Nuffnang

Tuesday, 7 July 2015

Restoran Nasi Padang Minang yang Terkenal di Penang

Datang jalan-jalan di Penang ni jika anda gemar makan makanan Melayu dan Minang (ala-ala nasi campur) dan juga penggemar kopi anda wajib singgah di Kedai Kopi International Hotel ni..di kedai ni ada Nasi Padang Minang...
Owner kedai kopi ni Cina, jual air...owner nasi padang minang ni pulak melayu...so,tak perlu diragui lagi tentang status HALAL di kedai ni...
Bangga jugak tengok Melayu dan Cina bergabung majukan perniagaan...
Kedai ni terletak di tengah bandar Georgetown iaitu di Jalan Transfer...



Dah lama nak datang tapi baru kali ni berkesempatan untuk datang ke sini...
kali ni untuk berbuka puasa...banyak baca dalam blog katanya kedai ni beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 8 malam..jadi risau jugak kalau kedai ni tak bukak bulan2 puasa ni...
so, kul 5 kami dah datang untuk tengok dulu kedai ni buka atau tidak...dah siap ada plan B kalau-kalau kedai ni tutup ataupun tak da jual nasi bulan2 puasa ni...
nak cari kedai tu guna google maps ja terus sampai...
bila sampai ja tak ramai orang, tapi nampak dah ada 2-3 buah meja dah reserved...jadi alang-alang dah sampai cakap nak makan berbuka puasa kt situ terus pak cik tu reservedkan meja...

lepas tu g pekena Asar dulu n jalan-jalan di Perangin Mall..dekat-dekat situ ja..
datang semula kedai tu pukul 7 datang semula untuk ambik lauk-lauk dan order air...
yang datang ambik order air tu uncle Cina, masa tu baru pukul 7 kan..so, uncle tu cakap order dulu nanti 7.30 baru dia hantar air...bagus diorang memahami kita umat Islam ni nak berbuka puasa...masa tu dah ramai orang...ada yang sibuk ambik lauk pauk letak makanan kat meja masing-masing...ada yang beli bungkus...
lauk ja amik sendri, nasi dia akan hantar ke meja kita...
macam-macam lauk ada...tak da plk snap gambar lauk-lauk kt situ segan la orang tengah sibuk nk prepare berbuka...
ada ikan keli, ikan jaket, ayam, daging, gulai, masak lemak, sayur, ikan bilis, sotong, ulam-ulaman, sambal belacan dan macam-macam lagi....


ni lauk-lauk yang kitorang ambik...ayam goreng, tempe goreng, ikan jaket/ikan belah belakang goreng, pajeri nenas, sayur campur dan sambal belacan..

yang keja jual air pun ramai...dan dah tua-tua pun uncle ngn auntie ni..mungkin family punya bisnes..bila air dihidang terus kena bayar...nasi ja bayar lepas makan...dapat kurma sorang sebijik..

masa tunggu nak berbuka puasa saya perasan kat meja sebelah ni macam family Cina, memang muka Cina la dressing pun nampak la macam non-Muslim..husband, wife dengan sorang anak kecik...
saya dok fikir diorang ni akan makan bila siap ambik lauk...tapi diorang ni tak makan..just bagi anak dia ja makan...
Time berbuka tu perasan family Cina sebelah tu makan sekali bila kitorang yang Muslim ni berbuka...bagus betul..maknanya diorang respect kita yang Muslim ni berpuasa...
lauk sedap...masa makan tu rasa macam nasi tak cukup, tapi segan nak mintak nasi tambah..bila nasi dah habis tapi lauk tak habis lagi...meratah ja lauk ayam ngan ayam tu cicah sambal belacan...tempe goreng pun saya cicah sambal belacan...

tadi order air Nescafe ais dan jus oren...air nescafe memang kaw punya....dah nama pun kedai kopi...kopi mesti kaw punya...
dan harganya berbaloi jugak..nasik ngn lauk-lauk tadi semua harganya RM19...pada saya harganya borbaloi...murah la jgk kan...



