Nuffnang

Tuesday 28 January 2014

"Slipped Disc' dan cadangan supliment

Tulang Belakang


Tulang belakang terdiri daripada banyak tulang yang dipanggil vertebra. Disk atau cakera berada di antara setiap vertebra dan bentuknya hampir bulat. Disc ini ialah tisu yang bersifat kenyal seperti getah yang menjadi kusyen untuk menyerap hentakan dan kukuh yang membolehkan tulang belakang bersifat fleksibel. Saraf tunjang yang menghubungkan saraf dari otak ke seluruh badan dilindungi oleh tulang belakang. Saraf dari saraf tunjang keluar dari antara vertebra untuk menyampaikan mesej kepada dan daripada seluruh bahagian badan.


Slipped Disc



"Slipped disc" atau disc tergelincir boleh disebabkan oleh disc haus atau menipis yang mungkin disebabkan faktor usia. 
"Slipped disc" berlaku apabila sebahagian daripada bahagian dalam disc yang lembut (pulposus nukleus) membonjol keluar dari kawasan luar disc. Bonjolan disc ini boleh menekan struktur berdekatan seperti saraf dan boleh menyebabkan keradangan di bahagian tersebut. Kebanyakan "slipped disc" berlaku di bahagian "lumbar" iaitu tulang belakan bahagian bawah. 1 daripada 20 kes sakit belakang adalah berpunca daripa masalah "slipped disc".

Apakah yang menyebabkan "slipped disc"??

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan "slipped disc" ialah:
1. banyak mengangkat benda berat
2. angkat benda dalam posisi yang salah
3. duduk terlalu lama 
4. sukan angkat berat
5. obesiti
6. merokok
7. umur meningkat

Apakah tanda-tanda "slipped disc"??

1. Sakit belakang
Biasanya akan mengalami sakit belakang yang teruk dan kesakitan datang secara tiba-tiba. Kesakitan ini biasanya kembali pulih apabila anda berbaring rata dan akan menjadi lebih teruk jika anda bergerak ke belakang, batuk atau bersin.

2. Sakit saraf tunjang (biasanya saraf sciatica)
Sakit saraf tunjang berlaku apabila saraf dari saraf tunjang ditekan oleh "slipped disc". Walalupun masalah ini berpunca di belakang tetapi anda akan berasa sakit sepanjang saraf dan sakit belakang. Anda juga mungkin berasa sakit pada kaki.

3. Kebas
Mengalami kebas di sesetengah bahagian badan seperti kaki dan tangan.

4. Sindrom cauda equina
Sindrom ini jarang berlaku tetapi sangat serius di mana saraf di bahagian paling bawah saraf tunjang ditekan oleh "slipped disc". Sindrom ini menyebabkan sakit belakang pada bahagian paling bawah, masalah usus dan pundi kencing (biasanya tidak dapat membuang air kecil), kebas di kawasan sekitar dubur dan lemah satu atau kedua-dua belah kaki. Sindrom ini memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan usus dan pundi kencing rosak secara kekal.

Berjumpalah dengan doktor sekiranyaanda mengalami gejala-gejala ini.
Walaubagaimanapun,sesetengah orang tidak mengalami sebarang tanda atau gejala.

Apakah rawatan untuk masalah "slipped disc"??

1. Senaman atau kekal aktif
Berehat jika anda merasa kesakitan yang teruk. Jik tidk teruk,kekal aktif. Berehat di atas katil selama lebih daripada 1 atau 2 hariboleh melemahkan otot dan menjadikan masalah lebih teruk. Berjalan atau melakukan aktiviti ringan yang ain dapat membantu mengurangkan kesakitan.

2. Rawatan fizikal
Menjalani fisioterapi atau osteopath. Namun rawatan fizikal biasanya memberikan sedikit kelegaan jangka pendek dan mempercepatkan pemulihan.

3. Pembedahan
Tujuan pembedahan adalah untuk memotong keluar bahagian benjolan "slipped disc" yang terkeluar. Walaubagaimanapun, tidak semua kes disarankan untuk melakukan pembedahan. Pembedahan mempunyai beberapa risikonya.

4. Ubat
Jika anda memerlukan ubat penahan sakit, anda perlu mengambilnya secara kosisten. Ubat tidak akan menyembuhkan "slipped disc" tetapi ia boleh membantu mengurangakan kesakitan dan gejala "slipped disc".

sumber: patient.co.uk

Cadangan supliment Shaklee untuk masalah "slipped disc"

1. Ostematrix


2. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)


Testimoni:


Saya adalah Shaklee Independent Distributor yang sah anda...

untuk maklumat lebih lanjut dialu-alukan untuk hubungi saya...


Princess Healthy Beauty Shoppe | SID:908646 | 019-4160102(Putri Ieja)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...