Nuffnang

Tuesday 7 July 2015

Restoran Nasi Padang Minang yang Terkenal di Penang

Datang jalan-jalan di Penang ni jika anda gemar makan makanan Melayu dan Minang (ala-ala nasi campur) dan juga penggemar kopi anda wajib singgah di Kedai Kopi International Hotel ni..di kedai ni ada Nasi Padang Minang...
Owner kedai kopi ni Cina, jual air...owner nasi padang minang ni pulak melayu...so,tak perlu diragui lagi tentang status HALAL di kedai ni...
Bangga jugak tengok Melayu dan Cina bergabung majukan perniagaan...
Kedai ni terletak di tengah bandar Georgetown iaitu di Jalan Transfer...



Dah lama nak datang tapi baru kali ni berkesempatan untuk datang ke sini...
kali ni untuk berbuka puasa...banyak baca dalam blog katanya kedai ni beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 8 malam..jadi risau jugak kalau kedai ni tak bukak bulan2 puasa ni...
so, kul 5 kami dah datang untuk tengok dulu kedai ni buka atau tidak...dah siap ada plan B kalau-kalau kedai ni tutup ataupun tak da jual nasi bulan2 puasa ni...
nak cari kedai tu guna google maps ja terus sampai...
bila sampai ja tak ramai orang, tapi nampak dah ada 2-3 buah meja dah reserved...jadi alang-alang dah sampai cakap nak makan berbuka puasa kt situ terus pak cik tu reservedkan meja...

lepas tu g pekena Asar dulu n jalan-jalan di Perangin Mall..dekat-dekat situ ja..
datang semula kedai tu pukul 7 datang semula untuk ambik lauk-lauk dan order air...
yang datang ambik order air tu uncle Cina, masa tu baru pukul 7 kan..so, uncle tu cakap order dulu nanti 7.30 baru dia hantar air...bagus diorang memahami kita umat Islam ni nak berbuka puasa...masa tu dah ramai orang...ada yang sibuk ambik lauk pauk letak makanan kat meja masing-masing...ada yang beli bungkus...
lauk ja amik sendri, nasi dia akan hantar ke meja kita...
macam-macam lauk ada...tak da plk snap gambar lauk-lauk kt situ segan la orang tengah sibuk nk prepare berbuka...
ada ikan keli, ikan jaket, ayam, daging, gulai, masak lemak, sayur, ikan bilis, sotong, ulam-ulaman, sambal belacan dan macam-macam lagi....


ni lauk-lauk yang kitorang ambik...ayam goreng, tempe goreng, ikan jaket/ikan belah belakang goreng, pajeri nenas, sayur campur dan sambal belacan..

yang keja jual air pun ramai...dan dah tua-tua pun uncle ngn auntie ni..mungkin family punya bisnes..bila air dihidang terus kena bayar...nasi ja bayar lepas makan...dapat kurma sorang sebijik..

masa tunggu nak berbuka puasa saya perasan kat meja sebelah ni macam family Cina, memang muka Cina la dressing pun nampak la macam non-Muslim..husband, wife dengan sorang anak kecik...
saya dok fikir diorang ni akan makan bila siap ambik lauk...tapi diorang ni tak makan..just bagi anak dia ja makan...
Time berbuka tu perasan family Cina sebelah tu makan sekali bila kitorang yang Muslim ni berbuka...bagus betul..maknanya diorang respect kita yang Muslim ni berpuasa...
lauk sedap...masa makan tu rasa macam nasi tak cukup, tapi segan nak mintak nasi tambah..bila nasi dah habis tapi lauk tak habis lagi...meratah ja lauk ayam ngan ayam tu cicah sambal belacan...tempe goreng pun saya cicah sambal belacan...

tadi order air Nescafe ais dan jus oren...air nescafe memang kaw punya....dah nama pun kedai kopi...kopi mesti kaw punya...
dan harganya berbaloi jugak..nasik ngn lauk-lauk tadi semua harganya RM19...pada saya harganya borbaloi...murah la jgk kan...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...