Thursday, 25 June 2015

Resepi Tart Nenas Gulung Gebu Gebas

Tart Nenas ialah antara biskut yang famous tiap kali menjelang hari raya...
saya dulu tak minat sangat pun tart ni mungkin sebab letak jem kot...tapi sejak tahun 2011 saya jadi suka pulak dengan tart nenas ni...masa tahun ni, waktu cuti semester yakni pada bulan puasa saya bekerja buat kuih raya...buat kerja di rumah saja bukan kilang, tapi banyak juga pekerja dia amik sebab tempahan banyak...bakar pun oven besar...bakar dalam tray besar...dalam banyak-banyak kuih, saya ditugaskan buat tart gulung..kerja saya tekan doh dalam acuan tart dan gulung...antara kerja-kerja yang ada kerja buat kuih tart tu kira paling susah dan gaji paling mahal...sehari berapa ringgit ntah tak ingat dah..tapi yang ingat duit gaji tu saya guna tukar spek mata baru....
so, sejak tu tiap2 tahun mesti saya buat tart nenas ni...

Saya nak kongsikan resepi dan cara buat kuih tart nenas gulung...sukatan cawan ja...senang...

RESEPI KUIH TART NENAS GULUNG:

Jem Nenas:

Buah nenas
Gula pasir
Esen vanila

Cara-cara:

1. Kupas buah nenas. 
2. Parut atau blend buah nenas. (kalau blend nanti air banyak dan amik masa lama untuk masak).
p/s: saya pakai parut yang macam dalam gambar tu.


 3. Masukkan parutan nenas, gula dan esen vanila dalam kuali.

4. Hidupkan api dan biarkan mendidih. Bila dah kering sikit, kecilkan api dan terus kacau jangan tinggal hingga betul-betul kering. 

 5. Angkat letak dalam bekas. Biarkan sejuk. (boleh letak dalam peti ais)



Doh Tart:

1 buku (250 gram) buttercup @ 1 cawan mentega
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar gula halus @ icing
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 2 sudu besar tepung jagung
* 2 1/2 sudu besar tepung kastard
* 2 sudu besar susu tepung
1 biji kuning telur (kalau telur kecik letak 2 biji)
1 sudu teh esen vanila


p/s: Ayak bahan-bahan yang bertanda *. 

Cara-cara

1. Pukul buttercup/mentega dan gula hingga sebati. 
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan susu tepung yang diayak tadi.
4. Gaul hingga sebati.
5. Panaskan oven 150 C selama 10 minit. 
6. Gentelkan jem nenas lonjong-lonjong.


7. Masukkan doh dalam acuan tart dan tekan. Bahagian yang bercorak di bawah. Letakkan jem dihujung dan gulungkan. Potong kalau terlebih panjang.






8. Masukkan dalam 'paper cup' dan letakkan dalam dulang pembakar. Sapukan kuning telur atasnya. 

9. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 minit. 


Abaikan yang tengah. Tu doh yang last saya buat mcam tu ja. 

Angkat dan biarkan sejuk sebelum masukkan dalam balang.


 Tart nenas gulung gebu gebas siap...

Ok...boleh cuba ye, pasti tak menyesal sebab memang gebu gebas tart ni...sebab tu la saya letak dalam paper cup...tak nak letak pun tak pe...



Thursday, 4 June 2015

Promosi Hebat Vita-C & Vita-E Shaklee Bulan Jun 2015

Salam pertengahan tahun 2015...

Bulan Jun ni dah sampai la kita ke pertengahan tahun 2015...terasa cepat ja masa berlalu...macam baru bulan lepas ja sambut tahun baru 2015...

seperti biasa, seperti juga bulan sebelum2 ni...tiap2 bulan Shaklee akan bagi tawaran hebat yang pasti rugi jika terlepas...





bulan ni promosi hebat jimat Vita-C Plus SR dan Vita-E Complex...mau nak melompat dengar sebab kedua-dua vitamin ni adalah gabungan hebat untuk kulit cantik, halus mulus bebas jerawat...tapi wajib la konsisten makan, cukup minum air...

