Nuffnang

Friday 28 August 2015

Dinner di Me'nate Steak Hub yang Orang Cakap Harganya Mahal Ribu-ribu




Pelbagai kontroversi melanda Restoran Makanan Barat Me'nate Steak Hub yang dimiliki oleh pengusaha Melayu ni, yang dikatakan dulunya beliau bekerja sebagai chef di istana Ratu Elizabeth...
dulu kontroversi bila ada orang upload bil yang berjumlah ribu-ribu makan steak di sini....tak lama lepas tu artis Malaysia yang terkenal menimbulkan kontroversi....
ini menyebabkan keinginan kami makin meronta-ronta nak try makan di restoran ni...
dengan nekad dan azam yang tinggi, ke K.L kali ni kami makan malam di sini...




kami ke cawangannya di Ampang Jaya...lokasinya berhampiran dengan Hospital Ampang Puteri...nak senang guna ja GPS...

tara....alamak...gelap la pulak...tak nampak pun muka kite...


harga daging untuk steak ikut berat daging...harga yang tertera di menu untuk steak per 100 gram...
bukan steak ja ada, spaggeti, carbonara, meatballs, sosej, dan macam jenis pasta lagi ada...



kalau nak selamat, kita pilih ja daging dalam fridge tu yang sudah siap ditimbang dan dah siap tampal harga...so, tak da la nanti terlebih dari budget pulak...
harga depends pada bahagian daging yang dipilih dan berat daging...harga bermula dari RM40 lebih hingga ratusan ringgit...so, pilih la ikut kemampuan poket sendiri....
nak yang ribu-ribu tu boleh order ngn waiter tu wangyu steak....


lepas dah pilih daging, bagitau nak masak macam mana...
- rare (mentah)
- medium rare (setengah mentah)
- medium 
- medium well (setengah masak)
- well done (masak sepenuhnya)


kalau kita makan main menu (steak) kita dapat pakej air free...boleh la minum, refill, minum, refill lagi, minum lagi sampai kembung perut....;-)



jom tengok apa yang kitorang makan:


yang ni nampak agak garing sebab yang ni medium well..

yang ni medium rare...

setiap hidangan steak, mesti ada mashed potato dan coleslaw....bagi seimbang...daging dan sayur...

sebelum makan selfie dulu...segan la kak meja sebelah ni tengok pulak...


puas hati jugak makan, steaknya sedap....cuma kuah steak tu pada lidah saya rasa agak masin....
ada jugak order spaghetti bolognese dan spaghetti carbonara...lupa pulak nak snap gambar...rasanya spaghetinya ok la...tapi 1 pinggan tu banyak, makan tak habis walaupun share...

kenyang sudah...
agak-agak korang mahal tak kitorang makan??
nak bayar tak perlu bangun g kat kaunter, panggil ja waiter bawakan bil...
jom tengok bil kitorang makan..


gaya macam nak bayar pakai kredit kad...kitorang bayar cash ja...tak da kredit kad...
ok la tu kan harga steaknya...yang ni ja la mampu, tak mampu la nak makan steak yang harga ratus-ratus harga ribu-ribu ni...yg puluh-puluh ringgit ja mampu...

ok....nanti nak g makan lagi...makan kat cawangan lain pulak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...