Nuffnang

Thursday, 31 October 2013

~ Kalsium ~

Kalsium adalah sumber mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk hidup. Di samping itu untuk membina dan menguatkan tulang, kalsium juga diperlukan untuk jantung, otot dan saraf untuk berfungsi dengan sempurna dan untuk darah membeku.  Kira-kira 99 peratus kalsium dalam badan kita berada dalam tulang dan gigi. Tetapi jumlah kalsium ini semakin berkurangan saban hari. Setiap hari, kita kehilangan kalsium melalui kulit, kuku, rambut, peluh, air kencing dan najis, tetapi badan kita tidak mampu untuk menghasilkan kalsium yang baru.  Kalsium yang tidak mencukupi menyumbang kepada penyakit osteoporosis dan kerosakkan gigi.

Oleh itu, kita disarankan untuk mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi melalui pemakanan harian kita. 

Berapa banyak kalsium yang anda....
perlukan??

jom tengok carta di bawah:



Beberapa jenis makanan sumber kalsium utama:
1. Keju dan makanan yang diperbuat daripada keju.
2. Yogurt.
3. Susu dan makanan yang diperbuat daripada susu.
4. Ikan Sardin dan ikan lainnya yang boleh dimakan bersama tulangnya.
5. Sayur-sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung, brokoli, sawi.
6. Bijirin.
7. Jus oren.
8. Kacang soya dan makanan yang diperbuat daripada kacang soya.
9. Susu soya.
10. Roti, makanan yang berasal dari biji bijian, wafel.
11. Kacang seperti badam.


Jika anda mempunyai masalah untuk mendapat kalsium yang cukup dalam diet anda, anda mungkin perlu mengambil makanan tambahan/supliment kalsium. Kalsium lebih baik diserap jika diambil dalam dos yang kecil (500 mg atau kurang) beberapa kali sepanjang hari. Adalah penting untuk memeriksa label makanan tambahan untuk memastikan bahawa produk itu telah mendapat keLULUSan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mencari-cari sumber kalsium??
saya sedia membantu anda...

Princess Healthy Beauty Shoppe  |  SID:908646  |  SMS/WhatsApp 019-4160102(Putri Ieja)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...