Nuffnang

Friday 3 October 2014

7 FAKTA Tentang Kacang Soya Yang Perlu Anda Tahu

Fakta mengenai kacang soya...
7 Fakta mengenai kacang soya yang perlu anda ketahui:

1) Kacang soya ialah kekacang yang tinggi kandungan protein iaitu sebanyak 38%, di mana lebih banyak kandungan protein daripada yang terdapat dalam susu. Protein ialah nutrisis penting untuk membina sel dan otot serta enzim penting untuk tumbesaran.

==> Khasiat Protein Soya Terdapat dalam ESP

2) Susu soya tidak mengandungi lemak tepu, kolestrol dan toksin.

3) Kacang soya ialah tempat penyimpanan fitokimia yang  berfungsi sebagai antioksidan seperti saponins, phytosterols dan phenolic acid yang melindungi sel-sel badan daripada serangan radikal bebas. Ini akan mengurangkan risiko penyakit serangan jantung, kanser dan strok.  

4) Kacang soya mengandungi 2 anticarcinogens terbaik iaitu oestrogen yang berupaya mengurangkan risiko kanser payudara dan genistein yang mengahalang pertumbuhan sel kanser. 

5) Kacang soya mengandungi  satu susunan fotokimia yang menarik bernama isoflavone juga dikenali sebagai phytoestrogens yang mempunyai activiti estrogenik yang ringan. Komponen ini aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan. Ia dikaji dapat melegakan simptom menopous, membunuh sel kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 

6) Kacang soya memberi manfaat kepada kaum wanita yang berada di fasa menopause kerana ia mampu mengurangkan simptom menopous. 

7) Kacang soya dapat mengurangkan paras kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 


70% daripada peserta kajian yang dibuat di Canadian University menunjukkan bahawa dengan mengambil 3 gelas susu soya dan 1 hidangan pencuci mulut berasaskan soya setiap hari dapat mengurangkan 11% kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL) sebanyak 9%. 

Diterjemahkan daripada sini...
Sumber:
Dr. Michael Sharon (2014) The Complete Guide to Nutrients, 6th edition, Carlton Books, pg 258-259. 


Sumber rujukan saya...

Putri Ieja
019-4160102 
Princess Healthy Beauty Shoppe

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...