Shaklee ni memang sangat memahami, buat promosi sekarang sebagai persediaan untuk kita cantik berseri di hari raya nanti...lebih kurang 2 minggu lagi umat Islam akan berpuasa dan sebulan selepas tu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri...semua orang nak tampil cantik di hari lebaran...tak guna juga baju ja cantik tapi muka kusam, berjerawat, berparut... jadi ni la masanya...masih sempat lagi...

jom tengok apa khasiat Vita-C Plus SR dan Vita-E Complex ni....

Khasiat @ kebaikan Vitamin C:
  • menCERAHkan kulit
  • meLEMBAPkan kulit
  • mengANJALkan kulit
  • meNGURANGkan masalah RESDUNG
  • menREMAJAkan kulit
  • meNINGKATkan SISTEM IMUN tubuh
  • meLINDUNGi sel-sel dalam tubuh 
  • mengHASILkan sel-sel kulit baru
  • memBENTUK KOLAGEN
  • meLAMBATkan kulit berkedut
Khasiat @ kebaikan Vitamin E:
  • meMUDARkan PARUT
  • meNGURANGkan JERAWAT dan JERAGAT
  • mengHALUSkan dan meLICINkan kulit
  • meLAMBATkan PROSES PENUAAN
  • KULIT AWET MUDA
  • ANTI-OKSIDAN yang tinggi
  • meNINGKATkan KESUBURAN
  • meLANCARKAN PEREDARAN DARAH
  • meLINDUNGi KULIT dari sinaran UV
  • meRENDAHkan PARAS KOLESTROL
  • meNGURANGkan SIMPTOM PMS
  • meLINDUNGI JANTUNG
  • menCEGAH KANSER
ni antara testimoni penggunaan gabungan Vita-C Plus SR dan Vita-E Complex:

Kesan:
1. Muka makin cerah
2. Jerawat cepat kecut
3. Parut jerawat makin pudar

wah...bestnya kesan vitamin C dan vitamin E ni...
saya suka sangat Vita-C Plus dan saya pilih Shaklee sebab SPECIAL sangat...
apa yang special tu..? jom tengok sini ==> Vitamin-C 500mg Shaklee Sustained Release
apa tunggu lagi??
nak rasa tak kesan-kesan yang best ni??

jom WhatsApp 019-4160102 laju-laju...
jom jenguk page FB Princess Healthy Beauty Shoppe...
saya adalah pengedar Shaklee yang sah...

Putri Ieja
019-4160102
SID:908646

Saturday, 9 May 2015

Daftar Ahli Shaklee Percuma 1 Botol Vita-Lea

Sempena ulang tahun ke 100 penciptaan formula Vita-Lea Shaklee, Shaklee dengan murah hati akan menghadiahkan 1 botol Vita-Lea kepada sesiapa sahaja yang layak...tiada had jumlah penerima atau botol Vita-Lea Shaklee....



Syarat-syaratnya sangat mudah...
anda hanya perlu:

1) Daftar sebagahi ahli Shaklee dengan yuran hanya RM69 untuk seumur hidup.
2) Membuat pembelian sebarang/mana-mana produk Shaklee tidak kira berapa harganya dan jumlahnya.

Dengan ini anda layak menerima hadiah iaitu sebotol Vita-Lea(120 biji) yang berharga RM 94....wah...dapat hadiah yang harganya lagi mahal dari yuran daftar ahli Shaklee...





Masih ada lagi tak tahu apa itu Vita-Lea??

Vita-Lea ialah multivitamin yang tediri daripada 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

FAKTA MENARIK:

Vita-Lea merupakan vitamin pertama yang dicipta di dunia pada tahun 1915. Nama asalnya ialah Vitalize-Mineral. Ia dicipta khas oleh pengasa Shaklee iaitu Dr. Forrect C. Shaklee. Perkatan VI-TA-MIN yang diguna pakai sehingga hari ini merupakan singkatan dari perkatan Vitalize-Mineral.


