Nuffnang

Sunday, 16 February 2014

Kepentingan Air kepada Tubuh Badan


Air adalah nutrien yang paling penting kepada tubuh badan manusia. Badan manusia memerlukan air untuk terus hidup. 2/3 daripada tubuh badan manusia terdiri daripada air. Badan tidak boleh menyimpan air dan mesti sentiasa dibekalkan dengan air segar untuk menggantikan air yang hilang melalui pernafasan, peluh, air kencing dan najis. Jumlah yang diperlukan bergantung kepada saiz badan, metabolisme, cuaca, makanan yang dimakan dan tahap aktiviti harian. Pengambilan air yang kerap adalah baik untuk kesihatan, diet dan pelbagai fungsi badan. 

Beberapa fakta tentang air dalam tubuh badan manusia:
  1. Kandungan air dalam badan lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita.
  2. Kebanyakan orang dewasa kehilangan air sebanyal 2.5 hingga 3 liter setiap hari.
  3. Kehilangan air dari tubuh badan boleh meningkat dalam cuaca panas dan kepada mereka yang selalu bersenam.
  4. Orang tua kehilangan kira-kira 2 liter sehari.
  5. Seseorang yang berada di udara boleh kehilangan kira-kira 1.5 liter setiap 3 jam penerbangan.
  6. Kehilangan air perlu diganti.
Kepentingan Air

Air diperlukan untuk fungsi-fungsi badan termasuk:
  • Mengekalkan kesihatan dan integriti setiap sel dalam badan
  • Menyimpan cecair aliran darah yang cukup untuk mengalir melaui saluran darah.
  • Membantu menyingkirkan elektrolit yang berlebihan (contohnya natrium dan kalium) dan urea yang merupakan bahan buangan yang terhasil melalui pemprosesan protein makanan.
  • Mengawal suhu badan melalui perpeluhan.
  • Melembapkan membran mukus seperti paru-paru dan mulut.
  • Membantu melancarkan pergerakan sendi dengan melincirkan tulang rawandan kusyen sendi. Kajian menunjukkan pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi dengan 80% di kalangan pesakit artritis.
  • Mengurangkan risiko cystitis dengan menjaga pundi kencing daripada serangan bakteria.
  • Membantu penghadaman dengan melancarkan proses pencernaan dan mengelakkan sembelit.
  • Membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke sel-sel.
  • Membantu mengeluarkan toksin dari tubuh.
  • Bertindak sebagai penyerap hentakan atau kejutan dalam mata, saraf tunjang dan dalam kantung amnion di sekeliling janin sewaktu kehamilan.
  • Melindungi lapisan gastrousus.
  • Mewujudkan tindak balas enzim dalam badan.
  • Membantu memetabolismekan lemak.
  • Mengelak dehidrasi yang boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti ulser dan pening.
Kandungan Air dalam Makanan
Kebanyakkan makanan walaupun kelihatan keras dan kering namun masih mengandungi air. Badan boleh mendapatkan kira-kira 20% daripada jumlah keperluan air dari makanan pepejal sahaja. Proses penghadaman juga menghasilkan air sebagai hasil sampingan dan boleh memberikan kira-kira 10% daripada keperluan air dalam badan. Selebihnya perlulah diambil melalui cecair iaitu air.

Risiko Pengambilan Air yang Tidak Mencukupi
Pengambilan air yang tidak mencukupi boleh menyebabkan:
- batu karang
- jangkitan saluran air kencing
- prestasi fizikal dan mental menurun
- kelenjar air liur kering
- dehidrasi

Dehidrasi
Dehidrasi berlaku apabila kandungan air dalam terlalu rendah.
Tanda-tanda dehidrasi
- dahaga
- sakit kepala
- lesu
- mood nerubah
- tindak balas perlahan
- bibir kering
- air kencing berwarna gelap
- lemah
- letih
- keliru dan halusinasi

Tips untuk Meningkatkan Pengambilan Air
Sesetangah orang sukar mengambil air dengan kadar secukupnya setiap hari. Jika anda fikir anda tidak mendapat air yang cukup setiap hari,tips berikut mugkin boleh membantu anda:
  • Membawa botol air bersama ke tempat kerja.
  • Pastikan botol air atau segelas air di atas meja ketika anda melakukan kerja.
  • Pilih air kosong bukan minuman manis. Tip ini juga boleh membantu dalam pengurusan berat badan dengan mengurangkan kalori.
  • Perahkan sedikit lemon atau jus limau dalam air kosong. Ini boleh menambah rasa dan anda mungkin minum lebih banyak air daripada biasa.
  • Tambahkan kiub ais dalam air.
sumber: betterhealth.vic.gov.au
semoga info-info ini berguna kepada kita semua...

