Entry kali ini out of topics sikit...just nak kongsi pengalaman saya pergi jalan-jalan ke Pulau Aman dan Taman Rama-rama Penang...
Pulau Aman, Batu Kawan
so,disebabkan saya dari USM Penang yang berada di balik pulau maka perlu ke seberang melalui jambatan pertama atau kedua ataupun feri...tapi kitaorang merentasi laut guna jambatan ke-2 dan kemudian ke Jeti Batu Musang,Batu Kawan Penang dan semestinya dibantu oleh en. GPS..
so, di jeti parking kereta di tempat yang disediakan dan dikenakan cas RM2...
nak ke Pulau Aman perlu naik bot dan harga untuk naik bot 2 hala pergi dan balik RM6 seorang...sekejap ja dalam 5-10 minit dari jeti ke Pulau Aman...
menu yang ada, mee/kue tiaw kuah udang, nasi/mee/kuew tiaw goreng udang dan air...harga pulak sangat berpatutan, biasa RM6 dan special RM10..
tapi kalau yang nak makan menu tambahan udang, ketam, ikan, udang lipan perlu beli yang mentah2 di berdekatan memang kat sebelah restoran tu ja...
lepas beli dia bagi dalam baldi bawak pergi restoran tu suruh diaorang masak..
tapi just kukus atau stim saja yang boleh...tapi memang puas hati tengok udang,ketam,udang lipan besar-besar..
lepas tu pergi jalan-jalan sekitar pulau tu..kami pergi lepak-lepak di tempat yang khas untuk kaki-kaki pancing memancing...waktu tu ramai jugak la pemancing yang sedang beroperasi...
panjang jugak nak ke sana..nampak adik tu naik basikal...ingat tadi nak gak rembat basikal sapa ntah tinggal macam tu...
nampak tu kat belakang tu Restoran Terapung yang kitorang makan mee udang tadi...
seronok betul lepak kat sini...angin best betol...waktu tu perut tengah kenyang, kena pulak angin laut yang best rasa macam nak tidor ja waktu tu...
Then puas lepak-lepak pergi la pekena zohor di surau berdekatan dulu sebelum balik...
masa jalan-jalan tu lalu depan sebuah rumah ni ada orang tengan buat kuih kapit bakar...
lepas tu kitaorang pun balik...
sempat posing dulu sebelum naik bot untuk balik...
dalam bot masa tengah balik tu la pemandangan Restoran Terapung tu dari tengah laut...
Taman Rama-rama Teluk Bahang, Penang
keesokannya yakni hari Ahad pergi ke Taman Rama-rama pulak...
Dari USM nak ke Teluk Bahang perlu melalui Batu Feringgi dan melaui jalan-jalan penuh berliku...maka sampailah kami di Butterfly Farm...
sebelum masuk kena beli tiket dulu dan tunjuk IC bukti anda adalah warganegara Malaysia..harga untuk dewasa warganegara Malaysia RM18 seorang...
then masuk tengok banyak betul rama-rama yang cantik-cantik...dah nama pun Taman Rama-rama mesti la banyak rama-rama...
sesuai sangat nyanyi lagu ni kat sini...
Dari ulat jadi kepompong,
Tidur nyenyak dalam kelongsong,
Sampai masa kepompong pecah POM,
Jadi rama-rama yang indah.
Rama-rama terbang melayang,
Hisap madu di taman bungan,
Sungguh cantik aneka warna,
Tapi sayang hidup tak lama.
jom tengok rama-rama yang cantik-cantik...
selain rama-rama ada jugak binatang lain yang dipamerkan..
cuba teka, apakah ia??
dan di bawah ni serangga yang di kumpul dari seluruh dunia dan di awet...ada yang dari luar negara, dan banyak jugak dari Kedah tanah tumpah darahku..
sekian sahaja cerita jalan-jalan kali ini...
No comments:
Post a Comment