Jika anda melakukan kesalahan ketika berdiet menyebabkan plan diet anda tidak berjaya... |
Ketika berdiet untuk mendapat bentuk tubuh yang cantik, kebanyakkan orang selalu terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh merosakkan diet...dan ada juga yang rasa tip yang digunakan adalah betul...kesalahan ketika berdiet boleh menggagalkan usaha anda untuk memakai kembali jeans, kebaya, dress dan baju kegemaran anda...jika timbangan berat anda seolah-olah tidak berkurang, atau berat badan anda turun tetapi kemudian naik kembali, maka anda kemungkinan telah membuat salah satu daripada 12 kesalahan diet di bawah ini...
jom kita semak kesalahan yang mungkin anda pernah lakukannya tanpa disedari...
Kesalahan Ketika Berdiet:
1. Tidak Sarapan Pagi
Antara kesalahan diet ialah melewatkan atau meninggalkan sarapan pagi seolah-olah seperti cara mudah untuk mengurangkan pengambilan kalori, sebaliknya akan menimbulkan rasa lapar sepanjang hari. Hal ini akan menyebabkan anda mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak ketika makan tengah hari. Padahal dengan sarapan pagi yang tinggi protein dan serat, anda boleh mengurangkan rasa lapar sepanjang hari. Kajian menunjukkan orang yang makan sarapan pagi setiap hari lebih tinggi kebarangkalian untuk menjaga berat badan yang sihat.2. Selalu / Banyak Makan Makanan Ringan
Menurut laman web Women24, kesalahan utama dalam diet yang paling besar ialah kesilapan dalam mengira jumlah kalori makanan. Kebiasaannya, mereka hanya akan mengira kandungan kalori yang terdapat dalam makanan utama sahaja, tetapi bagaimana dengan makanan ringan atau snek? Padahal kalori yang terdapat dalam makanan ringan atau snek lebih tinggi daripada makanan utama.
3. Kurang Minum Air Kosong
Air sangat penting untuk membakar kalori. Jika tubuh dibiarkan dehidrasi secara berterusan, metabolisme tubuh menurun dan menyebabkan proses penurunan berat badan lebih lambat. Kajian menunjukkan bahawa orang dewasa yang minum air lapan gelas atau lebih setiap hari, membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang kurang minum air. Jadi, cubalah untuk menambah segelas air setiap kali makan.
4. Banyak Duduk / Kurang Bergerak / Tidak Aktif
Terlalu banyak duduk dan kurang bergerak sebenarnya tidak begitu baik terhadap kesihatan anda. Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit berbahaya seperti jantung, diabetes dan sebagainya. Jadi, jika anda ingin mendapatkan bentuk badan yang cantik anda perlulah meringankan kaki anda untuk lebih aktif bergerak kerana ia akan membantu untuk membakar lemak dalam tubuh badan. Jika anda menjadi lebih aktif, anda mungkin boleh makan lebih makanan yang anda suka dan masih boleh menurunkan berat badan. Kuncinya dengan mencari satu aktiviti atau senam yang anda suka seperti berbasikal atau berenang. Jika pekerjaan utama anda memerlukan anda untuk sentiasa berada di hadapan komputer apa kata cari sedikit masa untuk berjalan di sekitar ruang kerja atau masa terluang seperti hujung minggu untuk melakukan senaman atau sukan yang anda suka.
5. Fokus / Tujuan / Impian Jangka Pendek
Kunci utama berjaya dalam berdiet adalah matlamat seseorang itu. Jika hanya berdiet untuk kurus di hari pernikahan kerana risau baju yang ditempah tidak muat maka sukar untuk anda mempertahankan atau mengekalkan bentuk tubuh ideal tersebut. Biasanya apabila impian jangka pendek tersebut sudah tercapai, seseorang itu akan membalas dendam dengan memakan makanan seenaknya dan dengan banyak.
6. Kurang Tidur
Waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit malah akan turut menjayakan program diet anda. Ini kerana jika seseorang itu kekurangan waktu tidur, tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yang merangsang nafsu makan. Hormon tersebut menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar dan akan sering makan. Jadi, pastikan anda mendapat waktu tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya lapan jam sehari bagi golongan dewasa.
7. Target Yang Tidak Realistik
Menetapkan target untuk hilang 20kg dalam seminggu adalah menetapkan diri anda untuk gagal. Jika anda tahu bahawa anda tidak akan mampu melakukannya, maka anda mungkin tidak pernah memulakan program diet anda. Jadi jika anda berdiet dan hanya kehilangan 5 kg semiggu, maka anda akan kecewa dan berputus asa kerana impian tidak tercapai. Tujuan yang realistik sangat penting untuk berjaya dalam diet.
Jadi, tetapkan target yang realistik agar dalam proses anda berdiet, anda tidak akan menyiksa diri. Program diet yang terlalu ketat dan sukar akan menyebabkan kegagalan. Berikan waktu yang cukup bagi tubuh untuk menyesuaikan dan plan program diet yang masuk akal.
