Nuffnang

Saturday, 22 November 2014

Double Celebration (Convo-Birthday) 2014

6 November 2014 yang lepas saya bergraduasi Sarjana atau Master dan 8 November pula ulang tahun kelahiran saya yang ke-25. Jadi, tahun ni saya ada dua sambutan serentak. Walaupun beza 2 hari kira boleh sambut sekali la eh...
Saya sebenarnya baru sahaja bergraduasi Sarjana Muda atau Ijazah pada 22 September 2013. Eh...baru tahun lepas konvo, tahun ni konvo lagi? Ya...selepas tamat sahaja ijazah, belum lagi konvo saya terus further study Master...oh...ya...saya study dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Sinaran Perubatan) selama 4 tahun...di peringkat Master pula dalam bidang Sains iaitu Fizik Perubatan...kira saya ni student fizik la...ambil Master mode Coursework (Kerja Kursus) secara sepenuh masa...ada option sama ada dalam masa setahun atau 2 tahun...saya pilih untuk habiskan pengajian Master saya hanya dalam masa setahun...jadi, 1 semester perlu ambil beberapa subjek sebanyak 20 kredit (tapi di USM, disebut unit)...tak nak lama-lama...
Alhamdulillah saya berjaya tamatkan Master saya hanya dalam masa setahun...
Ops...lupa..saya study Ijazah dan Master di Universiti Sains Malaysia...bezanya kampus, ijazah di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan dan Master di Kampus Induk, Penang...

jom layan gambar sepanjang konvokesyen Master saya yang lepas...
banyak tau...harap anda tak jemu ye...



bersama coursemates...

7 of us graduate Master of Science in Medical Physics...









with my co-supervisor of Master research and Degree Final Project...


My school a.k.a pusat pengajian...

penat sudah...sampai malam...konvo saya sesi petang...

ni sebelum mula majlis...

dengan kanak-kanak ribena..si adik tu kalau tak pegang tak dapat la nak bergambar dengan dia..

budak-budak macam-macam ragam...

"nak tu...nak tu..." tu ja antara ayat yang dia dah pandai cakap..

with my sister-in-law...

they behind me...



nama dia cik didif...

ni apa gaya pun tak tau...

moh selpiaq sekeping...

this my 2nd school...pusat pengajian teknologi industri...

saya dah graduate...tapi saya nak belajar lagi...tolong bukak pintu....


selfie dengan sultan...ampun tuanku...

hadiah konvo...


my birthday cake...

happy birtday to me...
double celebration...ada orang teringin nak makan steak...steak Kenny Rogers pun boleh....


convo-birthday present...Olaf...

sekarang saya masih bergelar student...1 Oktober 2014 saya mendaftar sebagai student PhD...
buat keputusan menyambung pengajian saya di peringkat doctorate atas dorongan, motivasi dan sokongan seseorang dan atas keinginan memegang title Doktor...bukan doktor perubatan ya...tak pernah pun bercita-cita jadi medical doktor...
bukan senang juga nak sampai ke tahap ni...tapi yang penting kemahuan...di mana ada kemahuan, di situ ada jalan....

Saturday, 25 October 2014

Masalah Kesihatan Kanak-kanak: Malnutrisi

Fight Malnutrition
Malnutrisi adalah keadaan yang tidak sihat yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang yang tidak mengandungi jumlah nutrisi yang betul. Dua jenis malnutrisi:

1) Kurang gizi - tidak mendapat nutrisi yang mencukupi.

Kurang zat makanan
sumber:

2) Lebih gizi - mendapat lebih nutrisi daripada yang diperlukan.

Lebih gizi
Kekurangan zat makanan adalah disebabkan oleh sesetengah zat yang tidak mencukupi atau badan tidak berupaya untuk menyerap nutrisi daripada makanan 
Malnutrisi biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Lebih gizi berpunca daripada pemakanan yang melampau iaitu melebihi daripada apa yang diperlukan oleh badan. 

Apakah simptom kekurangan zat makanan??

Simptom kurang zat makanan yang paling ketara adalah penurunan berat badan yang melampau (biasanya kehilangan lebih dari 5-10% dari berat badan dalam masa tiga hingga enam bulan). Simptom-simptom lain termasuk:

  • muram
  • letih sepanjang masa
  • badan lemah
  • kurang tenaga
  • jangkitan kuman atau penyakit
  • mengambil masa yang lama untuk pulih dari jangkitan
  • penyembuhan luka yang lambat
  • cepat marah
  • kurang daya tumpuan
  • tertekan
  • kerap cirit-birit
Simptom utama terlebih nutrisi ialah berat badan berlebihan atau obes. Berat badan berlebihan juga berlaku jika mereka banyak makan makanan yang tinggi kandungan tenaga (kalori). 

Simptom kurang zat makanan pada kanak-kanak termasuk:
  • perkembangan atau tumbesaran terbantut
  • perubahan tingkah laku seperti cepat marah, lesu atau mudah cemas
  • perubahan pada rambut dan kulit warna

Bagaimanakah cara merawat masalah malnutrisi?