Princess Healthy Beauty Shoppe
SID: 908646
SMS/WA: 019-416010(Putri Ieja)

Saturday, 15 February 2014

Sakit Kepala Migrain

Lebih daripada 300 juta orang di seluruh dunia (6-7% lelaki dan 15-18% wanita) mengalami sakit kepala migrain. Dianggarkan 20 juta serangan migrain berlaku setiap hari.

Apakah Migrain??
Sakit kepala migrain adalah disebabkan oleh salur darah mengembang dan pelepasan bahan kimia dariapada gentian saraf yang melilit saluran darah. Semasa migrain, salur darah arteri temporal mengembang dan menyebabkan bahan kimia terlepas dan menyebabkan keradangan,kesakitan dan arteri jadi lebih mengembang. Sakit kepala migrain menyebabkan sistem saraf simpatik bertindak balas dan pesakit akan berasa loya, cirit-birit dan muntah-muntah. Ini jga akan menyebabkan gangguan kepada usus kecil, melambatkan peredaran darah dan pesakit menjadi lebih sensitif kepada cahaya dan bunyi.



Apakah Punca-punca Migrain??
Antara punca-punca migrain yg dapat dikenalpasti ialah:
- tindak balas alahan atau alergik
- cahaya lampu yg terlalu terang, bunyi yg kuat dan bau tertentu seperti minyak wangi
- tekanan emosi dan fizikal
- tidur yang tidak teratur
- merokok atau terdedah kepada asap rokok
- minum alkohol (minuman keras/arak)
- kitaran haid yg tidak teratur
- sakit kepala berpanjangan
- makan makanan yg mengandungi tyramine (seperti wain merah dan hati ayam),monosodium glutamat (MSG) atau nitrat.

Apakah Tanda-tanda atau Gejala Migrain??


Gejala migrain boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas sakit kepala migrain.
Tanda-tanda biasa yg sering dialami oleh pesakit migrain ialah:
- sakit kepala yg sederhana menjadi lebih teruk
- sakit kepala yg berdenyut-denyut
- sakit kepala meningkat semasa aktiviti fizikal
- sakit kepala sehingga tidak boleh melakukan aktiviti harian
- loya
- muntah
- lebih sensitif kepada cahaya dan bunyi
- fikiran bercelaru
- kebas kaki dan tangan
- ketegangan di bahu, leher dan anggota badan lain

Bagaimana Cara untuk Mengatasi dan Mencegah Migrain??
1. Gaya Hidup
Beberapa perubahan gaya hidup mungkin dapat membantu mengurangkan kekerapan sakit kepala migrain.
Antaranya:
- mendapat tidur yg cukup
- kurangkan tekanan
- minum banyak air kosong
- mengelakkan makanan yg menyebabkan migrain
- melakukan senaman fizikal lebih kerap

2. Ubat-ubatan
Ubat yg sering diambil oleh pesakit migrain untuk megurangkan kesakitan ialah:
- naproxen
- ibuprofen
- acetaminophen (paracetamol)
- excedrin (aspirin dengan kafein)


Vitamin yang boleh digunakan untuk mencegah sakit kepala migrain

1. Koenzim Q10 (CoQ10)
Satu kajian yg telah diterbitkan pada 22 Februari 2005, isu Neurologi mendapati bahawa CoQ10 dapat mencegah migrain. Dos CoQ10 yg dicadangkan adalah 100mg 3 kali sehari.

2. Vitamin B Complex
Satu kajian pada tahun 2004 dalan Jurnal Eropah Neurologi melaporkan bahawa dos vitamin B2(Riboflavin) yg tinggi boleh membantu mencegah serangan migrain. Terdapat juga kajian yg menunjukkan bahawa vitamin B6,B12 (400mg sehari) dan asid folik mengurangkan sebanyak dua kali ganda serangan migrain dalam tempoh 6 bulan. 

3. Magnesium
Magnesium juga boleh mencegah migrain. Sati kajian menunjukkan bahawa pengambilan 600mg magnesium setiap hari mengalami penurunan 41.6% daripada serangan sakit kepala migrain. Menurut UPMC, pesakit migrain kronik biasanya mempunyai kadar magnesium yg lebih rendah.

4. Vitamin D
Satu hasil kajian pemerhatian yg dibentangkan di Mesyuarat Tahun ke-50 American Headache Society menunjukkan bahawa hapir 42% daripada pesakit migrain kronik mengalami kekurangan vitamin D. 

