Nuffnang

Monday, 15 September 2014

Manfaat Vitamin C Untuk Kulit



Apabila menyebut vitamin untuk kulit yang pertama terlintas semestinya Vitamin C...
dan apabila menyebut Vitamin C yang terlintas semestinya buah oren...
Vitamin C juga di kenali sebagai asid askorbik dan mempunyai beberapa fungsi yang penting untuk tubuh badan seperti:

  • membantu melindungi sel-sel dalam tubuh
  • mengahasilkan tisu penghubung yang sihat yang memberikan sokongan dan struktur tisu dan organ-organ lain
  • membantu dalam penyembuhan luka dengan menghasilkan semula sel-sel kulit yang baru
  • membentuk kolagen yang dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan penyerapan zat besi.





Vitamin C bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan dalaman, malah turut bermanfaat untuk kulit. Manfaat Vitamin C untuk kulit sebenarnya bukanlah penemuan baru malah sudah berabad-abad.
Vitamin C mengandungi antioksidan yang tinggi yang diperlukan oleh kulit untuk membantu meneutralkan radikal bebas yang terkumpul akibat sinaran matahari/UV dan juga faktor usia. Selain itu, Vitamin C juga berperanan penting dalam melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih segar.
Selain itu, Vitamin C juga merangsang pembentukan kolagen kulit dan melindunginya dari kerosakan.
Beberapa manfaat Vitamin C untuk kulit:
  • membuat kulit kelihatan segar dan bersinar
  • membantu melindungi kolagen yang ada pada kulit untuk melambatkan proses penuaan pada kulit.
  • meningkatkan perlindungan permukaan kulit dari sinaran UV
  • memperbaiki keadaan kulit yang kusam dan pucat
  • membantu mempercepatkan penyembuhan hyperpigmentation (kerosakan pada kulit dan kuku akibat peningkatan melanin


Vitamin C terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Sumber Vitamin C yang baik termasuklah:
  • oren / jus oren
  • lada merah dan hijau
  • strawberi
  • nenas
  • kiwi
  • brokoli
  • saderi
  • tomato
  • kentang
Vitamin C tidak dihasilkan dan disimpan dalam badan, jadi anda perlu mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dalaM diet harian anda atau alternatif lain dengan mengamalkan makanan tambahan atau suplimen Vitamin C.
Dos yang diperlukan oleh orang dewasa ialah 40mg Vitamin C setiap hari.
Jika anda mengambil terlalu banyak Vitamin C (lebih daripada 1 000 mg sehari) boleh menyebabkan:
  • sakit perut
  • cirit birit
  • perut kembung
Jadi, jika anda mengambil makanan tambahan atau suplimen Vitamin C, tidak perlulah mengambil terlalu banyak dos kerana ia membahayakan. Dengan mengambil kurang daripada 1 000 mg makanan tambahan atau suplimen tidak akan menyebabkan apa-apa kemudaratan.

Untuk TIPS memilih Vitamin C yang baik boleh rujuk di sini ==> 7 Tips Memilih Vitamin C yang Baik

dan pilihan saya semestinya Sustained Released Vita-C Plus Shaklee kerana ia memenuhi kriteria Vitamin C yang baik...



Apakah keistimewaan Vita-C Plus Sustained Release Shaklee??
Jom tengok di sini ==> Vitamin C Shaklee Sustained Release 500mg

Jadi, jom dapatkan Vitamin C anda sekarang...
COD area Penang, Kulim, Lunas dan Baling Kedah..
POS ke seluruh Malaysia...

Princess Healthy Beauty Shoppe
Putri Ieja
019-4160102

Saturday, 13 September 2014

Liebster Award

Liebster Award


Apa itu Liebster Award??
saya juga baru ja dengar term ini...Liebster Award ialah sebuah penghargaan dari seorang blogger kepada blogger yang lain...pemberian award ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim...
bagi orang yang bukan blogger, hal ni biasa dan tak ada kepentingan tapi bagi seorang blogger ini adalah sesuatu yang berharga terutama yang blognya belum pernah dapat award...
ini adalah kali pertama saya ditag di Liebster Award...jadi saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Puan Hamdya Muhaina - sakurabloom kerana memberi penghargaan ini kepada saya....
setelah saya cari gali info di internet rupanya award seperti ini sering dilakukan oleh blogger...nampaknya saya yang ketinggalan...jadi pada saya, award seperti ini ada manfaatnya, selain dari menerima award kita juga boleh berkenalan dengan blogger-blogger lain dan lebih mengenali pemberi award kepada kita....

so, anda ingin memberi atau menerima award ini?? ada peraturannya..