8. Crash Diet
Apabila anda bertekad untuk menurunkan berat badan dengan cepat, anda melakukan crash diet. Anda merancang untuk tidak makan apa-apa selain buah oren dan sup kobis setiap hari dan anda mengurangkan kalori harian menjadi kurang daripada 1 000 kalori. Hasilnya tentu sahaja berat anda akan menurun. Tetapi apabila anda makan terlalu sedikit kalori, anda telah melatih metabolisme tubuh anda agar perlahan. Selepas program diet anda selesai, anda mempunyai tubuh yang membakar kalori lebih lambat dan biasanya berat badan anda kembali bertambah. Diet ini tidak seimbang dan membahayakan fungsi tubuh. Diet yang disarankan adalah yang seimbang, bukan yang mengharamkan salah satu nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
9. Terlalu Banyak Makan Makanan Rendah Lemak
Produk rendah lemak boleh memainkan peranan penting dalam plan diet anda. Namun perlu diingatkan bahawa makanan rendah lemak tidak sama dengan rendah kalori dan bukan bermakna anda boleh makan lebih. Jika anda banyak makan makanan rendah lemak, maka mungkin pengambilannya lebih banyak kalori berbanding jika anda makan sepotong kecil kek biasa. Cara terbaik untuk mengetahui berapa banyak kandungan lemak, gula dan kalori adalah dengan memeriksa label nutrisinya.
10. Terlalu Banyak Minum Minuman Berkalori
Ketika mengira kalori, banyak yang mengabaikan kandungan kalori minuman. Hal ini merupakan kesalahan besar kerana ada beberapa jenis kopi dan minuman beralkohol mempunyai lebih dari 500 kalori. Yang lebih buruk lagi adalah pengambilan kalori daripada minuman tidak membuat rasa lapar berkurang.
11. Memilih Minuman Jus Buah Yang Dijual di Pasaran
Jus sememangnya sering dianggap sihat kerana di ekstrak daripada buah-buahan. Namun sebaiknya pilihlah buah-buahan segar kerana kandungannya adalah semula jadi. Jus yang dijual di kedai/pasaran biasanya sudah ditambah pemanis serta pengawet. Jika sering meminumnya boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta menyukarkan proses penurunan berat badan. 12. Mengelakkan Pengambilan Susu
Susu tinggi lemak, keju dan ais krim adalah makanan yang pantang bagi kebanyakan orang yang berdiet, tetapi mengelakkan pengambilan susu sama sekali boleh menjadi kontra terhadap diet anda. Beberapa kajian menunjukkan bahawa tubuh membakar lebih banyak lemak ketika mendapat cukup kalsium dan menghasilkan lebih banyak lemak ketika tubuh kekurangan kalsium.Jadi pilihlah susu rendah lemak atau susu tanpa lemak.
13. Banyak Makan Makanan Segera
Menurut satu kajian jangka masa panjang, orang yang mengambil makanan segera lebih daripada 2 kali seminggu, bertambah berat badan 10kg lebih banyak berbanding mereka yang mengambil kurang dari sekali seminggu.
14. Menimbang Berat Badan Setiap Hari
Menimbang berat badan setiap hari akan menyebabkan anda sering kecewa dan berputus asa. Yang lebih penting adalah untuk melihat tujuan jangka masa panjang dan menimbang berat badan seminggu sekali. Hasilnya lebih memotivasikan anda daripada perubahan naik turun yang mengelirukan ketika menimbang berat badan setiap hari.
15. Menetapkan Cheat Day
Antara kesalahan diet yang sering dilakukan kebanyakkan orang ialah menetapkan satu hari cheat day atau hari bebas makan dan biasanya pada hari minggu. Menetapkan cheat day seperti ini dianggap seperti memberI reward atau hadiah setelah kita berhasil melalui enam hari sebelumnya dengan diet ketat. Diet adalah lifestyle, menetapkan cheat day akan melatih otak anda bahawa enam hari sebelumnya adalah hari penuh sengsara. Jika ini berterusan, lama-kelamaan anda akan penat berdiet dan akhirnya diet gagal. Anggaplah diet anda adalah satu gaya hidup bukan tekanan diri dari sesiapapun.Jadi jika anda berdiet dan telah melakukan kesalahan-kesalahan diet di atas, jangan bertangguh lagi...cepat perbaiki program diet anda...
credit to:
http://dokita.co/blog/12-kesalahan-dalam-berdiet/
majalah HARMONI
patut ler diet ku tak menjadi...
ReplyDeleteJemput join segmen http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-lestari.html
sempat lagi perbaiki semula....
Deletewahh.. bagus entri ni.. nak diet cara yang betul kena disiplin kan.. =)
ReplyDeleteHaii.. Cakkk..
teman follow sini yea, follower no.7
jemput follow me back yea..
leh kita saling kunjung-mengunjung nanti.. =)
http://tengkubutang.blogspot.com/
kalau minat kucen boleh gak follow blog
kedua teman ni yea..
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
ya...betul...kena konsisten...
Deleteok...sy follow...
saya catlover...:-)
Delete