Supliment Shaklee yang dicadangkan:

1. CoQ Health Plus
CoQHealth Plus mengandungi semua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau.
CoQHealth Plus membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah dan menbantu meningkatkan peredaran darah.

2. Ostematrix





OsteMatrix mengandungi magnesium, vitamin D,kalsium dan mineral zink, tembaga, boron dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.


3. Vitamin B Complex


Vitamin B Complex mengandungi vitamin B yg mengandungi 8 jenis vitamin iaitu vitamin B1, B2, B3, B6, biotin, asid pantotenik, asid folik dan B12.

Ini di antara pengguna yg berpuas hati dengan produk Shaklee yg membantu mereka mengurangkan sakit migrain.






dah ramai yg dah rasa kesan positif Shaklee ni...
jika anda juga adalah pesakit migrain, apa kata kali ni jom ikhtiar dengan supliemnt semulajadi Shaklee ni...
berminat??
Hubungi saya...
Princess Healthy Beauty Shoppe
SID:908646
SMS/WhatsApp: 019-4160102 (Putri Ieja)

Friday, 14 February 2014

Testimoni Ostematrix Shaklee

hari ni saya nak bercerita tentang Ostematrix...
ramai yg dah jatuh cinta dengan Ostematrix ni kerana khasiatnya yg pelbagai..

Ostematrix Shaklee ialah sumber kalsium tetapi bukanlah sekadar sumber kalsium biasa...
Ostematrix Shaklee mengandungungi:
- Vitamin D3 (as cholecalciferol)
- Calcium (as Calcium Carbonate, Calcium Citrate & Calcium Citrate Malate)
- Magnesium (as Magnesium Oxide, Magnesium Gluconate & Magnesium Citrate)
- Zinc (as Zinc Gluconate)
- Copper (as Copper Gluconate)
- Manganese (as Manganese Gluconate)
- Boron (as trace Mineral Protein Hydrolysate)

siapa yang perlukan Ostematrix??

Next, jom kita tengok testimoni Ostematrix...


















wah...macam-macam pengguna Ostematrix dapat...
secara ringkasnya,kesan-kesan pengambialn Ostematrix:
- bantu cepatkan proses pemulihan tulang yg patah
- tiada lagi sakit tumit
- tiada lagi sakit pinggang
- tiada lagi sakit belakang
- jalan jauh pun tak terasa sakit kaki
- menguatkan tulang
- melegakan sakit migrain
- dapat tidur lebih lena hingga pagi (tiada lagi masalah susah tidur)
- tekanan darah tinggi kembali normal
- tiada lagi masalah sembelit
- badan cergas sepanjang hari
- tiada lagi period pain

wah...banyak betul khasiat Ostematrix ni...
jadi kepada yg berminat nak rasa sendiri khasiat dan keberkesanan Ostematrix cepat hubungi saya...


Princess Healthy Beauty Shoppe
SID: 908646
019-4160102(Putri Ieja)

Wednesday, 5 February 2014

Vita-Lea Multivitamin Pertama di Dunia

sudah 5 hari dalam bulan kedua yakni Februai untuk tahun 2014...
promosi bulan ini ialah Vita-Lea with Iron Formula...
beli 6 percuma 1...tak nak beli 6 nak beli 1 or 2 sahaja pun boleh,still boleh dapatkan harga promo dari saya...
untuk pengetahuan semua Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin pertama di dunia yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee dan merupakan produk Shaklee yang pertama...pada mulanya ia diformulakan dalam bentuk cecair, dikenali sebagai Vitalized Minerals dan disingkatkan menjadi Vitamin..
perkataan vitamin yang disebut hingga kini berasal daripada Shaklee...
Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair kepada bentuk tablet dan dikenali sebagai Vita-Lea...setiap tablet mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan oleh tubuh diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan terdiri daripada 28 vitamin dan mineral penting...


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%..

Vita-Lea Shaklee telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN dalam Public Interest pada tahun 2000....





Manfaat Vita-Lea:
  1. memberi tenaga dan membuatkan tubuh cergas
  2. membantu untuk lebih fokus
  3. membantu menguatkan memori
  4. merupakan pelengkap nutrisi
  5. meningkatkan sistem produktif
  6. membantu meningkatkan metabolisma tubuh
  7. membantu melambatkan proses penuaan
  8. menyokong sel hidup dan pertumbuhan sel-sel baru
  9. membantu proses tumbesaran
  10. melindungi jantung, hati dan buah pinggang
Golongan yang memerlukan Multivitamin

  • ibu hamil
  • ibu menyusukan bayi
  • ibu yang lepas bersalin
  • perokok
  • peminum alkohol tegar
  • vegetarian
  • mereka yang mementingkan kesihatan 
  • mereka yang tidak lengkap nutrisi hariannya
  • remaja yang sedang membesar
  • wanita yang sudah menopous