Peraturan Liebster Award:

1. Membuat entry/post tentang Liebster Award di blog anda
2. Letakkan gambar Liebster Award dalam post anda
3. Mention nama bloger yang telah mencalonkan anda dan letakkan link blog beliau dalam post anda
4. Tulis peraturan Liebster Award dalam post anda
5. Menulis 11 perkara tentang diri kita
6. Menjawab 11 soalan dari blogger yang mencalonkan anda
7. Memilih 11 blogger lain yang followernya kurang 1000 
8. Buat 11 soalan untuk ditanya kepada blogger tersebut
9. Maklumkan kepada blogger tersebut

ini 11 soalan yang di tanya oleh Cik Puan Handya Muhaina yang perlu saya jawab:

1. Pernah sakit tak??
saya digigit lipan berbisa kerana tak sengaja terpijak lipan tu...pergi hospital doktor cucuk 2 jarum, 1 di kaki dekat tempat digigit lipan dan 1 lagi bahu kerana untuk elak dari bisanya naik...1 malam tu memang tak boleh tidur...terpaksa letakkan batu tungku di bahagian di gigit lipan....

2. Pendapat tentang blog beliau?
Lebih menarik jika selalu di update dengan post-post menarik atau info-info penting..

3. Anak beliau comel tak?
Comel

4. Apakah nama penuh blog beliau? 
Shiawase Ni Narou

5. Bila start blog?
2011 - tapi blog dah delete
mula semula 2013

6. Apa yang buat saya suka sangat blog??
untuk berkongsi tentang info-info kesihatan

7. Sekarang pakai handphone brand / model apa?
Sony XPERIA Z2

8. Apa yang best pasal handphone saya ni??
- Camera 20.7 MP
- Appearance dan design cantik
- well-known brand and model
- waterproof

9. Jika saya mengalami masalah, kepada siapa selalunya saya kongsikan?
kongsikan bersama "seseorang" yang istimewa..

10. Kenapa dia?
kerana dia selalu memberi motivatsi, sokongan dan sentiasa cuba membantu saya mengatasi segala masalah dan sentiasa mendengar apa jua masalah saya..

11. Kali terakhir tengok wayang??
10 September 2014

ok...done sesi menjawab soalan...

11 perkara tentang diri saya:

1. USM Student (degree -> master)..insyaAllah akan meneruskan ke peringkat PhD
2. Dulu masa zaman sekolah subjek yang paling tidak disukai dan keputusan SPM yang paling teruk adalah Fizik tetapi sekarang saya seorang pelajar dalam bidang fizik.
3. Sangat tidak suka dengan bau asap rokok
4. Atlet (Tennis Player)
5. Shaklee Independent Distributor (SID:908646)
6. Suka dan sayang kucing
7. Suka warna pink
8. Penyimpan rahsia yang baik
9. Sudah mula hidup berdikari seawal usia 10 tahun (tinggal di asrama)
10. Dulu minat membaca novel tapi sekarang tidak lagi
11. Suka cheesse dan apa2 berkaitan dengan cheese dan chocolate

11 soalan untuk others blogger...

1. Apakah status anda?? (bekerja, belajar atau suri rumah) jika bekerja, apakah pekerjaan anda dan jika belajar institusi manakah dan bidang..

2. Sejak bila berblog dan kenapa anda berminat untuk berblog?

3. Apakah hobi anda dan kenapa?

4. Adakah anda peminat novel??jika ya, siapa penulis kegemaran anda?

5. Siapakah idola anda dan kenapa?

6. Apakah warna kesukaan anda?

7. Apakah kereta impian anda? (bukan sekadar angan2 ya, tapi bercita-cita untuk membelinya..one day)

8. Apakah cita-cita anda?kalau ada banyak senaraikan...tercapai atau tidak?

9. Apakah hadiah yang paling best/istimewa yang anda pernah terima?

10. Adakah anda menjalankan perniagaan/bisnes?jika ya, nyatakan bisnes anda dan kenapa...jika tidak, nyatakan sebab.

11. Apakah 3 perkara/benda yang disukai dan 3 perkara/benda yang disukai

11 senari blogger yang dicalonkan untuk Liebster Award:

