletelepas memohon pihak mybrain reset akaun, kena tunggu berapa lama baru boleh apply untuk myphd?
lepas akaun mybrai dah di'reset' terus boleh apply myphd...bergantung kepada cepat or lambat staf mybrain reset akaun mybrain...
DeleteSalam..sy nak tnya if kite pakai duit sendiri/kwsp means kite akan dapat claim dr mybrain ke..dapat cash ke cmne. Thanks jika sudi respon :)
ReplyDeletekalau guna duit sendiri boleh claim, asalkn yuran semester yg nk claim tu termasuk dalam tempoh tajaan...dapat cash dimasukkn dalam akaun tp prosedur claim kena melalui bendahari universiti..bendahari yg akan claim duit dr mybrain, duit dimasukkan dalam akaun bendahri uni...then,bendahari uni akan masukkn duit dlm akaun student...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam, nanti suran tawaran mymaster tu akan dihantar je alamat rumah atau boleh di'print' from akaun mybrain?
ReplyDeletesurat tawaran tidak akan dipos, tetapi pelajar print sendiri dari website mybrain setelah keputusan keluar....
DeleteSalam. Terima kasih utk info berguna. Saya nak tanya macam mana nak reset akaun? Hantar email ke mybrain15 ataupun call?
ReplyDeleteby email sahaja...
Deleteperlu emailkan:
- surat rasmi mohon tetapkan semula akaun mybrain
- transkrip master atau kalau belum konvo sila dapatkan surat pengesahan tamat belajar dari pusat pengajian/fakulti
- surat tawaran phd
boleh emailkan kepada syukri.sardangi@moe.gov.my