Nuffnang

Wednesday, 3 September 2014

Shaklee dan Cyst

baru lepas terbaca di FB ada seorang hamba Allah ni mengamuk,marah-marah salahkan produk Shaklee kononnya Shaklee penyebab rahim dia bengkak...lepas tu mula nak salahkan produk, sebarkan hal yang masih lagi diragui kebenarannya...dengarnya seorang cikgu tapi tindakannya kepada saya tidak melambangkan professionnya...menyebarkan sesuatu yang belum pasti kesasihannya hingga boleh menutup periuk nasi orang lain...
lebih baik kiranya dia terlebih dahulu membuat report kepada Shaklee Malaysia secara terus (direct) dan jalankan ujian klinikal untuk ketahui punca sebenar penyakit dia...adakah dari sumber Shaklee, atau dari pemakanan hariannya atau sumber lain...
sebenarnya banyak makanan yang merangsang pertumbuhan cyst, jadi kalau diri sendiri tak jaga pemakanan selama hidup berpuluh-puluh tahun ni tak boleh nak salahkan supliment yang baru sahaja di makan dalam masa sebulan dua...

penulisan di bawah diambil dari 1 blog http://www.faizalfairuz.com/

"As salam


Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Sentiasa bergerak aktif untuk membakar lebih kalori dan makan secara sederhana. Ingat pesan Nabi Muhammad SAW, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk udara. Jangan semua 3/3 untuk makanan semata mata. Kalau tak ikut sunnah, itulah jadinya pelbagai penyakit kepada diri kita.

Malam ni, ada member saya PM dalam FB bertanyakan isu SHAKLEE PENYEBAB KANSER. Hurmm macam macam isu yang timbul hampir setiap bulan..

Saya jarang melatah hanya disebabkan tajuk tajuk seperti ini. Lazimnya masyarakat kita hanya baca tajuk tetapi tidak baca isi.

Jika dikatakan 'Lembu Boleh Bertelur' pun silap silap terus kita percaya sebab ianya SENSASI berbanding kita bagitahu 'Lembu Boleh Melahirkan Anak Lembu' .... bunyi macam biasa ja kan !!!!

Ok let's back to this topic. Isunya timbul apabila seorang pengguna Facebook yang merupakan seorang Guru telah meletakkan post ini di Wall Facebook miliknya.

Tarikh 3 September 2014
Ok untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya gambar -gambar yang diletakkan di Wall facebook itu, boleh tengok di bawah ini;










APA JAWAPAN SAYA?

Sebelum saya memberi pandangan saya, jom kita tengok dulu beberapa jawapan daripada pengguna pengguna Facebook yang lain di laman Facebook milik si 'Cikgu' ini.




CIKGU .... PANDANGAN IKHLAS SAYA

Untuk pengetahuan cikgu, saya bukanlah di sini untuk menidakkan kebenaran yang cuba disampaikan oleh cikgu. Jika saya la menjadi agen yang menjual supplement tersebut kepada cikgu, pasti saya akan memberi maklum balas yang TERBAIK kepada cikgu kembali, mungkin bermula dari awal lagi bila saya nak menjual Set Vitamin tersebut kepada cikgu.

Saya terpaksa mengakui sememangnya bukan semua agen Shaklee mempunyai pengetahuan mengenai kesihatan. Demi mencari sesuap nasi bagi diri sendiri dan keluarga, ramai mengambil langkah untuk buat bussiness. Ada yang suri rumah, kerani dan lain lain yang berbeza dunia mereka dengan bidang kesihatan. Mungkin tidak sesuai untuk saya menjadi wakil kepada agen tersebut untuk meminta maaf kepada cikgu.

Tapi ternyata agen Shaklee tersebut tidak sama dengan saya dan kawan kawan yang lain. Mungkin bila pertanyaan cikgu tidak diendahkan, malah dikatakan membuat fitnah, jika saya menjadi cikgu pun, mungkin saya juga akan marah seperti cikgu. Takut jugak tengok cikgu marah seperti dalam Post di bawah ini;


KITA SAMA SAMA MENCARI REZEKI

Saya juga ramai kawan yang menjual supplement supplement yang lain, tetapi saya sedikit pun tidak pernah memperlekehkan bussiness kawan kawan saya kerana saya sedar rezeki itu datang dari Allah SWT.

Sejauh manapun kita berusaha jika ditakdirkan rezeki itu bukan milik kita, memang selama lamanya tidak akan menjadi milik kita.

Cikgu juga merupakan usahawan produk untuk menurunkan berat badan iaitu Ultra Shape.




Rupa rupanya kita di gelanggang yang sama dengan produk yang berlainan. Semoga niat kita bersama untuk buat bussiness diberkati Oleh Allah SWT.