Cara merawat masalah ini bergantung kepada tahap dan sebab masalah kekurangan zat makanan. Yang paling utama ialah melakukan perubahan kepada pola pemakanan harian. Ini akan meningkatkan kandungan nutrisi makanan. Suplemen atau makanan tambahan juga dapat meningkatkan pengambilan nutrisi dan mengurangkan risiko komplikasi seperti jangkitan.



Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada tahun 2006, sebanyak 15% daripada kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan berat badan atau terbantut manakala, 5.4% lagi didapati berlebihan berat badan.
~ sumber: Kosmo! Online Varia ~

Putri Ieja
019-4160102
Princess Healthy Beauty Shoppe

Segmen Kapas Putih November Bloglist

SEGMEN: Kapas Putih November Bloglist

Kepada blogger-blogger jom join segmen November bloglist anjuran Miss N...
untuk join senang saja, klik pada banner di atas...
Selamat bersegmen...

Friday, 17 October 2014

Rita Rudaini Jadi Pengedar Shaklee

artis pun berShaklee ok...Rita Rudaini dah mendaftar sebagai ahli Shaklee dan mula menjadi pengedar Shaklee setelah Rita rasai sendiri keberkesananan produk Shaklee...



Instagram Rita Rudaini:


--> Instagram Health Nutrition Rita Rudaini

ramai lagi artis, selebriti, atlet dan tokoh yang guna Shaklee ni...
cer tengok sini --> Artis pun Amalkan Shaklee

Rita pun dah pilih Shaklee sebagai produk untuk kecantikan dan kesihatan dirinya dan juga untuk dua heronya...di samping itu Rita juga memilih Shaklee untuk tambah income...

aik...jadi ahli macam mana boleh buat income pulak??
ni la untungnya dengan Shaklee...bila dah mendaftar sebagai ahli dengan hanya RM65 untuk pendaftaran hanya sekali seumur hidup, anda sudah pun layak untuk menjana pendapatan sehingga 5-6 angka...tiada yang mustahil ok...

modal RM65 ja??biar betul??
betul...percaya la...ini kerana anda tak perlu nak keluarkan modal banyak untuk beli atau simpan stok...
macam mana tu??
nak tahu lebih lanjut wassup-wassup saya k..jangan segan-segan...

tapi tak rajin la, tak da masa la nak keluar pergi branch Shaklee beli barang...nak keluar ke pejabat pos laju nak pos barang...
tak pe,semua ni di hujung jari ja...nak order barang untuk diri sendri, nak order barang untuk customer just klik-klik ja di website Shaklee2u..barang akan terus di pos ke depan pintu rumah anda, ke depan pintu rumah customer...
mudah ja...semudah ABC...

anda pun nak cantik macam artis kita ni??nak jana pendapatan??part-time atau full-time tiada masalah..
jom la berShaklee...

Putri Ieja
019-4160102
Princess Healthy Beauty Shoppe

Program "Shaklee Care for Our Children" bersama MyKasih Foundation

Pada 14 Oktober 2014 berlangsungnya majlis pelancaran program Shaklee Care for Our Children bersama Yayasan MyKasih dengan pelaburan sebanyak RM1 Juta untuk disalurkan kepada 2 000 keluarga memerlukan yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih. 
Yayasan MyKasih adalah sebuah pertubuhan yang menyediakan program bantuan makanan, kewangan, pendidikan, kesedaran kesihatan, pendidikan kanak-kanak dan latihan kemahiran kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. 

untuk ketahui lebih lanjut mengenai yayasan ini sila ke website MyKasih Foundation.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa pengambilan nutrisi yang cukup dan seimbang adalah sangat penting terutamanya dalam kalangan kanak-kanak untuk proses tumbesaran, perkembangan mental dan fizikal. Melalui program ini Shaklee Malaysia memberi sumbangan dalam bentuk minuman nutrisi iaitu Meal Shkes bagi menampung keperluan nutrisi kanak-kanak yang terlibat. Selain itu, Shaklee turut menyumbangkan wang dan barang-barang keperluan asas yang lain. 


Shaklee Care for Our Children...
Bersempena dengan program ini Shaklee telah mengadakan Promosi Meal Shakes Beli 3 Percuma 1 dan Beli sambil Menderma sepanjang bulan September dan Oktober 2014. 10% daripada setiap pembelian Set Meal Shakes 3 + 1 ini akan disalurkan kepada 2 000 keluarga yang memerlukan.  

Promosi Meal Shakes Beli 3 Percuma 1
Testimoni pengguna Meal Shakes boleh rujuk di sini ==> Testimoni Meal Shakes

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada penderma kepada keluarga yang memerlukan ini di samping ingin meningkatkan kesihatan keluarga anda, jom dapatkan Set Meal Shakes 3 + 1 sekarang...

