Nuffnang

Sunday 16 February 2014

Kepentingan Air kepada Tubuh Badan


Air adalah nutrien yang paling penting kepada tubuh badan manusia. Badan manusia memerlukan air untuk terus hidup. 2/3 daripada tubuh badan manusia terdiri daripada air. Badan tidak boleh menyimpan air dan mesti sentiasa dibekalkan dengan air segar untuk menggantikan air yang hilang melalui pernafasan, peluh, air kencing dan najis. Jumlah yang diperlukan bergantung kepada saiz badan, metabolisme, cuaca, makanan yang dimakan dan tahap aktiviti harian. Pengambilan air yang kerap adalah baik untuk kesihatan, diet dan pelbagai fungsi badan. 

Beberapa fakta tentang air dalam tubuh badan manusia:
  1. Kandungan air dalam badan lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita.
  2. Kebanyakan orang dewasa kehilangan air sebanyal 2.5 hingga 3 liter setiap hari.
  3. Kehilangan air dari tubuh badan boleh meningkat dalam cuaca panas dan kepada mereka yang selalu bersenam.
  4. Orang tua kehilangan kira-kira 2 liter sehari.
  5. Seseorang yang berada di udara boleh kehilangan kira-kira 1.5 liter setiap 3 jam penerbangan.
  6. Kehilangan air perlu diganti.
Kepentingan Air

Air diperlukan untuk fungsi-fungsi badan termasuk:
  • Mengekalkan kesihatan dan integriti setiap sel dalam badan
  • Menyimpan cecair aliran darah yang cukup untuk mengalir melaui saluran darah.
  • Membantu menyingkirkan elektrolit yang berlebihan (contohnya natrium dan kalium) dan urea yang merupakan bahan buangan yang terhasil melalui pemprosesan protein makanan.
  • Mengawal suhu badan melalui perpeluhan.
  • Melembapkan membran mukus seperti paru-paru dan mulut.
  • Membantu melancarkan pergerakan sendi dengan melincirkan tulang rawandan kusyen sendi. Kajian menunjukkan pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi dengan 80% di kalangan pesakit artritis.
  • Mengurangkan risiko cystitis dengan menjaga pundi kencing daripada serangan bakteria.
  • Membantu penghadaman dengan melancarkan proses pencernaan dan mengelakkan sembelit.
  • Membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke sel-sel.
  • Membantu mengeluarkan toksin dari tubuh.
  • Bertindak sebagai penyerap hentakan atau kejutan dalam mata, saraf tunjang dan dalam kantung amnion di sekeliling janin sewaktu kehamilan.
  • Melindungi lapisan gastrousus.
  • Mewujudkan tindak balas enzim dalam badan.
  • Membantu memetabolismekan lemak.
  • Mengelak dehidrasi yang boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti ulser dan pening.
Kandungan Air dalam Makanan
Kebanyakkan makanan walaupun kelihatan keras dan kering namun masih mengandungi air. Badan boleh mendapatkan kira-kira 20% daripada jumlah keperluan air dari makanan pepejal sahaja. Proses penghadaman juga menghasilkan air sebagai hasil sampingan dan boleh memberikan kira-kira 10% daripada keperluan air dalam badan. Selebihnya perlulah diambil melalui cecair iaitu air.

Risiko Pengambilan Air yang Tidak Mencukupi
Pengambilan air yang tidak mencukupi boleh menyebabkan:
- batu karang
- jangkitan saluran air kencing
- prestasi fizikal dan mental menurun
- kelenjar air liur kering
- dehidrasi

Dehidrasi
Dehidrasi berlaku apabila kandungan air dalam terlalu rendah.
Tanda-tanda dehidrasi
- dahaga
- sakit kepala
- lesu
- mood nerubah
- tindak balas perlahan
- bibir kering
- air kencing berwarna gelap
- lemah
- letih
- keliru dan halusinasi

Tips untuk Meningkatkan Pengambilan Air
Sesetangah orang sukar mengambil air dengan kadar secukupnya setiap hari. Jika anda fikir anda tidak mendapat air yang cukup setiap hari,tips berikut mugkin boleh membantu anda:
  • Membawa botol air bersama ke tempat kerja.
  • Pastikan botol air atau segelas air di atas meja ketika anda melakukan kerja.
  • Pilih air kosong bukan minuman manis. Tip ini juga boleh membantu dalam pengurusan berat badan dengan mengurangkan kalori.
  • Perahkan sedikit lemon atau jus limau dalam air kosong. Ini boleh menambah rasa dan anda mungkin minum lebih banyak air daripada biasa.
  • Tambahkan kiub ais dalam air.
sumber: betterhealth.vic.gov.au
semoga info-info ini berguna kepada kita semua...

Princess Healthy Beauty Shoppe
SID: 908646
SMS/WA: 019-416010(Putri Ieja)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...