Dulu Vita-Lea dalam bentuk cecair. Sekarang dalam bentuk tablet.


Tetapi jangan risau kerana Vita-Lea sangat cepat larut dalam air dan badan manusia. Maka nutrisi dalam Vita-Lea akan diserap oleh usus kecil dengan cepat.




Gambar kredit to blog: http://superibu.com/

lagi FAKTA MENARIK:

Vita-Lea Shaklee dipilih sebagai THE BEST MULTIVITAMIN oleh Center For Science dalam Public Interest di Amerika Syarikat pada tahun 2000.

kenapa pula perlu mendaftar sebagai ahli Shaklee??
kerana anda akan layak mendapat semua kelebihan sebagai AHLI Shaklee sebaik sahaja mendaftar sebagai ahli iaitu:

1) Boleh membeli produk Shaklee dengan harga ahli yang sangat JIMAT (20-30% lebih murah dari harga pasaran).
2) Boleh membeli produk Shaklee secara online tanpa perlu pergi ke cawangan Shaklee.
4) Layak menikmati PROMOSI HEBAT yang ditawarkan setiap bulan. 
5) Mendapat bimbingan dan konsultasi tentang produk, tips, peluang bisnes dan sebagainya.
6) Boleh memulakan bisnes tanpa perlu mengeluarkan modal.
7) Peluang mendapat 3C dari Shaklee.

Apa itu 3C??
klik di sini ==> Shaklee Tawarkan 3C


So, tak perlu berlengah lagi. Daftar sebagai ahli Shaklee dan dapatkan sebotol Vita-Lea secara percuma sekarang. 

Putri Ieja (Facebook)
019-4160102 (WhatsApp/SMS)




Thursday, 9 April 2015

Promosi April 2015 Yang Super Jimat untuk 6 Jenis Produk

Bulan April rakyat Malaysia sibuk menyiapkan diri dengan ekonomi Malaysia yang baru iaitu GST (Good and Service Tax)....ikutkan dah banyak negara melaksanakan GST ada yang hingga 20%...manakala Malaysia hanya mengenakan 6% ke atas sesetengah jenis barangan...tapi yang menjadi masalah bila ada penjual yang mengambil kesempatan...semua benda nak GSTkan padahal tak berdaftar pun...berhati-hatilah moga kita tak tertipu...

GST - Get Shaklee Today sesuai sangat dengan bulan April ni sebab Shaklee Malaysia sedang bermurah hati dengan menawarkan 3 promosi ke atas 6 jenis produk iaitu PROMOSI BELI 3 PERCUMA 1, BELI 6 PERCUMA 1 dan BELI 2 DISKAUN 5%...

BELI 3 PERCUMA 1:


- DTX Complex
- Vita-Lea for children
- Cinch Shake Mix Chocolate
- Cinch Shake Mix Cafe Latte
BELI 6 PERCUMA 1:


- GLA Complex
- Lecithin

BELI 2 DISKAUN 5%:

- GLA Complex
- Lecithin


Jom GST - Get Shaklee Today....

Putri Ieja
019-4160102

Wednesday, 8 April 2015

HERBAL BLEND Kecutkan Jerawat

Nak share satu testimoni saya sendiri...
al-kisah 2 minggu  lepas saya travel..seminggu di K.L...jadi water intake pun tunggang langgang...
bila dah minum air kosong kurang mula jerawat nak menyinggah...
jerawat jenis sakit tu...

sebelum ni dah pernah try letak Herbal Blend di jerawat semalaman...memang berkesan...jerawat kecut...tapi tak amik gambar...

tapi kali ni saya snap gambar untuk dikongsi dengan semua...
benda yang baik mesti la dikongsi bersama...


fokus pada jerawat di tepi hidung...abaikan perbezaan warna kulit...tu disebabkan oleh faktor cahaya...gambar sebelum tu snap pada waktu malam...gambar selepas tu diambil pada waktu siang...
nampak tak tu jerawat kecut...ni baru sekali letak...
letak semalaman ya...esok pagi cuci muka...

ini la salah satu kegunaan Multi-Purpose Cream Herbal Blend....
yang penting, bebas dari bahan kimia bebas dari paraben...selamat....
harganya??
murah ja...
1 botol hanya RM 27.50...

cepat-cepat dapatkan Herbal Blend sekarang....
macam-macam lagi fungsinya...boleh sapu pada gatal-gatal kesan gigitan serangga...boleh sebagai minyak urut, losyen...yang penting tak melekit...