1. Superhuman - bittersweet 
2. Le' Strawberry
3. Qaseh ku 
4. Pico's Art
5. Blog Mawar Median
6. Nur Anaa Niesaa'
7. Belog Yattie Fizzy
8. Suara Pemikir
9. Kentakikaulaki
10. Ayu Yayansmum
11. Zahidahnur

sekian...
selamat menjawab soalan-soalan Liebster Award dari saya...
kepada blogger yang dah jawab soalan2 ni atau dah post entry Liebster Award,tinggalkan komen serta link di bawah...

Princess Healthy Beauty Shoppe
Putri Ieja
019-4160102

Thursday, 11 September 2014

Kenapa Rahim Bengkak??

Minggu lepas isu rahim bengkak hangat diperkatakan selepas ada seseorang telah menyalahkan supliment akan keadaan dirinya dan dikaitkan dengan GLA...
hai la...apa la salah supliment ni yang baru di makan sebulan dua...rahim bengkak atau ketumbuhan fibroid atau cyst bukan hanya boleh terjadi dalam masa sesingkat itu...
sebelum ambil suplimen perlu la ketahui keadaan dan masalah diri dulu...so, bila terjadi apa-apa tak da la melatah dan salahkan suplimen...

apabila Shaklee dipersalahkan, Shaklee tidak mendiamkan diri...
tindak balas dari Shaklee:





dah ramai yang consume GLA Complex malah dapat efek yang positif...
jom tengok sini testimoni pengguna GLA Complex:


nak ketahui lebih lanjut tentang masalah ini??
jom baca artikel di bawah...
Artikel di bawah di ambil dari FB Page Dr Malinda Health Beauty Clinic


Kenapa Rahim Bengkak?

Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok. 

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa 

Luv,

Dr. Malinda


saya adalah pengedar sah Shaklee...menyediakan perkhidmatan COD area Penang, Kulim, Lunas dan Baling Kedah...

FB Page: Princess Healthy Beauty Shoppe
FB: Putri Ieja
SID: 908646
SMS/Call/WhatsApp: 019-4160102

Jom Beli Sambil Menderma (Meal Shakes)


jom membeli sambil menderma...sambil sihat, sambil dapat pahal menderma...
promosi Meal Shakes...beli 3 percuma 1...
setiap pembelian Meal Shakes 3 percuma 1, 10% daripada nilai belian anda akan disalurkan ke 2000 rumah kebajikan kanak-kanak...



apa itu Meal Shakes??

saya adalah pengedar Shaklee yang sah...
menyediakan perkhidmatan COD area Penang, Kulim, Lunas dan Baling Kedah...

Putri Ieja
SID: 908646
SMS/WhatsApp: 019-4160102
Blog: princesshealthybeautyshoppe.blogspot.com
FB Page: Princess Healthy Beauty Shoppe

Friday, 5 September 2014

Promosi Combo September 2014

Bulan September ni Shaklee sangat baik hati...ada promosi istimewa...
selalunya beli 6 percuma 1 hanya untuk 1 jenis produk,tapi bulan ni ada 2 promosi untuk 2 jenis produk....
promosi untuk anak dan ibu serta seisi keluarga....
Anak cergas, ibu cantik, keluarga sihat...
Double Promotion September 2014

Wednesday, 3 September 2014

Shaklee dan Cyst

baru lepas terbaca di FB ada seorang hamba Allah ni mengamuk,marah-marah salahkan produk Shaklee kononnya Shaklee penyebab rahim dia bengkak...lepas tu mula nak salahkan produk, sebarkan hal yang masih lagi diragui kebenarannya...dengarnya seorang cikgu tapi tindakannya kepada saya tidak melambangkan professionnya...menyebarkan sesuatu yang belum pasti kesasihannya hingga boleh menutup periuk nasi orang lain...
lebih baik kiranya dia terlebih dahulu membuat report kepada Shaklee Malaysia secara terus (direct) dan jalankan ujian klinikal untuk ketahui punca sebenar penyakit dia...adakah dari sumber Shaklee, atau dari pemakanan hariannya atau sumber lain...
sebenarnya banyak makanan yang merangsang pertumbuhan cyst, jadi kalau diri sendiri tak jaga pemakanan selama hidup berpuluh-puluh tahun ni tak boleh nak salahkan supliment yang baru sahaja di makan dalam masa sebulan dua...

