Nuffnang

Monday 22 September 2014

Multivitamin Kurangkan Risiko Katarak

Multivitamin Kurangkan Risiko Katarak

Jurnal Ophthalmology, American of Ophthalmology
Kajian terbaru dari Brigham dan Women's Hospital dan Harvard Medical School di Boston, MA telah mendapati bahawa penggunaan harian makanan tambahan atau suplimen multivitamin untuk jangka masa panjang boleh mengurangkan risiko katarak di kalangan lelaki. 

Laporan ini telah di terbitkan dalam jurnal American Academy of Ophthalmology. Kajian ini menunjukkan orang yang mengambil multivitamin setiap hari mempunyai risiko kurang 13% katarak nuklear. 
Separuh daripada peserta kajian mengambil suplimen multivitamin, vitamin C, vitamin E dan beta-karotena manakala separuh lagi mengambil plasebo setiap hari. Vitamin yang diberikan mengikut dos yang sejajar seperti dibenarkan oleh pemakanan AS. 
Keputusan menunjukkan pengurangan risiko sebanyak 9% bagi pengamal multivitamin berbanding pengamal plasebo. 
American Academy of Ophthalmology adalah persatuan terbesar di dunia dalam perubatan dan pakar bedah mata.
American Academy of Ophthalmology mengesyorkan penggunaan vitamin antioksidan dan mineral tambahan seperti disyorkan oleh Age-Related Eyes Disease Study (AERDS) termasuk vitamin C, vitamin E, beta-karotena, zink dan copper untuk pesakit age-related macular degeneration (AMD). Macular atau makula ialah bahagian dalam mata yang berupaya untuk melihat sesuatu yang halus dengan jelas. Walaubagaimanapun, pesakit yang merokok dinasihatkan untuk tidak mengambil beta-karotena kerana boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.

sumber:
http://www.aao.org/
http://www.medicalnewstoday.com/

Multivitamin adalah makanan tambahan yang paling biasa digunakan. 
Multivitamin Shaklee adalah multivitamin yang pertama di dunia dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee iaitu pada tahun 1915.

Multivitamin pertama di dunia

Untuk ketahui lebih lanjut sila rujuk entry saya sebelum ini ==>> Vita-Lea Shaklee Multivitamin Pertama di Dunia

Shaklee mempunyai semua senarai suplimen yang disyorkan oleh 
American Academy of Ophthalmology dan AERDS untuk kesihatan mata iaitu:

- Vitalea (multivitamin)

- Vita-C Plus (vitamin C)

- Zinc Complex (zink)

- Vit. E Complex (vitamin E)

- Carotomax (beta-karotena)


anda sayang mata anda, dan ingin menjaganya sebaik mungkin??
hubungi saya...


Princess Healthy Beauty Shoppe
Putri Ieja
019-4160120



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...