Princess Healthy Beauty Shoppe| SID:908646 | 019-4160102(Putri Ieja)

Sijil HALAL Shaklee 2014

Salah satu faktor yang perlu dititikberatkan oleh orang Islam dalam memilih supliment ialah status HALAL...
Seperti kita sedia maklum, Shaklee merupakan produk dari Amerika Syarikat yang berusia lebih 50 tahun dan sudah bertapak di Malaysia hampir 20 tahun...
semestinya produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia adalah HALAL...
memandangkan Shaklee ialah produk yang diimport,maka status HALAL tidak dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...
status HALAL produk Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Service America (ISA) iaitu badan Islam di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM...


tapi logo HALAL tu sememangnya tidak ada di setiap botol produk Shaklee, kerana status HALAL ini dikeluarkan dalam bentuk sijil...
sijil HALAL Shaklee akan dikemaskini setiap tahun...
sijil HALAL Shaklee tahun 2014:


ni pulak yang tahun lepas punya...

Princess Healthy Beauty Shoppe | SID:908646 | 019-4160102(Putri Ieja)

Tuesday, 28 January 2014

"Slipped Disc' dan cadangan supliment

Tulang Belakang


Tulang belakang terdiri daripada banyak tulang yang dipanggil vertebra. Disk atau cakera berada di antara setiap vertebra dan bentuknya hampir bulat. Disc ini ialah tisu yang bersifat kenyal seperti getah yang menjadi kusyen untuk menyerap hentakan dan kukuh yang membolehkan tulang belakang bersifat fleksibel. Saraf tunjang yang menghubungkan saraf dari otak ke seluruh badan dilindungi oleh tulang belakang. Saraf dari saraf tunjang keluar dari antara vertebra untuk menyampaikan mesej kepada dan daripada seluruh bahagian badan.


Slipped Disc



"Slipped disc" atau disc tergelincir boleh disebabkan oleh disc haus atau menipis yang mungkin disebabkan faktor usia. 
"Slipped disc" berlaku apabila sebahagian daripada bahagian dalam disc yang lembut (pulposus nukleus) membonjol keluar dari kawasan luar disc. Bonjolan disc ini boleh menekan struktur berdekatan seperti saraf dan boleh menyebabkan keradangan di bahagian tersebut. Kebanyakan "slipped disc" berlaku di bahagian "lumbar" iaitu tulang belakan bahagian bawah. 1 daripada 20 kes sakit belakang adalah berpunca daripa masalah "slipped disc".

Apakah yang menyebabkan "slipped disc"??

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan "slipped disc" ialah:
1. banyak mengangkat benda berat
2. angkat benda dalam posisi yang salah
3. duduk terlalu lama 
4. sukan angkat berat
5. obesiti
6. merokok
7. umur meningkat

Apakah tanda-tanda "slipped disc"??

1. Sakit belakang
Biasanya akan mengalami sakit belakang yang teruk dan kesakitan datang secara tiba-tiba. Kesakitan ini biasanya kembali pulih apabila anda berbaring rata dan akan menjadi lebih teruk jika anda bergerak ke belakang, batuk atau bersin.

2. Sakit saraf tunjang (biasanya saraf sciatica)
Sakit saraf tunjang berlaku apabila saraf dari saraf tunjang ditekan oleh "slipped disc". Walalupun masalah ini berpunca di belakang tetapi anda akan berasa sakit sepanjang saraf dan sakit belakang. Anda juga mungkin berasa sakit pada kaki.

3. Kebas
Mengalami kebas di sesetengah bahagian badan seperti kaki dan tangan.

4. Sindrom cauda equina
Sindrom ini jarang berlaku tetapi sangat serius di mana saraf di bahagian paling bawah saraf tunjang ditekan oleh "slipped disc". Sindrom ini menyebabkan sakit belakang pada bahagian paling bawah, masalah usus dan pundi kencing (biasanya tidak dapat membuang air kecil), kebas di kawasan sekitar dubur dan lemah satu atau kedua-dua belah kaki. Sindrom ini memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan usus dan pundi kencing rosak secara kekal.

Berjumpalah dengan doktor sekiranyaanda mengalami gejala-gejala ini.
Walaubagaimanapun,sesetengah orang tidak mengalami sebarang tanda atau gejala.

Apakah rawatan untuk masalah "slipped disc"??

