Nuffnang

Friday, 10 October 2014

Bajet 2015 Malaysia




Malam ni tetiba rasa nak post entry pasal Bajet 2015 yang dibentang oleh PM Dato' Najib Razak pada petang tadi...
saya pun tak nak la ulas panjang lebih-lebih pulak...tapi saya tau ramai yang tak puas hati...biasa la tu manusia,biasanya manusia ni hanya nak dengar apa yang diorang nak dengar ja...kalau tak dapat mula nak komplen, tak puas hati,salahkan orang sana salahkan orang sini...
saya senang ja...kalau dapat apa-apa bersyukurlah...Alhamdullillah...kalau tak dapat tak perlu la nak melatah...makin hari of course harga barang akan naik, sepatutnya kita kena persiapkan diri untuk berdepan dengan hal macam ni...
setiap orang bertanggungjawab untuk meningkatkan pendapatan sendiri atau keluar dari kesusahan hidup terutama sebagai ketua keluarga...bukan dengan mengharapkan bantuan dari orang lain semata-mata...
jika sekarang kerja makan gaji, tapi gaji tak pernah cukup cari la alternatif lain untuk cari duit lebih...bukan dengan mengaharapkan kenaikan gaji dan bonus semata-mata tapi tak ada peningkatan atau perubahan dalam kerja...
pernah dengar tak ada pepatah, "orang yang melakukan kerja yang sama setiap hari tetapi mengharapkan hasil yang berbeza itu adalah orang yang bodoh..."

sebagai postgraduate student saya tertarik pembentangan mengenai pembiayaan dan pinjaman pelajaran...
Alhamdulillah...saya berjaya menamatkan pengajian saya di USM di peringkat degree (ijazah) dan master tanpa berhutang...semasa pengajian saya di peringkat ijazah saya mendapat scholarship atau biasiswa dari JPA...syarat kelayakan based on result Matrikulasi...semasa pengajian di peringkat master pula yang baru sahaja tamat bulan 0gos 2014 yang lepas (tapi belum konvo lagi) saya mendapat pembiayaan MyBrain15 atau MyMaster...dan sekarang sambung belajar di peringkat PhD (baru register minggu lepas) pun apply MybBain15 atau MyPhD dan sedang menunggu keputusan permohonan...
MyBrain15 adalah pembiayaan...nak tahu lebih lanjut pasal MyBrain15 boleh rujuk di sini ==> MyBrain15

beberapa pembentangan Bajet 2015 diambil dari FB Page Najib Razak:

Pembukaan:

GST:


Pembiayaan dan pinjaman pelajaran:


MUET:


Bumiputera:


BR1M:


Penutup:


cakap pasal hutang PTPTN, saya pun tak paham kenapa masih ramai yang tak bayar hutang PTPTN...kebanyakannya peminjam yang dah lama-lama...maksudnya dah lama habis belajar mesti la dah kerja hebat-hebat...kalau tak hebat pun at least dah keja,dah pakai kereta, pakai handphone canggih tapi hutang tak boleh bayar...senang kalau tak nak bayar hutang, jangan berhutang...takpun belajar pandai-pandai dapat ponter tinggi pinjaman akan jadi biasiswa..dah tak perlu bayar...hutang PTPTN tak dibayar bawa masalah kepada generasi sekarang dan akan datang yang nak sambung belajar dan perlukan duit...

hukum berhutang WAJIB bayar...


mohon terasa la kepada sesiapa yang berhutang...at least ambil inisiatif untuk bayar kerana hutang WAJIB dibayar....

sekian...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...