Nuffnang

Thursday, 9 January 2014

Vitamin C 500mg Shaklee (Vita-C Plus Sustained Release)

Vitamin C adalah vitamin larut air yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Kita memerlukan vitamin C dalam diet harian kita, tapi mampukah kita mencukupkan keperluan ini setiap hari. Sebagai alternatifnya, saya mengambil supliment vitamin C bukan sahaja untuk kecantikan kulit malah juga untuk keperluan tubuh badan yang lain..

Pilihan saya adalah Shaklee, jenama yang sudah lebih 50 tahun bertapak didunia ini..
Kenapa saya memilih Shaklee??Bukan sahaja ia merupakan jenama yang kukuh malah kerana beberapa keistimewaannya berbanding jenama lain..
selain itu vitamin C Shaklee juga menjimatkan, sebotol 180 biji tahan hampir 6 bulan..
Harganya??
tak sampai RM100 pun,hanya RM92.50(WM) & RM97.50(EM)....



Keistimewaan Vitamin C 500mg Shaklee:

1) Shaklee mengeluarkan vitamin C yang dinamakan Sustained Released Vita. C kerana vitamin C ini diperbuat daripada formula istimewa iaitu pelepasan secara perlahan, berperingkat di dalam tubuh badan supaya vitamin C dapat disalurkan secara berterusan. Ini kerana tubuh badan kita tidak dapat menerima vitamin C dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Setiap satu jam, 100mg akan dilepaskan dan akan bertindak balas dengan sel-sel di dalam badan. Maka,tiada pembaziran berlaku dan vitamin C dapat diserap dengan baik. Ini kerana, jika terlalu banyak vitamin C di dalam badan dalam masa yg sama ia akan di singkirkan dari tubuh badan tanpa sempat digunakan.
Selain itu

2) Diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu buah oren sebagai sumber utama. Satu tablet vit. C 500mg Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren. Dijamin selamat.

3) Vitamin C ini dihasilkan dengan Bioflavonoids Complex. Bioflavonoids Complex adalah antioksidan yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli dan ianya tiada dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik dan menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik. Bioflavonoids complex meningkatkan keberkesanan vitamin C dan penyerapan vitamin C dengan lebih baik.

Fungsi Vitamin C:

1. Membantu pembentukan kolagen iaitu struktur yang terlibat dalam pembinaan kulit, otot, sendi, tulang dan gigi.
2. Mempercepatkan penyembuhan luka (kesan yang lebih bagus dengan kombinasi Zink) dan parut.
3. Membaiki dan mengekalkan sendi, tulang dan gigi.
4. Antioksidan yang menghalang kerosakkan yang disebabkan oleh radikal bebas dengan meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan kanser, penyakit jantung, arthritis dan juga cepatkan proses penuaan.
5. Kajian menunjukkan orang yang mengambil vitamin C dapat mengurangkan simptom dan gejala selsema.
6. Menjana penghasilan antioksidan lain seperti vitamin E.
7. Mengekalkan kesihatan gigi dan gusi dan mencegah pendarahan gusi.
8. Membaiki penyerapan zat besi daripada diet harian.
9. Untuk metabolisma asid hempedu yang mungkin memberi implikasi kepada kolestrol dalam darah dan batu karang.
10. Berperanan penting dalam proses sintesis beberapa hormon penting dalam badan.
11. Meningkatkan dan mengekalkan kesihatan mata.
dan macam-macam lagi.

Jika anda juga berminat dengan vitamin C Shaklee,hubungilah saya Shaklee Independent Distrubutor sah anda..

Princess Healthy Beauty Shoppe | Putri Ieja | SID:908646 | 019-4160102

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...