1. Senaman atau kekal aktif
Berehat jika anda merasa kesakitan yang teruk. Jik tidk teruk,kekal aktif. Berehat di atas katil selama lebih daripada 1 atau 2 hariboleh melemahkan otot dan menjadikan masalah lebih teruk. Berjalan atau melakukan aktiviti ringan yang ain dapat membantu mengurangkan kesakitan.

2. Rawatan fizikal
Menjalani fisioterapi atau osteopath. Namun rawatan fizikal biasanya memberikan sedikit kelegaan jangka pendek dan mempercepatkan pemulihan.

3. Pembedahan
Tujuan pembedahan adalah untuk memotong keluar bahagian benjolan "slipped disc" yang terkeluar. Walaubagaimanapun, tidak semua kes disarankan untuk melakukan pembedahan. Pembedahan mempunyai beberapa risikonya.

4. Ubat
Jika anda memerlukan ubat penahan sakit, anda perlu mengambilnya secara kosisten. Ubat tidak akan menyembuhkan "slipped disc" tetapi ia boleh membantu mengurangakan kesakitan dan gejala "slipped disc".

sumber: patient.co.uk

Cadangan supliment Shaklee untuk masalah "slipped disc"

1. Ostematrix


2. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)


Testimoni:


Saya adalah Shaklee Independent Distributor yang sah anda...

untuk maklumat lebih lanjut dialu-alukan untuk hubungi saya...


Princess Healthy Beauty Shoppe | SID:908646 | 019-4160102(Putri Ieja)

Sunday, 26 January 2014

13 Fakta Kenapa Kita Perlukan Supliment @ Makanan Tambahan

Walaupun sekarang ramai yang mengamalkan supliment daripada pelbagai brand tapi masih ada yang berfikir bahawa mereka tak perlukan supliment @ makanan tambahan...
antara alasan yang diberi:

"kan boleh dapat nutrisi dari pemakanan harian sahaja..."
"buat apa habiskan duit beli supliment...membazir sahaja..."
"boleh percaya ke supliment ni semua..."
"alah...apa susah nanti sakit amik ubat kat hospital @ klinik @ farmasi ja..."

tapi persoalannya....
adakah kita mengamalkan pemakanan yg sihat??
adakah kita mengamalkan gaya hidup yg sihat??
adakah makanan yang diambil masih segar dan bernutrisi??

Jom kita baca 13 Fakta ni...

1. Masyarakat kita sebenarnya terlebih makan tapi tak cukup zat

Jarang sekali kita dengar orang meninggal kat Malaysia ni disebabkan kebuluran. Tapi, ramai tidak sedikit yang mengalami masalah penyakit kronik yang banyaknya disebabkan diet yang tak seimbang. Obesiti, Kencing manis, Darah tinggi, jantung - Itu fenomena biasa!

Kajian populasi di US (Malaysia tiada statistik lagi, tapi lebih kurg sama je actually) mendapati : Kekurangan nutrisi adalah seperti berikut ~ 90% in vit. B6, 75% in magnesium,68% in calcium, 57% in iron, 50% in vitamin A, 45% in vitamin B1, 41% in vitamin C, 34% in vitamin B2, 34% in vitamin B12....and the list goes on.


2. Zat dalam tanah kita semakin berkurangan

Industri pertanian sekarang mementingkan kuantiti dari kualiti. Tanah tidak dibaja semula. Tumbuhan di modofikasi secara genetik (GMO) - satu umbut pisang boleh diproses dalam makmal dan di klon atas agar plate menjadi 1500 anak pisang! Itu tak termasuk penggunaan racun seranggan yang berleluasa lagi. Kualiti sayur dan buahan sekarang tak sama cam dulu.

Saya pernah ada kawan yg mengusahakan nenas, complain produk dia tak dapat masuk ke Singapore sbb dapat di kesasn mereka meracun 2 kali - So, tendang balik ke Malaysia. Jual kat sini je. Siapa makan? Cer citer.. huhu

Ada juga yang akan komen, sedikit racun dibenarkan.. memang betul, tapi kalu lama-lama terkumpul, jadi bukit jugak kan.. Sebab tu kes kanser semakin meningkat.

3. Industri Makanan Terproses yang berleluasa

Banyak makanan yang dijual sekarang - kebanyakkannya terproses samada di dedahkan pada cahaya, oksigen perubahan drastik suhu semasa pemprosessan - Ini akan merosakkan zat-zat yang terkandung dalam makanan.

Cuba fikir - Apa zat yang ada dalam Potato Chips yang anak-anak kita makan? atau whatever 'jajan' yang masuk dalam mulut.

4: Proses Penyimpanan Makanan dan Transportation.

Siapa boleh confirmkan yang ayam kita makan di McD atau KFC tu ayam yang baru disembelih semalam? Seminggu? Sebulan atau 6 bulan lepas?