Putri Ieja
019-4160102

Saturday, 21 March 2015

Promosi MAC 2015 Hampir Tamat..Rebut Sebelum GST...

sori sangat sebab lupa nak update promosi Mac kat sini...
rugi sangat kalau terlepas promosi Mac ni sebab bukan sahaja promosi harga runtuh jimat malah sementara harga masih belum dikenakan GST...

So, promosi Mac adalah:


1) ESP - beli 6 canister, percuma 1 canister, dapat daftar keahlian secara percuma & dapat cashback bonus bulan depan...

2) Zinc Complex - beli 3 botol, percuma 1 botol...

3) Vita-Lea (for children) - beli 3 botol, pecuma 1 botol...

bermula 1 April 2015 semua harga produk Shaklee berubah kerana GST akan dilaksanakan...Shaklee pun kena GST ok...nak2 pulak ni produk import dari luar negara...

so, ini la masanya nak borong apa yg dah lama teringin nak cuba...ada lagi ke yang ragu2 produk Shaklee...??
saya yakin dengan Shaklee...sebab semua produk Shaklee berasaskan bahan semula jadi dan tidak mengguna bahan kimia yang berbahaya...
Syarikat nutrisi dan kesihatan yang ditubuhkan sejak tahun 1956...jadi maknanya tahun ni tahun yang ke 59 sudah...
- pengeluar multivitamin pertama di dunia...
- syarikat industri-multi level marketing yang pertama di dunia...
- pencipta protein segera pertama di dunia...
- pencipta vitamin C sustained release yang pertama di dunia...

banyak lagi la 'yang pertama'...jom baca sini...

klik sini =-> Sejarah Shaklee

Putri Ieja
SID: 908646
019-4160102

Sunday, 1 March 2015

Kelab BLOGGER AREA




Bulan lepas saya telah menerima surat jemputan rasmi untuk menyertai Kelab Blogger Area...
tujuan penubuhan kelab blogger ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara blogger-blogger di Malaysia...
saya dengan sukacita menyambut baik jemputan ini...
terima kasih Tuan Blogger Area..


Thursday, 26 February 2015

Sijil HALAL Shaklee 2015

sijil HALAL Shaklee 2015 telah dikeluarkan dan diperbaharui oleh Islam Service of America (ISA) iaitu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM:



mesti masih ada yang tertanya-tanya "kenapa sijil HALAL Shaklee tidak dikeluarkan oleh JAKIM??"

sijil HALAL Shaklee 2014:


sijil HALAL Shaklee 2013:



Putri Ieja 
SID: 908646
019-4160102

Wednesday, 18 February 2015

Pembiayaan MyBrain15 Untuk Pelajar Pasca Ijazah di IPT Dalam Negara


Alhamdulillah...pagi tadi sejumlah wang telah dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam saya sebanyak 5 angka iaitu duit elaun bulanan pembiayaan MyBrain15 untuk pengajian PhD saya di USM ini...banyaknya...biar betul dapat banyak macam tu tiap bulan...so, jom baca dulu entry ni baru anda akan faham...bukan skim cepat kaya ye...
Entry kali ni saya nak kongsi tentang pembiayaan pelajaran MyBrain15 yang layak dimohon oleh rakyat Malaysia yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Pasca Ijazah (Postgraduate) sama ada Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD) di IPT dalam negara. Kepada anda yang menonton pembentangan budget 2015 oleh PM Dato' Najib Razak hujung pada tahun lepas,mesti ada perasan PM kita ada menyebut tentang MyBrain15 ni. Otakku15??Apakah ini...ha...ini la yang saya nak kongsikan...