Putri Ieja
019-4160102
Princess Healthy Beauty Shoppe

Saturday, 11 October 2014

"You are What You Eat" ~ "Anda adalah Apa yang Anda Makan"

You are What You Eat...

Ungkapan ini menggambarkan bahawa makanan adalah kunci kepada kesihatan diri yang akan menentukan samada badan anda sihat atau sakit. Ungkapan ini menekankan bahawa kita perlu betul-betul memilih makanan untuk dimakan. Apa yang dimasukkan ke dalam tubuh (dimakan) sangat mempengaruhi kesihatan dan kehidupan. Setiap hari terdapat sel-sel tubuh yang mati dan sel-sel yang mati ini perlu diganti. Makanan merupakan sumber utama untuk menggantikan sel-sel tubuh yang musnah setiap hari. Metabolisme tubuh dan sistem imun sangat dipengaruhi oleh pola hidup dan pemakanan harian. Hampir semua masalah kesihatan yang timbul disebabkan oleh tabiat makan yang salah. Penyelesaiannya, anda harus mengubah tabiat pemakanan anda. 

Anda adalah apa yang anda makan.

Pemakanan dan kesihatan mental??

Adakah pemakanan mempengaruhi kesihatan mental seseorang??
Terdapat penyelidikan menunjukkan masalah kemurungan dipengaruhi oleh kualiti makanan yang dimakan setiap hari. Kajian di negara-negara Norway, Sepanyol, Jepun, China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia menunjukkan orang yang mengamalkan diet yang sihat kurang cenderung untuk mengalami masalah kemurungan. 

Kajian juga menunjukkan orang yang kerap makan makanan ringan dan makanan tidak sihat mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah kemurungan terutama di kalangan remaja. 



Kajian terbaru menunjukkan diet ibu mengandung mempengaruhi fizikal dan mental anak dalam kandungan. 


Masalah obesiti juga meningkatkan risiko kemurungan. Penyakit jantung juga berhubungkait dengan masalah kemurungan. Penyakit jantung akan menjadi lebih teruk dan serius jika seseorang itu tertekan. 


TIPS PEMAKANAN YANG SIHAT:

1) Makan Pelbagai Makanan

Tiada makanan tunggal yang mampu membekalkan semua nutrisi dalam jumlah atau dos yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, buah oren membekalkan vitamin C tapi tiada vitamin B12, manakala keju pula membekalkan vitamin B12 tapi taida vitamin C. Jadi untuk memastikan anda mendapat semua nutrisi dengan dos yang cukup, pemilihan makanan yang pelbagai setiap hari dan merangkumi semua lima kumpulan makanan utama iaitu:


Kepada vegeterian, anda boleh mendapatkan protein yang mencukupi dari diet vege selagi mengambil pelbagai dan jumlah makanan yang mencukupi. Daging, ikan dan ayam merupakan penyumbang utama zat besi, zink,protein dan vitamin B. Oleh itu, vegetarian perlu mendapatkan nutrien ini dari sumber vegetarian atau makanan tambahan. 

2) Mengekalkan Berat yang Ideal



Mengekalkan berat yang ideal adalah sangat penting untuk semua golongan dan peringkat umur. Mereka yang mempunyai berat yang berlebihan mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah pernafasan dan lain-lain lagi. Untuk mengekalkan berat badan yang ideal, anda perlulah mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan jumlah kalori berpadanan dengan jumlah kalori yang digunakan oleh badan. Kurus melampau juga tidak sihat. Orang yang makan terlalu sedikit atau diet secara berlebihan akan mengalami masalah kurang nutrisi. Aktiviti fizikal atau senaman seperti senaman aerobik, berjalan, berjoging, berenang, bermain bola sepak mampu membakar lemak dan kalori yang anda makan. Cuba lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal yang sederhana pada hujung minggu. 

3) Kurangkan Pengambilan Kalori Makanan

Makanlah makanan yang rendah kalori tapi tinggi nutrisinya. Sebelum makan, semak Label Fakta Pemakanan setiap makanan yang akan anda makan. 


Kurangkan makan makanan yang berlemak tinggi. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan tanpa gula dan lemak tambahan dalam penyediaannya. Makan pasta, roti, nasi dan bijiran tanpa ditambah gula dan lemak. Makan kurang gula dan makanan manis seperti gula-gula, kek dan biskut. Produk bijiran. sayur-sayuran dan buah-buahan membekalkan vitamin, mineral, karbohidrat dan nutirisi lain yang penting untuk tubuh badan. Makanan ini juga rendah lemak dan juga bergantung kepada cara penyediaannya. Serat hanya terdapat dalam makanan tumbuhan seperti roti gandum dan bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makan pelbagai makanan tumbuhan yang mengandungi gentian amat penting kepada usus, dapat mengurangkan simptom sembelit kronik dan buasir, dapat mengurangkan risiko penyakit jantung beberapa jenis kanser. 


Putri Ieja
019-4160102
Princess Healthy Beauty Shoppe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...