Daging burger tu bila di proses? Sebulan? Setahun? 2 tahun?

Semuanya telah ditambah dengan pengawet agar boleh tahan bertahun-tahun. Itulah kemajuan Food Industries!


5: Home Storage Food.

Tadi kat McD dengan KFC, sekarang cuba tengok rumah kita sendiri. Berapa lama kita simpan sayur-sayuran dan buah-buahan kat rumah?

Setiap hari nutritional value akan semakin menurun walaupun kita simpan didalam peti ais. Apatah lagi sayur yang dah kita simpan lama, hatta ikan atau ayam yang dah sebulan? Nutrisi kian merudum.


6. Pencemaran Alam Sekitar kita.

Setiap tahun 6 billion pounds bahan-bahan kimia di lepaskan dibumi.
Ada yang masuk dalam udara - kita hidu. ada yang masuk dalam air - kita minum. Ada yang masuk dalam makanan - kita makan. Ada yang dipersekitaran - kita sentuh.

Kita tak banyak pilihan. Macamana nak elakkan semua tu? Duduk di pergunungan Himalaya? Tanam pokok sendiri. Minum air gunung. Hidu udara segar setiap hari. No fast food. No processed food. No stress. No traffic jem. Jika mampu - kita mungkin tidak perlu ambil sebarang supplements. Life is so ideal.


7. Pengumpulan toksin dalam haiwan yang kita makan.

Ikan dicemari merkuri. Ayam di inject supaya cepat besar. Lembu diberi makanan 'chemical based' supaya banyak daging, cepat besar. Banyak produksi, banyak untung.

Kita yang makan ikan, ayam dan live stock yang mengandungi hormon dan antibiotik. Telur tak original pun ada. Huh.. macam-acam ada! Semua ini akan menggangu kesuburan kita, pembesaran anak-anak dan menyumbang kepada penyakit2 kronik yang merbahaya.

8. "Energy" pollution di sekeliling

Kanak-kanak pun dah ada hp. Radiasi dimana-mana. Setiap masa. Cuma kita tak namapk. Ia membantu tapi dalam masa menjadi radikal-radikal bebas yang sama membantu merosakkan sel-sel dalam tubuh kita.


9. Stress dimana-mana.

Mana ada orang yang hidup tak ada stress. Hatta, orang yang duduk di hospital bahagia lagi stress bila kena electrical current treatment di kepala!

Stress yang kronik dan berulang-ulang akan menurunkan paras tenaga anda dan menghasilkan hormon yang seterusnya akan memberi impak negative kepada sistem imun anda dan mempercepatkan proses penuaan.

Sebab tu orang yang selalu senyum, ketawa berpada-pada nampak lebih muda 

10. Merokok. Alkohol.

= Semua tabiat ini akan menghabiskan stok nutrisi dalam badan. Satu batang rokok akan drained off ~ 250mg vitamin c dalam badan. Satu hari hisap 10 batang. 2500mg vitamin c hilang setiap hari. Macamana nak ganti? 5 biji Vitamin C 500mg SR atau Makan 7 biji oren dengan kulit-kulitnya skali. Boleh? hihi


11. Sistem Penghadaman yang tidak baik.

Sembelit. Gastric. Chron's disease. Selalu kembung. Banyak gas - semua ini masalah sistem penghadaman yang akan menggangu penyerapan nutrisi. Kita makan makanan yang berkualiti, organic tapi tak dapat nak diserap. Camner? anda perlukan pemakanan tambahan untuk memperbaiki sistem usus anda.

12. Ubat-Ubatan

Badan kita adalah mesin kompleks. Ia akan saling bertindakbalas. Jika kita makan apa-apa ubat, ada yang mungkin akan berinterksi dengan supplements yang menyebabkan keperluan vitamin tersebut semakin meningkat. Contohnya : 

Wanita yang mengambil pil perancang keluaraga - Anda perlu lebih Vit B6.

Pesakit Diabetes yang mengambil Gucophage - Anda perlu tingkatkan pengambilan calcium, B12 and folic acid. 

Jika anda pesakit yang mengambil ubat Warfarin - Anda tidak memerlukan dos Omega atau Vitamin E yang tinggi. Ini boleh menyebabkan pendarahan.

Boleh ambil, tapi perlu berhati-hati.

13. Special Group : Pregnancy, Breastfeeding, Children, Teenager, Elderly and Chronic disease or disorder.

Pengambilan makanan tambahan akan membantu golongan berisiko ini untuk mendapat nutrisi yang lebih lengkap untuk pertumbuhan dan kesihatan optimun.


