Nuffnang

Saturday 25 October 2014

Masalah Kesihatan Kanak-kanak: Malnutrisi

Fight Malnutrition
Malnutrisi adalah keadaan yang tidak sihat yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang yang tidak mengandungi jumlah nutrisi yang betul. Dua jenis malnutrisi:

1) Kurang gizi - tidak mendapat nutrisi yang mencukupi.

Kurang zat makanan
sumber:

2) Lebih gizi - mendapat lebih nutrisi daripada yang diperlukan.

Lebih gizi
Kekurangan zat makanan adalah disebabkan oleh sesetengah zat yang tidak mencukupi atau badan tidak berupaya untuk menyerap nutrisi daripada makanan 
Malnutrisi biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Lebih gizi berpunca daripada pemakanan yang melampau iaitu melebihi daripada apa yang diperlukan oleh badan. 

Apakah simptom kekurangan zat makanan??

Simptom kurang zat makanan yang paling ketara adalah penurunan berat badan yang melampau (biasanya kehilangan lebih dari 5-10% dari berat badan dalam masa tiga hingga enam bulan). Simptom-simptom lain termasuk:

  • muram
  • letih sepanjang masa
  • badan lemah
  • kurang tenaga
  • jangkitan kuman atau penyakit
  • mengambil masa yang lama untuk pulih dari jangkitan
  • penyembuhan luka yang lambat
  • cepat marah
  • kurang daya tumpuan
  • tertekan
  • kerap cirit-birit
Simptom utama terlebih nutrisi ialah berat badan berlebihan atau obes. Berat badan berlebihan juga berlaku jika mereka banyak makan makanan yang tinggi kandungan tenaga (kalori). 

Simptom kurang zat makanan pada kanak-kanak termasuk:
  • perkembangan atau tumbesaran terbantut
  • perubahan tingkah laku seperti cepat marah, lesu atau mudah cemas
  • perubahan pada rambut dan kulit warna

Bagaimanakah cara merawat masalah malnutrisi?

Cara merawat masalah ini bergantung kepada tahap dan sebab masalah kekurangan zat makanan. Yang paling utama ialah melakukan perubahan kepada pola pemakanan harian. Ini akan meningkatkan kandungan nutrisi makanan. Suplemen atau makanan tambahan juga dapat meningkatkan pengambilan nutrisi dan mengurangkan risiko komplikasi seperti jangkitan.



Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada tahun 2006, sebanyak 15% daripada kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan berat badan atau terbantut manakala, 5.4% lagi didapati berlebihan berat badan.
~ sumber: Kosmo! Online Varia ~

Putri Ieja
019-4160102
Princess Healthy Beauty Shoppe

4 comments:

  1. Kalau saya mengamalkan puasa, adakah saya juga mempunyai simptom kekurangan zat makanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berpuasa pastikan waktu berbuka dan bersahur anda makan makanan yg cukup zat..jika tak mampu tak sempat nak pilih makanan berzat,elok amalkan pengambilan supliment atau vitamin untuk menampung keperluan nutrisi badan...tp hakikatnya dengan makanan harian sahaja tak mampu memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan kita...sebabnya kita kerap makan makanan segera, cara penyediaan makanan yg memusnahkan zat makanan, gaya hidup yg tidak sihat, waktu makan yg tidak menentu dan sebagainya...

      Delete
  2. jemput join segmen

    http://www.syukurnyasihat.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...