penulisan di bawah diambil dari 1 blog http://www.faizalfairuz.com/

"As salam


Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Sentiasa bergerak aktif untuk membakar lebih kalori dan makan secara sederhana. Ingat pesan Nabi Muhammad SAW, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk udara. Jangan semua 3/3 untuk makanan semata mata. Kalau tak ikut sunnah, itulah jadinya pelbagai penyakit kepada diri kita.

Malam ni, ada member saya PM dalam FB bertanyakan isu SHAKLEE PENYEBAB KANSER. Hurmm macam macam isu yang timbul hampir setiap bulan..

Saya jarang melatah hanya disebabkan tajuk tajuk seperti ini. Lazimnya masyarakat kita hanya baca tajuk tetapi tidak baca isi.

Jika dikatakan 'Lembu Boleh Bertelur' pun silap silap terus kita percaya sebab ianya SENSASI berbanding kita bagitahu 'Lembu Boleh Melahirkan Anak Lembu' .... bunyi macam biasa ja kan !!!!

Ok let's back to this topic. Isunya timbul apabila seorang pengguna Facebook yang merupakan seorang Guru telah meletakkan post ini di Wall Facebook miliknya.

Tarikh 3 September 2014
Ok untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya gambar -gambar yang diletakkan di Wall facebook itu, boleh tengok di bawah ini;










APA JAWAPAN SAYA?

Sebelum saya memberi pandangan saya, jom kita tengok dulu beberapa jawapan daripada pengguna pengguna Facebook yang lain di laman Facebook milik si 'Cikgu' ini.




CIKGU .... PANDANGAN IKHLAS SAYA

Untuk pengetahuan cikgu, saya bukanlah di sini untuk menidakkan kebenaran yang cuba disampaikan oleh cikgu. Jika saya la menjadi agen yang menjual supplement tersebut kepada cikgu, pasti saya akan memberi maklum balas yang TERBAIK kepada cikgu kembali, mungkin bermula dari awal lagi bila saya nak menjual Set Vitamin tersebut kepada cikgu.

Saya terpaksa mengakui sememangnya bukan semua agen Shaklee mempunyai pengetahuan mengenai kesihatan. Demi mencari sesuap nasi bagi diri sendiri dan keluarga, ramai mengambil langkah untuk buat bussiness. Ada yang suri rumah, kerani dan lain lain yang berbeza dunia mereka dengan bidang kesihatan. Mungkin tidak sesuai untuk saya menjadi wakil kepada agen tersebut untuk meminta maaf kepada cikgu.

Tapi ternyata agen Shaklee tersebut tidak sama dengan saya dan kawan kawan yang lain. Mungkin bila pertanyaan cikgu tidak diendahkan, malah dikatakan membuat fitnah, jika saya menjadi cikgu pun, mungkin saya juga akan marah seperti cikgu. Takut jugak tengok cikgu marah seperti dalam Post di bawah ini;


KITA SAMA SAMA MENCARI REZEKI

Saya juga ramai kawan yang menjual supplement supplement yang lain, tetapi saya sedikit pun tidak pernah memperlekehkan bussiness kawan kawan saya kerana saya sedar rezeki itu datang dari Allah SWT.

Sejauh manapun kita berusaha jika ditakdirkan rezeki itu bukan milik kita, memang selama lamanya tidak akan menjadi milik kita.

Cikgu juga merupakan usahawan produk untuk menurunkan berat badan iaitu Ultra Shape.




Rupa rupanya kita di gelanggang yang sama dengan produk yang berlainan. Semoga niat kita bersama untuk buat bussiness diberkati Oleh Allah SWT.

Mungkin produk kami bukan produk Bumiputera, produk kami datang daripada USA, sebuah negara yang katanya menyokong Yahudi. Mungkin cikgu marah dengan USA sebab serang Palestin. Saya dapat tengok sejak pertengahan bulan Ogos pun cikgu dah menyebarkan propaganda propaganda ini.