BOTTOM LINE: Kehidupan dan gaya hidup sekarang mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit. Dalam keluarga saya sendiri dan kawan-kawan pun, ramai yang darah tinggi pada usia muda. Ada yang meninggal akibat serangan jantung pada usia 30 tahun.

Terpulang pada kita di mana prioriti kita. 

If you think health is expensive. Then, try sickness! ~ Saya suka qoutes ni.

Kita berusaha. Kita cuba buat yang terbaik untuk menjaga jasad amanah Allah ini. 


Sumber: FB Pages Dr.Malinda Health Beauty Clinic

Jadi, adakah anda masih berfikir bahawa anda dan keluarga anda tidak memerlukan supliment??
jika anda rasa anda memerlukan supliment tapi tidak tahu supliment apa yg perlu diambil saya sedia membantu anda...


Princess Healthy Beauty Shoppe | Putri Ieja | SID:908646 | 019-4160102

Thursday, 23 January 2014

Apa itu Selulit dan cadangan supliment

Dalam istilah perubatan, SELULIT dikenali sebagai adiposis edematosa, dermopanniculosis deformans, status protrusus cutis, atau gynoid lipodystrophy. Selulit adalah tekstur kulit yang menyerupai kulit limau.


Selulit juga boleh dihadapi oleh kaum lelaki,bukan kaum wanita sahaja.Selulit biasanya berlaku di bahagian paha, punggung, ketiak dan perut. Pada umumnya berlakunya selulit di bahagian-bahagian ini kerana timbunan lebihan lemak yang terkumpul antara otot dan kulit.

Selulit di bahagian paha


Selulit di bahagian ketiak (sumber: totalwellnessdestination.com )

Bagaimana selulit berlaku??

Pembentukan selulit adalah kesan daripada perubahan fisiologi yang berlaku pada lapisan lemak subkutaneus.

Pembentukan selulit dalam badan melalui 3 peringkat atau tahap.

Tahap 1:
Pada tahap ini selulit tidak dapat dikesan kecuali jika anda mencubit bahaian tubuh yang anda rasa terdapat selulit. Selulit yang terbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun jika anda ingin mengetahui sama ada di bahagian tubuh anda mempunyai selulit atau tidak, cubalah cara ini.

Cubit pada bahagian yang disyaki terdapat selulit dengan mengguna ibu jari dan jari telunjuk. Jika kulit anda normal, maka permukaan kulit anda akan kelihatan halus tanpa benjolan. Namun, jika permukaan kulit yang anda cubit tadi terdapat benjolan yang menyerupai kulit limau, maka anda mempunyai selulit.


Tahap 2:
Pada tahap ini, selulit dapat dilihat dalam posisi berdiri. Berlaku perubahan warna pada kulit yang mempunyai selulit. Kulit juga menjadi lebih tebal. Ini kerana pembuluh darah menjadi lemah dan menyebabkan tekanan dan peredaran darah pada bahagian ini tersekat.

Tahap 3:
Pada tahap ini, selulit kelihatan lebih jelas dan boleh dilihat oleh mata kasar. Lapisan lemak yang membengkak menyebabkan lapisan kulit paling luar terbenjol dan mungkin terasa sejuk apabila disentuh. Dalam kes yang lebih teruk, permukaan ini akan terasa sakit apabila disentuh..

Apakah punca selulit??

Antara punca-punca berlakunya selulit:

1. Hormon
Hormon mungkin memainkan peranan penting dalam pembentukan selulit. Perubahan hormon seperti hormon estrogen, insulin , noradrenalin, hormon thyroid dan prolaktin dipercayai sebagai punca pembentukan selulit. Selulit selalunya berlaku di kalnagn wanita yang berumur kerana apabila hormon etsrogen berkurang reseptor pada salur darah semakin kurang berfungsi seterusnya melambatkan pengaliran darah dan menyebabkan kolagen pada kulit tidak menerima oksigen dari aliran darah dan penghasilan kolagen berkurang.

2. Genetik
Gen boleh mempengaruhi pembentukan selulit atau erti kata lain disebabkan keturunan.

3. Diet
Orang yang selalu makan makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak, karbohidrat atau garam dan terlalu sedikit serat mungkin mempunyai risiko yang lebih besar untuk pembentukan selulit.

4. Gaya hidup
Pembentukan selulit lazimnya berlaku di kalangan perokok, mereka yang kurang bersenam dan mereka yang duduk atai berdiri dalam satu kedudukan untuk jangka masa yang lama.

5. Pakaian
Pemakaian pakaian yang ketat  boleh mngehadkan pengaliran darah dan menghalang kolagen daripada menrima oksigen dan boleh menyumbang kepada pembentukkan selulit.