Mungkin produk kami bukan produk Bumiputera, produk kami datang daripada USA, sebuah negara yang katanya menyokong Yahudi. Mungkin cikgu marah dengan USA sebab serang Palestin. Saya dapat tengok sejak pertengahan bulan Ogos pun cikgu dah menyebarkan propaganda propaganda ini.




Owh baru saya perasan, rupa rupanya cikgu sejak dari awal lagi telah membenci kami. he he he. Tak baik benci teruk teruk nanti akan jatuh sayangnya !!!!

BEGINILAH CIKGU .....

Apa yang berlaku antara cikgu dan agen Shaklee tersebut biarlah menjadi isu cikgu dengan agen tersebut.

Sebab jika saya, saya memang tak boleh nak terima bulat bulat apa yang cikgu cuba propagandakan. Ini berdasarkan sebab;

1. Bukti yang cikgu tunjukkan adalah tidak telus kerana kenapa perlu sembunyikan nama pengadu yang bermesej dengan cikgu.

2. Cikgu juga merupakan usahawan produk supplement kesihatan iaitu Ultra Shape. Saya juga agak 'curious' dengan produk cikgu kerana saya tak pasti adakah ia telah menjalani beribu ribu ujian klinikal seperti mana produk Shaklee? Yang lebih membimbangkan adakah cikgu juga turut mengambil produk tersebut? Saya juga boleh katakan cikgu mungkin berpenyakit kerana produk tersebut !!!!!

Cikgu kata cikgu ambil supplement Shaklee awal Ramadhan (awal Bulan Julai) dan STOP 29 Ogos 2014.


Tapi dalam pertengahan Bulan Ogos cikgu dah mula membenci Shaklee dengan mengatakan Shaklee membantu Israel !!!! Dalam membenci cikgu masih makan supplement Shaklee sehingga 29 Ogos 2014. Hurmm .....

3. Adakah mungkin rahim cikgu sememangnya dah bengkak sebelum ini, mungkin rahim cikgu yang bermasalah sebelum ini. Adakah terdapat sebarang pembuktian yang rahim cikgu ok sebelum ini?

Saya bukan berniat hendak membuktikan cikgu tidak bersalah. Tetapi saya juga orang yang bekerja dalam kesihatan. Dalam masa 2 bulan cikgu makan supplement Shaklee cikgu dah membuat anggapan semua ini disebabkan oleh Shaklee !!!


Cikgu perlu buktikan dengan apa jua kajian klinikal yang mana makanan tambahan boleh memberi kesan kepada pembengkakan Rahim jika diambil dalam tempoh hanya 2 bulan ?!!!!

Saya mungkin akan menjadi lebih hormat kepada cikgu jika cikgu dapat buktikan sememangnya hanya supplement Shaklee yang telah menyebabkan cikgu jadi seperti itu. Buat ujian, buat pemeriksaan. Ini baru setakat mendapatkan pemeriksaan di klinik yang 'pakar', cikgu telah membuat persepsi sendiri. Lagipun doktor tu hanya bagi kat cikgu Asid Folik dan Kalsium kan .... !!!! 

Untuk seorang pesakit itu dikatakan mempunyai kencing manis sekalipun, ia bukan mengambil masa 2 - 3 bulan tetapi penyakit itu hanya dapat dikesan setelah 5 - 10 tahun lamanya. 

CIKGU ...... CIKGU ....... CIKGU

Jika benarlah bagai di kata, cikgu mungkin ada yang tidak serasi dengan beberapa nutrisi yang terdapat dalam supplement Shaklee.

Mungkin jugak cikgu turut mengambil supplement lain.

Mungkin jugak cikgu berdendam dengan Agen Shaklee tersebut.

Mungkin juga sebab cikgu marah Shaklee yang katanya menyokong Israel.

Kalau nak dibandingkan kes cikgu ini, banyak lagi testimoni lain yang membuktikan sebaliknya. 




Saya telah menggunakan penaakulan fikiran saya yang waras dalam membantu cikgu mencari penyelesaian terbaik. Mungkin saya boleh marah dan maki cikgu menggunakan cara yang digunakan oleh cikgu, tetapi sebagai lelaki yang ada 9 akal tak mungkin saya berbuat demikian.

Saya tidak bertanding untuk membuktikan cikgu bersalah atau berniat untuk membuatkan cikgu menukar persepsi cikgu. 

Mungkin cikgu boleh renung kembali Posting yang cikgu buat dalam facebook cikgu sendiri;


Wallahua'lam"

kesimpulannya, siasat sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum menyebarkan kepada orang ramai dan menyalahkan mana-mana pihak...

Putri Ieja (019-4160102)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...