APA ITU PROGRAM MYBRAIN15??
  • Satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  • Salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
  • Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi.
  • Kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.
  • Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).
  • MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023
  • MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master). Program ini merupakan feeder kepada MyPhD.
  • MyPhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri.
  • SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu "Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi".
SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON??

MYMASTER:
  • Warganegara Malaysia.
  • Graduan yang belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap / Kakitangan swasta / Pensyarah institusi pengajian tinggi swasta.
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minima seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada universiti.
  • Memenuhi syarat had umur seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Tidak menerima pembiayaan lain dari mana-mana pihak.


MYPHD:
  • Warganegara Malaysia. 
  • Graduan yang belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap / Kakitangan swasta / Pensyarah institusi pengajian tinggi swasta.
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minima seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada universiti.
  • Memenuhi syarat had umur seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Tidak menerima pembiayaan lain dari mana-mana pihak.

    MYPHD INDUSTRI:
    • Warganegara Malaysia.
    • Tiada had umur
    • Graduan ialah kakitangan swasta yang bekerja di industri / Kakitangan badan berkanun yang diasingkan saraan seperti disenaraikan.
    • Pemohon tidak memiliki Ijazah Kedoktoran atau setaraf semeasa memohon.
    • Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada universiti atau telah memulakan pengajian.
    • Pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran sahaja.
    • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
    • Tidak menerima pembiayaan lain dari mana-mana pihak.

    APAKAH PEMBIAYAAN YANG AKAN DITERIMA?

    MYMASTER:

    Yuran pengajian tidak melebihi RM10,000 setiap pelajar untuk tempoh 6 hingga 24 bulan.

    MYPHD:

    Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 setiap pelajar untuk tempoh 6 hingga 48 bulan. Bagi calon yang layak, penambahan elaun sara hidup (ESH) sebanyak RM2,300 sebulan.

    MYPHD INDUSTRI:

    Yuran pengajian tidak melebihi RM50,000 setiap pelajar untuk tempoh tidak melebihi 48 bulan.

    BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON??

    Permohonan MyBrain15 hanya boleh dibuat melalui online di laman web MyBrain15.

    untuk maklumat lanjut dan cara permohonan sila rujuk di laman web https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15

    Kenapa diberi nama program MyBrain15??
    sebab program ini hanya dibuka sehinga Disember 2015 sahaja. So,sempat lagi...tapi berkemungkinan program ini akan diteruskan lagi sehingga tahun depan bagi mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.
    Jadi, bagi yang akan mendaftar, atau sedang mengikuti pengajian di peringkat Master atau PhD yang masih belum mendapat tajaan atau pinjaman cepat-cepatlah mohon.
    sebabnya walaupun telah mendaftar duit yuran yang telah dibayar boleh diclaim (Master/PhD) dan akan menerima elaun bulanan dari tarikh anda memohon (PhD) sekiranya permohonan anda berjaya.

    Ini perjalanan pengajian PhD saya sehingga hari ni:

    19 Ogos 2014: Memohon pengajian di peringkat PhD di USM secara online di laman web http://www.ips.usm.my/

    24 September 2014: Menerima surat tawaran pengajian PhD dari USM


    1 Oktober 2014: Mendaftar sebagai pelajar PhD di IPS USM



    1 Oktober 2014: Memohon MyBrain15 (MyPhD) secara online di laman web https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15