Owh baru saya perasan, rupa rupanya cikgu sejak dari awal lagi telah membenci kami. he he he. Tak baik benci teruk teruk nanti akan jatuh sayangnya !!!!

BEGINILAH CIKGU .....

Apa yang berlaku antara cikgu dan agen Shaklee tersebut biarlah menjadi isu cikgu dengan agen tersebut.

Sebab jika saya, saya memang tak boleh nak terima bulat bulat apa yang cikgu cuba propagandakan. Ini berdasarkan sebab;

1. Bukti yang cikgu tunjukkan adalah tidak telus kerana kenapa perlu sembunyikan nama pengadu yang bermesej dengan cikgu.

2. Cikgu juga merupakan usahawan produk supplement kesihatan iaitu Ultra Shape. Saya juga agak 'curious' dengan produk cikgu kerana saya tak pasti adakah ia telah menjalani beribu ribu ujian klinikal seperti mana produk Shaklee? Yang lebih membimbangkan adakah cikgu juga turut mengambil produk tersebut? Saya juga boleh katakan cikgu mungkin berpenyakit kerana produk tersebut !!!!!

Cikgu kata cikgu ambil supplement Shaklee awal Ramadhan (awal Bulan Julai) dan STOP 29 Ogos 2014.


Tapi dalam pertengahan Bulan Ogos cikgu dah mula membenci Shaklee dengan mengatakan Shaklee membantu Israel !!!! Dalam membenci cikgu masih makan supplement Shaklee sehingga 29 Ogos 2014. Hurmm .....

3. Adakah mungkin rahim cikgu sememangnya dah bengkak sebelum ini, mungkin rahim cikgu yang bermasalah sebelum ini. Adakah terdapat sebarang pembuktian yang rahim cikgu ok sebelum ini?

Saya bukan berniat hendak membuktikan cikgu tidak bersalah. Tetapi saya juga orang yang bekerja dalam kesihatan. Dalam masa 2 bulan cikgu makan supplement Shaklee cikgu dah membuat anggapan semua ini disebabkan oleh Shaklee !!!


Cikgu perlu buktikan dengan apa jua kajian klinikal yang mana makanan tambahan boleh memberi kesan kepada pembengkakan Rahim jika diambil dalam tempoh hanya 2 bulan ?!!!!

Saya mungkin akan menjadi lebih hormat kepada cikgu jika cikgu dapat buktikan sememangnya hanya supplement Shaklee yang telah menyebabkan cikgu jadi seperti itu. Buat ujian, buat pemeriksaan. Ini baru setakat mendapatkan pemeriksaan di klinik yang 'pakar', cikgu telah membuat persepsi sendiri. Lagipun doktor tu hanya bagi kat cikgu Asid Folik dan Kalsium kan .... !!!! 

Untuk seorang pesakit itu dikatakan mempunyai kencing manis sekalipun, ia bukan mengambil masa 2 - 3 bulan tetapi penyakit itu hanya dapat dikesan setelah 5 - 10 tahun lamanya. 

CIKGU ...... CIKGU ....... CIKGU

Jika benarlah bagai di kata, cikgu mungkin ada yang tidak serasi dengan beberapa nutrisi yang terdapat dalam supplement Shaklee.

Mungkin jugak cikgu turut mengambil supplement lain.

Mungkin jugak cikgu berdendam dengan Agen Shaklee tersebut.

Mungkin juga sebab cikgu marah Shaklee yang katanya menyokong Israel.

Kalau nak dibandingkan kes cikgu ini, banyak lagi testimoni lain yang membuktikan sebaliknya. 




Saya telah menggunakan penaakulan fikiran saya yang waras dalam membantu cikgu mencari penyelesaian terbaik. Mungkin saya boleh marah dan maki cikgu menggunakan cara yang digunakan oleh cikgu, tetapi sebagai lelaki yang ada 9 akal tak mungkin saya berbuat demikian.

Saya tidak bertanding untuk membuktikan cikgu bersalah atau berniat untuk membuatkan cikgu menukar persepsi cikgu. 

Mungkin cikgu boleh renung kembali Posting yang cikgu buat dalam facebook cikgu sendiri;


Wallahua'lam"

kesimpulannya, siasat sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum menyebarkan kepada orang ramai dan menyalahkan mana-mana pihak...

Putri Ieja (019-4160102)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...