Nuffnang

Wednesday 17 September 2014

Khasiat Epal Kuruskan Badan

Epal bantu kuruskan badan...

EPAL BOLEH KURUSKAN BADAN??

wah....pasti ini sesuatu yang mengembirakan kepada penggemar buah epal yang ingin mendapat berat dan bentuk badan ideal...

"Satu kajian menunjukkan bahawa wanita yang memakan tiga biji epal setiap hari sebagai sebahagian diet rendah kalori mereka mampu mencapai matlamat mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan."
~ Nutrition, March 2003~

Epal adalah buah rendah kalori dan rendah lemak, rendah sodium dan mengandungi vitamin dan mineral serta serat. Nutrisi-nutrisi ini boleh membantu menurunkan berat badan. 
  • Dalam sastera perubatan, salah satu komponen pemakanan yang dikaitkan dengan penurunan berat badan adalah pengambilan serat. Ini kerana serat membantu anda berasa kenyang lebih lama dan anda akan mengambil makanan dengan kuantiti lebih sedikit. Serat juga melambatkan pencernaan makanan..
Kajian menunjukkan orang yang makan lebih banyak serat hilang lebih berat badan dan mempunyai saiz pinggang yang lebih kecil berbanding mereka yang kurang makan serat.
The American Journal of Clinical Nutrition, Disember 2009 ~
  • Buah rendah sodium boleh menjadikan makanan yang baik untuk diet yang sihat. Mengambil makanan rendah sodium akan membantu mencegah berat berlebihan. 
  • Enzim yang terdapat dalam epal boleh membantu badan anda mencerna makanan dengan lebih berkesan.
  • Pektin dalam epal meupakan agen gelling yang melambatkan proses pengosongan perut.
Epal bukanlah buah-buahan tempatan dan bukanlah buah kegemaran kebanyakkan rakyat Malaysai, tetapi epal adalah salah satu buah yang serba boleh dan sarat dengan antioksidan yang mampu memperlahankan proses penuaan sekaligus menjadikan wajah awet muda dan kelihatan cantik dan bertenaga. Epal juga mempunyai khasiat penting mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung. 

"Hasil kajian American Journal of Clinical Nutrition, mereka yang memakan lebih banyak epal boleh mengelakkan penyakit jantung dan kardiovaskular."


"AN APPLE A DAY KEEPS THE DOCTOR AWAY..."

" Pepatah telah lama digunakan dan penggunaan pertama direkodkan dalam majalah Notes and Queries edisi Februari 1866. Pepatah pertama yang digunakan adalah:
Eat an apple on going to bed, and you'll keep the doctor from earning his bread.

Buah epal digunakan dalam perubatan Ayurveda tradisional kira-kira sejak 1 500 tahun lalu di selatan Asia. 

Satu kajian dari German Cancer Research Center mendapati mereka yang memakan satu atau lebih epal sehari mempunyai kurang risiko kanser mulut, kanser payudara, kolon, buah pinggang dan ovari.

Satu kajian di Belanda pada tahun 2011 mendapati bahawa memakan epal dan pear boleh membantu mencegah strok.

Satu kajian di Ohio State pada tahun 2012 menunjukkan memakan epal mampu merendahkan paras kolestrol jahat di kalngan orang dewasa.

Ini kerana terdapat beberapa komponen dalam buah epal yang memberi kesan kepada kesihatan manusia:
  • Pektin - Pektin adalah bentuk serat yang mampu menurunkan tekanan darah dan paras glukosa. Ia juga boleh menurunkan paras low-density-lipoprotein (LDL) iaitu kolestrol jahat di dalam badan. Pektin juga mampu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.
  • Boron - Boron ialah nutrisi yang banyak dijumpai dalam epal yang menyokong tulang yang kuat dan otak yang sihat.
  • Quercetion - Nutrisi yang mengurangkan risiko kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mampu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Quercetin boleh meneutralkan kerosakan radikal bebas yang telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan peningkatan usia termasuk penyakit Alzheimer.
  • Vitamin C - Vitamin C meningkatkan sistem imun tubuh yang membantu mengekalkan kesihatan secara menyeluruh.
  • Fitonutrien - Epal kaya dengan pelbagai Fitonutrien termasuk Vitamin A, Vitamin E dan beta karotena yang baik untuk kesihatan mata. Nutrisi-nutrisi ini melawan kerosakan akibat radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan asama. "
sumber:

Princess Healthy Beauty Shoppe
Putri Ieja
019-4160102






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...