    28 November 2014: Menerima surat tawaran MyBrain15 (MyPhD) dari KPM

    4 Disember 2014: Menghantar surat perjanjian dan semua dokumen kepada KPM (pos)

    17 Februari 2015: Elaun bulanan (Oktober 2014 - Mei 2015) telah dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam


    Lebih kurang lepas 3 bulan dari tarikh tawaran MyPhD (jika surat perjanjian dan dokumen dihantar tiada masalah) elaun bulanan akan dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam pelajar. Duit ESH ini akan dikreditkan 3 kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Oktober dan setiap kali duit dimasukkan akan cover untuk 4 bulan sekaligus. Untuk yang dapat untuk kali pertama ESH dikreditkan merangkumi ESH dari tarikh mula pembiayaan (dinyatakan dalam surat tawaran) sehingga bulan sebelum next cycle. Backdated...
    Contohnya, dalam kes saya ESH dikreditkan untuk 8 bulan (backdated 4 bulan - Oktober 2014 hingga Januari 2015) dan dari bulan sekarang hingga bulan sebelum next cycle (4 bulan - Februari 2015 hingga Mei 2015)..
    jadi jumlahnya sebanyak RM2,300 x 8 bulan = RM18,400
    Tapi kena la bijak berbelanja sebab next ESH akan diterima pada bulan Jun nanti...lambat lagi tu...
    untuk yuran pengajian pula pihak KPM akan membayar secara terus kepada bendahari universiti...kepada yang sudah mendaftar dan telah membayar yuran sendri, jumlah yuran tu boleh dituntut semula dari pihak KPM melalui bendahari universiti...syaratnya, tarikh mula pembiayaan hendaklah berada dalam semester tersebut..
    Contohnya, tarikh mula pembiayaan bulan Oktober 2015 dan tempoh semester 1 ialah September 2014 hingga Februari 2015...jadi boleh tuntut duit semester 1 yang telah dibayar...
    Jadi, selepas dapat tawaran MyBrain15 anda perlu memberikan surat tawaran ini kepada bendahari universiti untuk proses tuntutan dan pembayaran yuran untuk semester akan datang. 
    Saya berharap info yang saya kongsikan dapat membantu anda...

    kalau ada sebarang pertanyaan, masih blur-blur lagi pasal MyBrain15 ni, boleh la tinggalkan komen di bawah...

    Putri Ieja
    019-4160102

    Banyaknya Promosi Februari 2015 Yang Menjimatkan

    Wah...sekarang makin banyak pulak promosi yang sangat menjimatkan dari Shaklee...
    bulan ni ada 4 jenis produk yang Shaklee promosikan...
    produk untuk kanak-kanak, dewasa dan warga tua...


    1) Vita-Lea
    BELI 6, PERCUMA 1...
    BELI 2, DISKAUN 5%..

    - Multivitamin untuk dewasa
    - Sesuai kepada mereka yang tidak suka telan banyak pil
    - Sesuai untuk lelaki dan wanita
    - Sesuai untuk ibu hamil/ ibu menyusu/ ibu berpantang
    - Diperlukan kepada yang ingin menurunkan atau menaikkan berat badan
    - Sesuai kepada mereka yang selalu keletihan


    2) Vita-Lea untuk kanak-kanak 
    BELI 3, PERCUMA 1...

    - Multivitamin untuk kanak-kanak
    - Boleh dikunyah, rasa anggur yang lazat
    - Dapat meningkatkan sistem imun anak anda
    - Sesuai kepada anak yang cerewet (picky eater)

    3) Ostematrix 
    BELI 6, PERCUMA 1...
    BELI 2, DISKAUN 5%...
    - Bukan sekadar sumber kalsium biasa
    - Sesuai kepada lelaki dan wanita
    - Amat sesuai kepada mereka yang tidak suka minum susu
    - Sesuai kepada ibu hamil / ibu menyusu / ibu berpantang
    - Sesuai kepada mereka yang sering mengalami masalah senggugut
    - Sesuai kepada mereka yang mengalami masalah sakit sendi, tulang dan lutut
    - Sesuai kepada mereka yang sukar membuang air besar (sembelit)
    - Sesuai kepada mereka yang alami masalah sukar tidur (insomnia)
    - Sesuai kepada mereka yang sering alami masalah kekejangan (cramp)
    - Sesuai kepada mereke yang mementingkan kesihatan tulang dan gigi

    4) Advanced Joint Health Tablet 
    BELI 3, PERCUMA 1...

    - Sesuai kepada lelaki dan wanita
    - Sesuai kepada orang berumur
    - Amat sesuai kepada mereka yang mengalami masalah sakit sendi, tulang dan lutut

    Putri Ieja
    019-4160102

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...