Nuffnang

Monday, 15 September 2014

Manfaat Vitamin C Untuk Kulit



Apabila menyebut vitamin untuk kulit yang pertama terlintas semestinya Vitamin C...
dan apabila menyebut Vitamin C yang terlintas semestinya buah oren...
Vitamin C juga di kenali sebagai asid askorbik dan mempunyai beberapa fungsi yang penting untuk tubuh badan seperti:

  • membantu melindungi sel-sel dalam tubuh
  • mengahasilkan tisu penghubung yang sihat yang memberikan sokongan dan struktur tisu dan organ-organ lain
  • membantu dalam penyembuhan luka dengan menghasilkan semula sel-sel kulit yang baru
  • membentuk kolagen yang dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan penyerapan zat besi.





Vitamin C bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan dalaman, malah turut bermanfaat untuk kulit. Manfaat Vitamin C untuk kulit sebenarnya bukanlah penemuan baru malah sudah berabad-abad.
Vitamin C mengandungi antioksidan yang tinggi yang diperlukan oleh kulit untuk membantu meneutralkan radikal bebas yang terkumpul akibat sinaran matahari/UV dan juga faktor usia. Selain itu, Vitamin C juga berperanan penting dalam melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih segar.
Selain itu, Vitamin C juga merangsang pembentukan kolagen kulit dan melindunginya dari kerosakan.
Beberapa manfaat Vitamin C untuk kulit:
  • membuat kulit kelihatan segar dan bersinar
  • membantu melindungi kolagen yang ada pada kulit untuk melambatkan proses penuaan pada kulit.
  • meningkatkan perlindungan permukaan kulit dari sinaran UV
  • memperbaiki keadaan kulit yang kusam dan pucat
  • membantu mempercepatkan penyembuhan hyperpigmentation (kerosakan pada kulit dan kuku akibat peningkatan melanin


Vitamin C terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Sumber Vitamin C yang baik termasuklah:
  • oren / jus oren
  • lada merah dan hijau
  • strawberi
  • nenas
  • kiwi
  • brokoli
  • saderi
  • tomato
  • kentang
Vitamin C tidak dihasilkan dan disimpan dalam badan, jadi anda perlu mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dalaM diet harian anda atau alternatif lain dengan mengamalkan makanan tambahan atau suplimen Vitamin C.
Dos yang diperlukan oleh orang dewasa ialah 40mg Vitamin C setiap hari.
Jika anda mengambil terlalu banyak Vitamin C (lebih daripada 1 000 mg sehari) boleh menyebabkan:
  • sakit perut
  • cirit birit
  • perut kembung
Jadi, jika anda mengambil makanan tambahan atau suplimen Vitamin C, tidak perlulah mengambil terlalu banyak dos kerana ia membahayakan. Dengan mengambil kurang daripada 1 000 mg makanan tambahan atau suplimen tidak akan menyebabkan apa-apa kemudaratan.

Untuk TIPS memilih Vitamin C yang baik boleh rujuk di sini ==> 7 Tips Memilih Vitamin C yang Baik

dan pilihan saya semestinya Sustained Released Vita-C Plus Shaklee kerana ia memenuhi kriteria Vitamin C yang baik...



Apakah keistimewaan Vita-C Plus Sustained Release Shaklee??
Jom tengok di sini ==> Vitamin C Shaklee Sustained Release 500mg

Jadi, jom dapatkan Vitamin C anda sekarang...
COD area Penang, Kulim, Lunas dan Baling Kedah..
POS ke seluruh Malaysia...

Princess Healthy Beauty Shoppe
Putri Ieja
019-4160102

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...