You are What You Eat...
Ungkapan ini menggambarkan bahawa makanan adalah kunci kepada kesihatan diri yang akan menentukan samada badan anda sihat atau sakit. Ungkapan ini menekankan bahawa kita perlu betul-betul memilih makanan untuk dimakan. Apa yang dimasukkan ke dalam tubuh (dimakan) sangat mempengaruhi kesihatan dan kehidupan. Setiap hari terdapat sel-sel tubuh yang mati dan sel-sel yang mati ini perlu diganti. Makanan merupakan sumber utama untuk menggantikan sel-sel tubuh yang musnah setiap hari. Metabolisme tubuh dan sistem imun sangat dipengaruhi oleh pola hidup dan pemakanan harian. Hampir semua masalah kesihatan yang timbul disebabkan oleh tabiat makan yang salah. Penyelesaiannya, anda harus mengubah tabiat pemakanan anda.
Anda adalah apa yang anda makan. |
Pemakanan dan kesihatan mental??
Adakah pemakanan mempengaruhi kesihatan mental seseorang??
Terdapat penyelidikan menunjukkan masalah kemurungan dipengaruhi oleh kualiti makanan yang dimakan setiap hari. Kajian di negara-negara Norway, Sepanyol, Jepun, China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia menunjukkan orang yang mengamalkan diet yang sihat kurang cenderung untuk mengalami masalah kemurungan.
Kajian juga menunjukkan orang yang kerap makan makanan ringan dan makanan tidak sihat mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah kemurungan terutama di kalangan remaja.
sumber: http://bjp.rcpsych.org/
sumber: http://www.plosone.org/
Kajian terbaru menunjukkan diet ibu mengandung mempengaruhi fizikal dan mental anak dalam kandungan.
sumber: http://www.jaacap.com/article/
Masalah obesiti juga meningkatkan risiko kemurungan. Penyakit jantung juga berhubungkait dengan masalah kemurungan. Penyakit jantung akan menjadi lebih teruk dan serius jika seseorang itu tertekan.
TIPS PEMAKANAN YANG SIHAT:
1) Makan Pelbagai Makanan
Tiada makanan tunggal yang mampu membekalkan semua nutrisi dalam jumlah atau dos yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, buah oren membekalkan vitamin C tapi tiada vitamin B12, manakala keju pula membekalkan vitamin B12 tapi taida vitamin C. Jadi untuk memastikan anda mendapat semua nutrisi dengan dos yang cukup, pemilihan makanan yang pelbagai setiap hari dan merangkumi semua lima kumpulan makanan utama iaitu:
2) Mengekalkan Berat yang Ideal
Mengekalkan berat yang ideal adalah sangat penting untuk semua golongan dan peringkat umur. Mereka yang mempunyai berat yang berlebihan mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah pernafasan dan lain-lain lagi. Untuk mengekalkan berat badan yang ideal, anda perlulah mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan jumlah kalori berpadanan dengan jumlah kalori yang digunakan oleh badan. Kurus melampau juga tidak sihat. Orang yang makan terlalu sedikit atau diet secara berlebihan akan mengalami masalah kurang nutrisi. Aktiviti fizikal atau senaman seperti senaman aerobik, berjalan, berjoging, berenang, bermain bola sepak mampu membakar lemak dan kalori yang anda makan. Cuba lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal yang sederhana pada hujung minggu.
3) Kurangkan Pengambilan Kalori Makanan
Makanlah makanan yang rendah kalori tapi tinggi nutrisinya. Sebelum makan, semak Label Fakta Pemakanan setiap makanan yang akan anda makan.
Kurangkan makan makanan yang berlemak tinggi. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan tanpa gula dan lemak tambahan dalam penyediaannya. Makan pasta, roti, nasi dan bijiran tanpa ditambah gula dan lemak. Makan kurang gula dan makanan manis seperti gula-gula, kek dan biskut. Produk bijiran. sayur-sayuran dan buah-buahan membekalkan vitamin, mineral, karbohidrat dan nutirisi lain yang penting untuk tubuh badan. Makanan ini juga rendah lemak dan juga bergantung kepada cara penyediaannya. Serat hanya terdapat dalam makanan tumbuhan seperti roti gandum dan bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makan pelbagai makanan tumbuhan yang mengandungi gentian amat penting kepada usus, dapat mengurangkan simptom sembelit kronik dan buasir, dapat mengurangkan risiko penyakit jantung beberapa jenis kanser.
Putri Ieja
019-4160102
Princess Healthy Beauty Shoppe
No comments:
Post a Comment