Cara-cara dan Tips Atasi Selulit

1. Kurangkan memakan 'junk food'. Ini kerana 'junk food' mengandungi kandungan lemak jahat yang banyak.

2. Banyakkan minum air kosong. Air kosong dapat membantu untuk mengeluarkan toksin dan racun yang terkumpul antara lemak yang termendap.

3. Kurangkan pengambilan gula dan garam yang berlebihan. Kandungan yang terdapat dalam garam boleh menyumbatkan salur pembuluh darah dalam badan. Kandungan gula pulak boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak dalam tubuh dan sukar dibakar.

4. Amalkan vitamin atau supliment. Dengan mengamalkan vitamin atau supliment, secara tidak langsung anda membantu tubuh anda untuk mencegah pembentukan selulit. Vitamin yang sangat baik untuk mencegah selulit ialah vitamin B-Complex, C, E, A dan kalsium.

5. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan rajin melakukan sesuatu yang mengeluarkan peluh seperti bersenam. Ini untuk membantu proses pembakaran lemak-lemak dalam badan dan pembuangan toksin dari dalam badan.

Selain itu anda juga boleh mencuba tips-tips ini...

a. Urutan badan menggunakan minyak zaitun.

b. Menggunakan scrub kopi.

c. Gunakan tumbuhan lidah buaya untuk disapu pada kulit badan.

Cadangan supliment Shaklee...

1. Energising Soy Protein (ESP)

Pengambilan sumber protein membantu untuk meningkatkan kekenyangan dan menyebabkan anda untuk mengambil kurang kalori dan seterusnya mengurangkan pembinaan sel-sel lemak dan mengurangkan masalah selulit. Pengambilan protein yang tinggi juga membantu membina otot.


2. Vitamin E Complex

Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang membantu untuk mencegah selulit kerana sifat antioksidannya. Vitamin E juga membantu tubuh untuk menyalurkan oksigen ke lapisan kulit. Lazimnya, vitamin E boleh dijadikan bahan utama dalam krim untuk kulit.

3. Vitamin C Sustained Release 500mg

Vitamin C dapat membantu mencegah selulit kerana perananannya dalam penghasilan kolagen dan berupaya untuk membaiki sel-sel darah merah. Vitamin C juga merupakan antioksidan yangmenjagakulit dari kerosakan dengan menghalang serangan dari radikal bebas. Vitamin C juga dapat mebantu mencegah kedutan.


4. Omega Guard

Omega Guard ialah sumber minyak ikan yang kaya dengan asid-lemak perlu Omega-3. Omega-3 membantu melancarkan peredaran darah dapat membantu mengurangkan pembentukkan selulit. Omega-3 juga membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Dalam erti kata yang lebih mudah Omega-3 ialah pembakar lemak yang baik.



5. Lecithin

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi lemak atau pemecah lemak. Pengambilan Lecithin dapat membantu mencairkan lemak-lemak yang termendap antara kulit dan otot yang menyumbang kepada pembentukkan selulit.



6. Carotomax

Carotomax mengandungi vitamin A. Vitamin A merupakan vitamin larut lemak dan dapat mencegah selulit kerana ia meningkatkan pengeluaran kolagen dan protein yang menguatkan struktur kulit. Ia juga membantu untuk menggalakan penghasilan sel-sel dalam badan.


7. Vitamin B Complex

Vitamin B Complex terdiri daripada 10 vitamin bekerja bersama-sama untuk menggalakkan penghasilan sel-sel darah dan tisu yang sihat. Vitamin B2 dan B6 membantu dalam penggunaan protein dan lemak.


Wah...banyaknya cadangan supliment yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mencegah pembentukkan kolagen...
persoalannya perlukah ambik semua ni??
tidak bergantung kepada keadaan anda...

Jika anda sedang mengalami masalah selulit, anda dicadangkan untuk mengurangkan atau dalam erti kata lain ialah membakar lemak-lemak dalam badan anda..
jadi supliment yang sesuai ialah:
- Omega Guard
- Lecithin
- Energising Soy Protein (ESP)

Jika anda sedang berusaha untuk mencegah selulit dari terbentuk supliment yang sesuai ialah:
- Energising Soy Protein
- Vitamin C
- Vitamin E
- Carotomax
- Vitamin B Complex


Testimoni pengguna Shaklee..


Anda berminat dengan poduk Shaklee??
hubungi saya Shaklee Independent Distributor yang sah...

Princess Healthy Beauty Shoppe | Putri Ieja | SID:908646 | 019-4160102


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...